12.6.13

apa guna.

(gambar tidak ada kena mengena. dipilih kerana kecomelan sahaja) ;p

Apa guna iphone kalau pakai nak mesej dan call jer.. so, kene install banyak app.. game ker.. kan?? baru mantap. 

So, samala jugak, 
Apa guna akal kurniaan Allah kalau tak belajar agama Allah..
Apa guna hati kurniaan Allah kalau sentiasa leka..
Apa guna lidah kurniaan Allah kalau tak membasahinya dengan zikir..
Apa guna telinga kurniaan Allah kalau tak mendengar ilmu2 agama..
Apa guna mata kurniaan Allah kalau asyik melihat kemaksiatan.. (nauzubillah)
Apa guna tubuh badan kurniaan Allah kalau tak buat kebajikan..
dan lain2 lagi.. 

#apa guna update status kalau sendiri pun tak mau ubah. sentap >.<

Cukuplah Allah buatku


tiba2 disuruh membaca buku motivasi, dan terselitlah cerita tentang semut dan Nabi Sulaiman a.s.

*Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup setahun. semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebiji gandum.
Lalu nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut ke dalam satu botol dan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. botol itu kemudiannya ditutup.
cukup tempoh setahun, botol itu dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula itu yang habis dimakan oleh si semut.
Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh sahaja sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum utk tempoh setahun?
si semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.
tetapi, apabila dikurung oleh manusia(Nabi Sulaiman a.s.) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. manala tau, kalau2 manusia itu terlupa lalu dibiarkan terkurung si semut lebih dari tempoh setahun. apa akan terjadi kepadanya?*

benarlah bahawa cerita ini dapat dikaitkan dengan mana2 sahaja peristiwa yang telah kita hadapi, yang sedang kita hadapi serta yang akan kita hadapi.. sebagai cth, ketika minggu peperiksaan, kita sebagai seorang pelajar amat memerlukan tips2 yang diberikan oleh pensyarah sehinggakan kita dididik utk sentiasa meminta kpd pensyarah. tetapi, ingatlah bahawa jaminan Allah itu seribu kali lebih baik dari jaminan manusia. bukan saya ingin menegaskan disini bahawa kita tidak perlu meminta tips2 berkenaan, tetapi, janganlah terlalu mendidik diri bahawa apa yang diberikan itu menjamin kejayaan kita. cukuplah sekadar ambil untuk dijadikan sebagai panduan. kerana kita khuatir diri kita terlalu 'mengharap' pada selain Allah.  "cukuplah Allah buat diriku"

sebagai cth yg lain, PRU yg lepas. kita semua bersatu-padu untuk menjatuhkan parti yang tidak memperjuangkan Islam dan rakyat. banyak sangat kita berkorban dari flashmob, ceramah sehinggalah mengajak mereka2 membanteras ketidak adilan. sehinggakan perjuangan parti yang memperjuangkan hak rakyat dan Islam yang kita nampak melalui mata kasar kita terlalu ramai pengikutnya dan dari situlah kita 'menganggarkan' bahawa 'kita' akan menang besar. tidak! dari sini kita sudah nampak bahawa kita 'mengharapkan' jumlah sokongan padu yang 'terlalu' besar dapat mengalahkan mereka yang zalim sehinggakan kita LUPA pada kuasa Allah yang jauh lebih hebat dari kuasa 'majoriti' ini. bukankah begitu? 

nak cth lain? terlampau banyak.. kalian sendiri pula yang patut fikirkan.. telah diberikan akal untuk berfikir bukan? ingatlah setiap apa yang kita lakukan, demi Allah. Dialah sebaik-baik penolong. insya-Allah.

#jgn ingat bila kita dah habis study kita dapat menjawab dengan baik, kerana jaminan Allah itu lebih hebat. 
jom study sambil mengharapkan jaminan dari Allah bahawa dengan cemerlangnya pencapaian kita, kita akan membantu menegakkan Islam..

11.6.13

gambar memainkan peranan..



suatu pagi yang nyaman.. aku membelek-belek nota.. 'malasnya nak study' fikir aku. takpelah, baca buku lainlah.. buku motivasi menjadi pilihan aku ketika itu.. kejap duduk, kejap baring, kejap berdiri.. macam2 posisi aku gunakan untuk memahami input-input buku tersebut. lama juga aku baca. tiba2 azan zohor berkumandang. 'azan dah?!' terkejut bukan main. yelah, waktu exam patutnya baca buku pelajaran kalau dah tau tak habis study lagi kan? =,= 'haih' apa nak jadi dengan diri ni.. aku terus bangun mengambil air wudhu dan terus menunaikan solat zohor. seusai solat, aku terus on9. bukan main lagi.. 'tapi takpe. kejap jer' pujuk diri ini.. boleh percaya? kita tengok ape yang berlaku nanti.

"Krik.. krik.. krik"


bunyi aper tu? itulah bunyi mesej masuk dalam telefon bimbit ku.. pelik? belum sampai masanya lagi.. aku terus ambil telefon 'iphone' ku dan membelek-belek mesej apa yang aku dapat. 'owh, friend request dari wechat. sapela ni' duga aku. aku pun menyentuh skrin iphone ku sampai la aku terasa pelik. pelik? 'ape mamat ni tulis?' aku cuba memahami. "owh. tunggu demo erk." itu kata2 friend request dia. aku dapat rasakan pelbagai persoalan dalam minda ku ini.. 'mamat ni macam nak psycho je' hati ku berbisik. takpe2.. mungkin aku tak pandai mentafsir ayat.. aku terus melihat profile picture mamat tu. 'ape nih?!' aku pelik dengan gambar yang memang pelik. sebelum aku menunggu gambar tersebut loading, aku cuba mentafsir gambar itu sendiri..


'ape nih? mcm benda tergantung. tapi ape? ade 4 kaki eh? mcm kene siat2 jer? astaghfirullah.. rasa macam kenal je haiwan ni.. tp ape? betul ke dugaan ku?' soal aku pada diriku sendiri. akhirnya gambar tu siap loading. terkejut? aku memang terkejut! rupanya gambar meow kene gantung. T^T (selamanya aku benci)
sebelum aku block mamat tu, sempat juga aku tengok nama dan status dia. nak tau nama? biarlah rahsia. bukan aku kenal pun sape. status? "jadilah orang yang baik". aku bertambah pelik lagi dengan ayat itu. sekian..

#memang benarlah gambar memainkan peranan dalam menunjukkan siapa seseorang itu. ayat? mungkin juga. tapi apa guna ayat yang baik kalau gambar pun macam tu kan? manusia tak lari dari mempersoalkan sesuatu.. jadi persoalanku, gambar ape yang menjadi dp kalian? hrp tak mcm mamat psycho tu.. huhu..


*berdasarkan cerita benar yang diolah bahasa dan bunganya supaya sedap dan seronok dibaca. :) copyrighted:maisarah

4.5.13

Gunakan peluang!

Assalamualaikum semua. :D
semoga semua sihat2 belaka. insya-Allah..
bahang PRU13 semakin terasa..
media2 arus perdana, kaca televisyen, di dada akhbar, mahupun di alam maya..
semuanya menyampaikan maklumat2 untuk memilih parti2 yang mereka perjuangkan..
tidak kiralah, barisan nasional, PAS, parti keadilan rakyat ataupun parti2 sendiri.
ingatlah bahawa apa yang kita pilih ini menentukan masa hadapan Malaysia!
Saya menyeru kepada semua pengundi2 di Malaysia untuk turun mengundi memilih Parti yang memperjuangkan agama Islam serta hak2 rakyat yang sejak lama kita patot dapat.
Ingatlah! memperjuangkan agama Allah itu yang wajib dan penting!
kerana dengan kuasa, kita mampu melahirkan negara Islam yang berkebajikan seperti zaman Khalifah2 terdahulu!
tidak mahukah kita melihat terlahirnya kerajaan Islam di bumi Malaysia ini??
hati ini meronta-ronta ingin melihat sinar Islam kembali menyinar dan terus bersinar di Malaysia..
mudah-mudahan dengan tertegaknya Kerajaan Islam di Malaysia ini,
bumi Malaysia serta rakyat hidup dengan lbih aman dan damai..
aman dibawah naungan Tuhan yang satu, ALLAH!
bukan aman dibawah naungan manusia!
kerana kasih sayang Allah yang kita perlukan!

Fikir dengan matang! mana parti yang mampu memberikan yang terbaik buat kita semua..
masih ada masa sebelum hari esok!
janganla percaya kepada satu2 media sahaja...
jadilah orang yang bijak! jangan mudah diperbodohkan oleh mereka2 yang inginkan kuasa menjatuhkan hak rakyat!
kali ini lah kita turun ramai2!

#INIKALILAH #LAINKALILAH #AKANKALILAH



#vote4PR :D

27.4.13

conscious unconscious dreams

assalamualaikum.
hari ni saya nak cerita tentang bengkel yang saya ikuti iaitu bengkel 'Unmasking the Unconscious Mind'
tapi, rasa rugi je sebab minggu lepas tak pergi. ade hari palapes. huhu..
tapi, takpe. belajar sikit2. insya-Allah boleh dapat! :D

hari ini Pn Dalina ajar kami tentang unconscious, conscious, reframing, benchmark, dan sedikit tentang dreams.
kita pernah dengar tentang dyslexia kan? benda ni selalu berlaku pada budak2 kecil yang baru belajar.
contoh, mereka akan menterbalikkan ape yang mereka belajar. dyslexia adalah satu penyakit yang menyebabkan mereka kekurangan dalam pembelajaran (learning disabilities).
ini bukan bermaksud mereka cacat, tetapi mereka sebenarnya sama dengan kanak2 yang lain.
cuma, dari sudut pandangan sahaja yang berbeza.
kalau korang belajar biologi @ sains, sebenarnya apa yang belakang mata kita nampak adalah terbalik.
sebenarnya beginilah pandangan mata seorang dyslexia.
mereka menterbalikkan sesuatu. mereka melihat apa yang ada di dalam mata mereka,
kita melihat apa yang ada di hadapan mata kita. that's the differences. :D


tentang iceberg pula ada kaitan dengan conscious, subconscious dan unconscious kita.
visible part iaitu yang bahagian atas, adalah conscious part.
bahagian bawah yang kita tak dapat lihat adalah unconscious part.
diantara kedua berikut pula adalah subconscious part.
ini bermaksud, kita sedar atau nampak bahagian atas sahaja.
bahagian bawah, kita tidak sedar atau tidak nampak.
seperti diri kita juga. kita sebenarnya ada 2. satu diri kita (conscious), satu lagi diri kita di dalam diri kita sendiri (unconscious)
unconscious inila yang membantu kita dalam mengimbangi kehidupan seharian termasuklah didalam mimpi. :)
kita boleh berhubung dengan unconscious kita dengan pelbagai teknik.
seperti teknik 7 anak tangga.


blackhole pula adalah benda2 atau perkara2 negatif seperti stress, dengki dan marah.
blackhole selalunya dibahagian subconscious area.
jika blackhole ini tidak dirawat, ia akan merebak dan menutupi link antara conscious dan unconscious kita seterusnya memberi impak buruk kepada fizikal (conscious)
cara untuk mengubati adalah melalui 6 steps reframe. kita perlu identify masalah tersebut dan seterusnya bertanyakan tentang solusi kepada diri kita secara conscious atau unconscious.
kenapa kita perlu minta dari dalaman?
hal ini kerana, dalam diri kita (unconscious) mempunyai unlimited resources iaitu bahan yang terlalu banyak..
selain itu, "dimana ada sakit, disitula ada ubatnya"
kita selalu dengar yang setiap penyakit atau virus itu sendiri adalah ubatnya.
kerana dari virus itulah terciptanya penawar. kan? :D

Bubble adalah sejenis benchmark.
benchmark pula adalah apabila kita ingin memiliki kepandaian atau kehebatan yang ada pada seseorang.
contoh, saya nak jadi seorang pemain badminton terhebat seperti lee chong wei.
jadi, saya perlu benchmark atau bubble LCW samada dalam bubble saya atau dalam bubble yang lain.
dan congruent supaya menjadi seperti beliau.
kita juga boleh menghantar treatment (perubatan) secara wireless melalui bubble ini.
sebagai contoh, ibu kita sakit. jadi, kita buat bubble pada mereka dengan menghantar reframe secara wireless. insya-Allah, mereka akan kembali sihat.
Bubble ini adalah seperti doa. cuma caranya sahaja yang berbeze.
(better guna doa, kerana doa senjata bagi seorang mukmin) :D


Selain itu, saya da mempelajari tentang dreams (mimpi)
jadi, lepas ni kalau nak saya menafsir mimpi korang, dipersilakan.
kalau saya tak tau, maaf yer. hehe..
almaklumla, budak baru belajar. :D

sebenarnya, terlampau banyak sangat ilmu yang bermanfaat yang saya terima sepanjang kelas atau program ini.
nak cerita semua pun tak boleh. sampai tahun depan pun tak lekang nak tulis. hewhew.
anything atau sebarang persoalan, boleh je tanya.
insya-Allah saya cuba menjawab segala persoalan semampu yang boleh. :D

#suka tolong ^_^

26.4.13

Karnival Sukan PALAPES Laut IPTA kali ke-11

Assalamualaikum semua.
hari ini saya ingin menceritakan tentang karnival sukan PALAPES Laut IPTA.
Untuk pengetahuan, UM merupakan tuan rumah pada kali ini.
Jadi, setiap dari kami mempunyai kerja yang telah ditugaskan,
saya merupakan urusetia bagi larian kampus.
memang tak dapat dinafikan ketika hari jadi seperti kacau bilau sedikit.
ini disebabkan saya juga mengawal PA System bagi perasmian pembukaan dan terpaksa berkejar ke tempat urusetia larian kampus.
tetapi, apa yang kami lakukan, insya-Allah ikhlas.
Kita ikhlas, Allah pasti tolong.
walaupun latihan kami sangat kurang, kami tetap mendapat juara keseluruhan karnival sukan PALAPES Laut IPTA kali ke-11. Alhamdulillah..
tahniah kepada semua pemain2 terhebat larian kampus, bola tampar, futsal, bola jaring, renang, bola sepak dan hoki geladak. :D






sebenarnya memang rasa malas sangat nak update blog..
maafkan saya. =,=

#silver in volley and swimming.

7.4.13

LIMA LANGKAWI 2013

assalamualaikum semua.
hari ni nak sambung cerita tentang LIMA LANGKAWI 2013

seramai 29 pegawai kadet dan 10 pegawai dan staf PALAPES UM telah pergi ke LIMA.
pecahan 29 (7 laut, 29-7=darat) hang kira la sendiri. hewhew.
yup, pegawai kadet laut hanya seramai 7orang sahaja. sikitkan??
hewhewhew.. sebab itulah kami tentera laut 'rare'. xD
Perjalanan kami bermula pada pagi buta khamis 28 mac lebih kurang 3.30 pagi di markas PALAPES UM. (awal gler kan?)
bas pula sampai dalam pukul 4pagi. kihkih.
kesian pokcik bas kene bangun awal2 ambil kami.
tapi takpe, pokcik2 bas kami cool jer.. yeah!

perjalanan kami yang jauh menyakitkan badan2 saya. tulang2 saya dah tak selari.
urat2 semua dah kacau bilau. darah tak mengalir dengan betul.
seriously, ape yang kami buat hanya bangun, makan, bangun, makan..
kes berat ternak lemak dalam bas.. hoihoi.. xD
akhirnya sampai juga kami di jeti perlis.
dari jeti tersebut, kami nak feri sehinggala ke Pulau Langkawi.
malas nak cerita bab2 feri delay la, ape la. yang penting, dah sampai Langkawi woi!!

mula2 dengar citer tinggal kat chalet. fuh!! hebat kan??
tapi, datang2 je dapat reban ayam.. ahahah..
ape2 jela, asalkan kami bahagia. (bahagia la sangat)
Patutnya first day dah pergi LIMA, tapi sebab feri delay, terpaksa postpone ke esok hari. nasib malang.
tapi takpe, sebab tak dpt pergi LIMA, kami jalan2 sekitar kawasan itu.
tempat2 yang kami pergi adalah, Kilang Gamat, Beras terbakar, Chenang mall, pantai chenang, dan kilang coklat (haji ismail) hewhew.. xD
sempat gak makan2 di belakang kilang coklat tu..
pastu terserempak ngan abang Oakley.. oh yeah!!
jodoh tu jodoh!! hahaha.. xD
habis sesi pada hari itu, kami pulang ke reban ayam dan tidur nyenyak.




pagi itu, saya bangkit paling awal. hewhew.
pukul 5.00 pagi, tengok semua shiok lagi tidur, saya pergi membersihkan diri. :D
lepas solat subuh, ape lagi, sambung tidur. haha.
pukul 7pagi, kami bersiap untuk ke LIMA.
sebelum bertolak kami dijamu dengan nasi lemak bersambal berkacang. sedap.
air teh o semut dibuang kerana telah tercemar. xD
kami semua pun tunggu bas di bawah reban ayam.
tunggu punyer lama da tunggu, tapi, tak sampai2 juga.
ape lagi, semua keluarkan kamera dan mula la adegan poyo. huihui..
setelah beberapa gambar diambil, pokcik bas pun tiba.
bermula la perjalanan kami ke LIMA!!!




disana, kami pergi ke kawasan kapal2 dahulu sebelum ke kawasan kapal terbang.
sesungguhnya, panas sungguh kawasan kapal tu.. huhu..
sampai budak army dah surrender taknak masok navy sebab panas sangat.
oh well, itu baru panas dunia ok. haha.
damn, ade mamat ni mabuk laut plak. nasib tak muntah. huihui.
badan kental, hati berbunga, mabuk laut rupenyer.
takpe2. dun wory, saya lagi teruk, takut lipas kot. >.<
lepas jalan2 sekitar kapal, dalam kapal, kami pun bertolak ke kawasan kapal terbang plak.

ya! kami sudah sampai ke LIMA exhibition yang sebenar.
ramai nyer manusia disini yer..
bagus2.. :D
adegan sepanjang di LIMA Exb, kami menjadi patung. yela, dah ramai sangat civilian nak tangkap gambar dengan kami. oh yeah!
sebab kami pakai uniform navy. that's why la.. baru sedar. =,=
dan korang nak tau.. saya jumpa ngan abang Oakley lagi disini.. hewhew..
kali ni tak lepaskan peluang amik gambar dia. haha. xD
dia hensem okkay, tanpa memakai spec oakley tu. huhu..

selepas bertimba peluh, baru la kami pulang ke bas semula.
huih, panas betol!
pastu, kami pun mengambil angin disekitar kawasan kilang coklat haji ismail. haha.. xD
dan saya tambah lagi bilangan coklat. yes!
habis kira semua, kami pun balik ke UM melalui jeti perlis dan meneruskan perjalanan tanpa henti ke UM.
kami sampai ke UM dalam pukul 4.30 pagi.
kemas2, tidor!
memangla tak bangun pergi latihan kan.. haha.. malas kot. takpe2, semua demi nak balik rumah amik motor. :D
sekian sahaja kali ini, esok sambung crita lain plak.


6.4.13

ROTU Challenge

assalamualaikum semua. :D
wah2, harap2 semua sihat2 belaka.
kali ni nak berkongsi tentang ROTU Challenge singkatan RC.
Bagi program RC ni, saya ditugaskan sebagai pembantu setiausaha.
so, semua kerja berkaitan surat-menyurat, minit mesyuarat semua kerja saya.
even attendence pun saya yang amik (mcm cikgu plak. huihui)

SEBELUM
sebelum RC dijalankan, kami akan mengadakan mesyuarat supaya kerja2 spnjg RC dapat dilaksanakan dengan baik dan tanpa gangguan.
sesungguhnya, persediaan awal itu amat penting dalam sesebuah program.
kalau tak buat persediaan awal, memang susah nak buat kerja.
tak dapat dinafikan memang busy giler sebelum program RC ni untuk setiausaha.
berkejar kesana kemari mencari letterhead yang 'limited'. huhu.
kadang2 rasa macam tak cukup kaki je.
penat jugak melayan karenah penasihat.
banyak benda yang disuruh tukar.
even slight mistake (mistake la sgt) contoh Bin tak boleh letak "B"
memang time tu rasa, membazir giler.
habis ink printer saya.. huhu..
itu tak masuk lagi benda yang nak diubah last minute.
kadang2 rasa kesian kat pengarah.
pengarah macam tak reti nak menegakkan apa yang dia nak.
ikut jer cakap penasihat tu.
macam macai plak rasa. hahah.. xD
apapun, semuanya dapat dilaksanakan sehinggala hari jadi RC yang sebenarnya pada 16 dan 17 mac 2013

SEMASA
semasa RC saya memasuki Iron Team dan Gimik.
seriously, kami kalah Iron Team pun sebab (mungkinla) salah strategi.
masa pertama, semua perempuan, mmg letihla bawa bag pack, kayu balak yang berat2 kan?? =,=
yang tak boleh blah, spike boot saya tercabut tapak.
cubaan, dugaan betol.
cer try korang lari sebelah kaki 1inchi hilang.. ape rasa?? huhu..
tolongla faham situasi saya time tu. T^T
masa kedua plak, semua lelaki.
ape yang saya nampak, semua team kecuali team saya bercampur. masa pertama 2guys, 2 ladies; masa kedua pun sama.
nampak tak perbezaan disitu??
ladies diorg tak angkat benda berat pun. even telur 3biji (barang amanah) pun guys tak bg ladies diorg bawa..
hah! sebab tu kot kami kalah. >.<
seiously, memang letih dan penat waktu tu.
dahla lepas ironteam tu saya ada pertandingan kompang.
cubaan dugaan betol.
anyway, lepas Iron Team tu saya terus belit. dah malas nak involve RC hari tu.
petang lepas habis kompang pun saya balik rumah. ade kenduri kesyukuran rumah baru. :D
so, RC gudbyez!! hahahahahha..

Hari kedua, saya sepatutnya masuk Gimik rempuh halangan.
tapi, nak buat macam mana, saya accident pagi tu.
so, takde rezeki nak buat rempuh halangan. (memang takde jodoh betul)
agak kesian la saya ni, senior pun cakap tak payah turun.
jalan pun dah macam takde kaki sebelah je.
sumpah, sakit giler kot pakai kasut potong hitam
rasa macam nak pakai selipar je time tu. huhu..
anyway, paksa diri untuk pergi menembak sebenarnya.
itu je yang saya nak. sebab tu rela pergi RC. hoho.
Alhamdulillah, satu plat saya jatuh! teria kasih plat, peluru terakhir yang dapat menumbangkan kamu. haha. xD

SELEPAS
selepas habis program RC, kami dikerah untuk mengemas.
biasala kemas2 ni.
kalau tak kemas, kotor plak kan?
Alhamdulillah, akhirnya dapat gak buka kasut potong hitam tu.
sedap sikit kaki ni nak gerak.
huihui.
ingat kerja setiusaha dah habis ker?? kirim salam la woi.
belum habis lagi yer. huhu..
group RC dah lama leave, memangla semua maklumat baru tak dapat.
memang itu pun sebab dia.
rimas dah nak layan RC ni. sekian.


5.4.13

kompang


assalamualaikum semua.
hari ni nak bercerita sedikit tentang kompang. ehem3.. xD

kali pertama saya pegang kompang mungkin sekitar umur lingkungan 13tahun. (mungkin)
tapi, pertama kali saya memainkan alatan tersebut adalah pada umur 20tahun (ye. huhu.)
dan pada waktu itu, memang dipaksa bermain kompang, semata-mata untuk persembahan gimik pembukaan dinner palapes laut UM. orang panggil RPC.
selama 1minggu kitorang berlatih dengan sifu2 kompang.
dan Alhamdulillah, kami berjaya dengan jayanya. Alhamdulillah!!
selepas sahaja RPC tu, saya tak pernah terlintas untuk bermain semula.
mungkin tak terbuka hati kot.

selang beberapa bulan (mungkin 10bln)
saya dijemput oleh seorang sifu kompang untuk join kompang diorang.
memang time tu rasa dihargai betullah.
rasa nak masuk sebab rasa dihargai. tp, dalam masa yang sama, taknak sebab takut tak dapat bagi komitmen dalam kompang. yela, budak "busy" kan?? (hewhewhew)
pastu cakap kat sifu tu supaya beri saya masa untuk berfikir.
so, saya pun diberi masa.

sepanjang masa asyik berfikir jer.
lebih fikirkan benda ni dari study. huhu..
pastu, ade gak ajak kawan lain join setangan.
tapi, dorang taknak. huhu..
lagi punah la harapan saya.
takut plak nak pergi and main sorang2 ngan orang yang tidak dikenali. (bukan bermaksud orang asing, cuma tak kenal lagi la)
then, at last, sy cakap saya bersetuju.
punyala lama saya berfikir. dalam 2minggu kot. (tak ingat) atau lebih lama.
bila dah mula start latihan (saya punya latihan start paling lambat, sbb lambat bagi respon. huihui.)
mula la menggatal nak keluar dari team kompang tu.
yela, orang lain sedap2 bercuti lepas ACT 2minggu, saya masih meneruskan latihan, berkampung di UM tu. huhu..
memang tak dapat dinafikan rasa sebak giler. rasa menyesal.
but, dun wory, saya tak keluar pun team kompang tu. sebab dalam diri ni ade rasa bersalah dan rasa taknak buat kerja separuh jalan.
bila dah terjebak, there's no turning back. hewhew. and that's me. :D
kadang2 tu belit jugak la. tipu2 sikit nak balik rumah.
Alhamdulillah, dapat green card! xD

tiap2 malam orang study atau lepak2. saya sibuk ngan latihan kompang.
kadang2, meeting pun tak pergi sebab ade latihan kompang. that's my specialist. hewhew. (belit)
balik pun memang time burung hantu berjaga.
semuanya lepas pukul 12. kadang2 balik pukul 1pagi. hewhew. (giler)
yang tak tahannya, jalan kaki. nasib baikla time tu takde jembalang ke hape ker.
kalau tak, buat pt lebih la saya malam tu. huhu..

selepas berhempas pulas berlatih kompang (lupa, saya main menanak. ntah betul ke ejaan tu. hadoi.)
hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.
ya, hari FESENI pertandingan kompang antara kolej-kolej kediaman di UM.
waktu memang tak rasa ape2.
bila dah tiba giliran kitorang. ya Allah!! hanya Dia je tau perasaan time tu, cuak, letih, penat, berpeluh, risau. semua adela. huhu.
bila dah tamat semua, kitorang (semua pemain kompang ok!) main sama2.
buat bulatan besar. dan kitorang main kompang.
SERIOUSLY, time tu je rasa seronok sepanjang main kompang..
rasa macam taknak stop je. nak teruskan je rasa.. huihui.. BEST kot!! >.<
apakan daya, setiap permulaan ade akhirnya.
akhirnya kami disaji dengan pencapaian pemenang kompang.
kompang team saya dpt no 5. Alhamdulillah. ade placing sekurang-kurangnya. hewhew. :D
rasa bangga, walaupun bukan kolej sendiri (pun) xD
tapi, apepun, saya akan tetap meneruskan legasi bermain kompang.
kerana dengan kompang saya dapat melepaskan rindu untuk main percussion.
yup, saya suka main percussion nasyid je la. huihui.


and that's how my life being introduce to such famous percussion, given name, kompang (ke compang? haha)
sekian, terima kasih daun pegaga, kalau ade duit lebih, boleh blnja kompg sebiji. eh?

24.3.13

Cupcake

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah.. sebagai seorang pengarah Bengkel Cupcake anjuran Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS), saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah.. :D
Akhirnya, program saya dapat dijalankan walaupun mengalami sedikit kesulitan..
Semoga semua peserta dan ajk yang terlibat dapat mengambil iktibar dari apa yang kita belajar sepanjang sebelum, semasa dan selepas program ini dijalankan.
mudah-mudahan, kita dapat buat lagi program ilmu begini lagi.

#Sebelum kahwin kene ada ilmu sebegini. mungkin lepas ni buat bengkel menjahit pula. :D






#Sayang korang!! PERMAS BEST!! :D

11.3.13

zaman kejatuhan

assalamualaikum semua.
harap semuanya sihat2 belaka hendaknya. :)


straight to the point, setiap orang pasti merasa zaman kegemilangan serta zaman kejatuhan.
mereka juga pasti merasa zaman kebangkitan setelah mengalami zaman kejatuhan.
begitu juga saya..
mungkin kita akan rasa down, bila menghadapi zaman kejatuhan atau dikenali sebagai 'stress'
mungkin kita akan rasa bahagia yang amat bila menghadapi zaman kegemilangan.
mungkin kita sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membaiki diri kita setelah menghadapi zaman kejatuhan.
atau lebih bahaya, apabila kita terus berputus asa setelah menghadapi zaman kejatuhan..

Ya! saya pernah merasai manisnya zaman kebangkitan.
zaman kebangkitan saya yang paling manis apabila belajar di matrikulasi.
hidup memang heaven!
siap bagi alaun sekali.
alaun pula tak pernah guna, makan sekali sehari menggunakan duit parents.
petang2, kalau rajin pusing satu matrik. jalan2 sambil tangkap gambar.
hidup pun tanpa beban, duduk seorang pun tak kisah.
malam2 kalau takde homework, pasti tonton anime.
kalau rajin, pasti melangkahkan kaki ini ke surau yang indah, walaupun surau tersebut panas kerana kurang kipas.
selepas kelas, kerap kali jumpa pensyarah. tidak henti2 bertanya soalan. (tanya pada pensyarah yang baik je la. haha)
kalau terlebih rajin, buat nota cantik2. pastu sedekah kat pensyarah.
kadang2, nak dekat exam, selalu je balik rumah.
sampai ada pensyarah yang tak bagi saya balik sebab risaukan saya yang ada exam.
tapi, saya tetap berkeras ingin balik. dengan alasan ambil berkat ibubapa.
pernah satu hari tu, nangis non-stop semata-mata kerana mendapat 4 rata.
mungkin sebab tak pernah kot dapat result macam tu.
telefon ayah, tabahkan hati untuk tidak didengari suara sengau akibat nangis.
memang telah kuduga, air mata tidak dapat ditahan lagi.
ayah menegur, kerana nangis. maafkan saya ayah, kerana menangis saat itu.
tidak dapat kulupa, betapa gembira, betapa bangganya, dan betapa bersyukurnya ayah waktu itu.
hanya Allah sahaja, yang dapat merungkai perasaan waktu itu. :'D

Ya! saya pernah merasai pahitnya zaman kejatuhan.
zaman kejatuhan ketika belajar di um. universiti yang orang nak sangat masuk. (tak tau ape special sangat)
hidup mungkin terumbang-ambing.
hidup tanpa alaun, 100% menggunakan duit parents.
hidup sangat busy, involve dalam pelbagai aktiviti persatuan, pertandingan, terlibat dalam palapes dan macam-macam lagi.
sungguh, dapat saya membezakan kehidupan di matrikulasi dan universiti.
jumpa pensyarah? jarang sekali, mungkin sebab semua pensyarah tak ngam. (kot)
buat nota? kalau ade masa. (huhu..)
pergi surau? bila disuruh sahaja.. (Allah..) T^T
balik rumah? jarang, sebab asyik2 ade je masalah yang kene selesaikan ditambah pula latihan palapes.
setiap semester, memang tidak dapat dinafikan pointer jatuh mendadak.
kadang2 tak tau ape masalah yang saya hadapi. dan ape jalan penyelesaian.
kadang2 rasa tak heran langsung. betapa biadapnya saya pada diri sendiri..
pernah satu hari tu, nangis juga, sebab pointer teruk.
telefon ayah, tabahkan hati supaya suara sengau tidak didengari.
dan terbukti, air mata jatuh berderai. meratapi kejatuhan diri. maafkan saya ayah.
saya dah cuba yang terbaik. mungkin kurang terbaik. mungkin main2. mungkin bukan rezeki saya pada hari itu.
tidak dapat kulupa, betapa kecewanya, betapa sedihnya, dan betapa luluh hati ayah waktu itu.
hanya kepada Allah sahaja yang ku harapkan supaya dapat melembutkan hati ayah waktu itu.. T^T

dan sekarang, aku sedang menghadapi zaman kebangkitan.
bangkit! setelah menghadapi zaman kejatuhan yang sangat2 kecundang.
mungkin banyak lagi dugaan dan cobaan yang bakal aku tempuhi.
mungkin tiada siapa yang dapat tahan apa yang aku rasa.
bagiku, ujian yang aku terima ini sungguh berat.
walaupun, hati betul2 kecewa, akan ku gagahi juga langkah perjalanan ku ini.
masih teringat aku pada ayat suci Al-quran, "Allah tidak akan membebani seseorang hambaNya, melainkan yang sesuai dengan hambaNya"
terima kasih ya Allah. moga, dengan ujian yang engkau berikan ini, mendekatkan diri ku kepadaMu sedekat-dekat 'isi dan kuku'

come on maisarah! change now or never! ingat parents! ingat Allah! fighting!

10.2.13

Diari sepanjang KDSI1 2013

Assalamualaikum semua.. hari ni saya nak menceritakan pengalaman sepanjang saya berada di KDSI1. :D

sesungguhnya pengalaman ini amat bermakna dan tak dapat dirasai oleh kebanyakkan orang..
saya sepatutnya rasa berbangga dan meneruskan perjuangan sebagai seorang NAVY. insya-Allah.. :)


22/1/2013 (Selasa)
Pergerakan kami bermula pada pukul 1030H  dan sampai di KDSI1 pada pukul 1530H. memang heaven naik bas sikit orang.. yang ade cuma intake saya seramai 12orang dan seorang subby. pada malam tersebut, adanya night round dan taklimat oleh pegawai koordinasi kami iaitu Tn Ishak.
yang paling tak tahan adalah, kami disuruh untuk berpindah bilik. yang pindah bilik ni memang takde masalah. masalah datang bila senior kerah kami untuk membersihkan bilik diorang. seriously!?? wei! korang ingat kitorang ni ape? amah? hahhaa.. rumate dan saya terpaksa tidur pukul 2.30 pagi sebab nak tunggu diorang blah dari bilik tu.. huh! sampai akhirat kitorang ingat jasa 'baik' anda itu. terima kasih banyak2.. =,=


23/1/2013 (Rabu)
pagi itu, kami ada briefing kat audi. pastu ade kelas navigation oleh Tn Faries. (saya tak tau kenapa ramai sangat ladies yang suka tn ni.. haha.. xD ) petang pula ada majlis pembukaan latihan dan Evening Activity (ea). PTI (physical training instructor) kami adelah PTI Roger. gabungan dua divisyen tahun satu zain Alpha dan zain Bravo. kami lari berlagu sampai tempat parking tepi laut. memang seronok! :D
malam tersebut pula ada night round. macam biasala.. haha.. asal NAVY je memang night round je la. xD pastu ada ucapan oleh PKO (pegawai koordinasi) dan Mej Halim datang. islamik tn halim ni. :) seronok saya! Tn Halim adalah seorang KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera) di base KDSI1.

24/1/2013 (Khamis)
pagi ini, kami ada EMA (Early morning activity) kat padang kawad. pastu, ada pembersihan sepanjang tempat di KDSI1. seriously, memang tak ingat apa yang saya buat sepanjang hari ni.. haha.. xD *gomennasai.


25/1/2013 (Jumaat)
macam biasa, pagi ada ema. pastu ada 3 kelas, kelas Gunnery oleh Left Jehan, kelas ME (mechanical engineering) oleh Left Kdr Kamal, dan DCFF oleh PW1 TMK Wazer. pada sebelah petangnya, kami ada UC (Uji Cergas) yang pertama. malam pula ada night round. :D

26/1/2013 (Sabtu)
pagi ini, kami solat subuh berjemaah. selepas itu, aktiviti Sea Survival di kolam renang base lumut. sememangnya pengalaman Sea Survival ini adalah yang terbaik sepanjang saya duduk di KDSI1. mula2, kami akan terjun 2 tingkat ke dalam kolam sedalam 5meter. selepas itu, kami diarahkan untuk melakukan formasi bunga di dalam air (statik). selepas itu, kami akan membuat formasi memanjang di dalam air untuk pergerakan ke Life Raft. kami diajar cara2 yang betul untuk menaiki dan menuruni life raft tersebut. selepas habis aktiviti di dalam air. kami ditunjukkan signal kecemasan yang selalu digunakan ketika kecemasan di atas air.
pada petangnya pula, kami berlari ke KD Jebat tanpa henti! saya rasa berbangga kepada diri sendiri kerana lari tanpa henti! seriously, memang seronok kalau lari sama2 dan nyanyi sama2. kalau saya lari sorang2, memang saya dah lama berhenti dan berjalan.. haha.. xD
pada malam pula, ade night round dan tayangan video Art of Valor. sempat tengok part yang depan2 je. haha.. yang lain dah syahid. xD *gomennasai..

27/1/2013 (Ahad)
pagi itu kami solat subuh berjemaah dan ada sedikit tazkirah oleh tn Halim. Berkat solat subuh berjemaah dan berkat tazkirah pagi, kami buat ema sikit je. selepas itu, pentadbiran sendiri sehingga 1245H. waktu makan tengahari, kami semua makan bawah meja beramai-ramai.. haha.. xD kalau kat KDSK, selalu je makan bawah meja. dah cukup bersyukur sebab makan bawah meja. ingatkan tak dapat nak rasa pengalaman tu lagi kat KDSI1. xD macam2..
petang pula, kami buat base run. jaraknya sejauh 5km. sepanjang perlarian kami, kami dapat lihat bomba, armada TLDM, HAT (hospital angkatan tentera), masjid, dan pusat sukan.
sebelah malam pula ada night round. yang seronoknya, semua kene punishment kecuali aras 3 belah starboard. haha.. xD memang heaven! alhamdulillah ya Allah. :D pastu, kami semua kene muster depan bangunan Thana. memang lama giler muster. macam harem je.. huhu.. T^T balik2 je semua moody termasuk saya.. =,=

28/1/2013 (Isnin)
pagi takde ema sebab hujan. :D alhamdulillah.. kami bertolak ke KD Jebat menaiki bas. tapi ada kumpulan lain yang ke KD mahameru. kumpulan saya, bergerak ke KD jebat. mula2, sebelum masuk menaiki kapal tersebut, kami diwajibkan untuk 'salute'. sebab? kapal ini telah ditauliahkan oleh permaisuri. dalam KD jebat tersebut, banyak tempat yang kami pergi. antaranya Bridge, CIC (Combat information Center), Hangar dan Stern. seriously, kalau nak cerita semua memang panjang berjela.. haha.. xD post akan datang pasti saya akan ceritakan. ok? :)
petang itu, kami bermain bola tampar bagi ladies. guys pula bermain futsal. divisyen zain alfa memang terbaik! kami menang dan kalahkan semua pasukan even pegawai dan subby! hebat! :D seronok sangat dapat lepas rindu main bola tampar. hehe..
malam pula ada night round. first time PLB (pegawai latih bertugas) masuk bilik. dia tegur cadar beli baru sebab kami sewa dengan kolej je. tu yang nampak buruk.. xD siap ade peta2 dunia lagi.. overal, bilik kami memang terbaik!

29/1/2013 (Selasa)
ema pagi tu kami datang lewat. so kene guling2.. tapi lebih better dari buat pt tukar2. haha.. xD pastu, kelas maritime law oleh tn wong dan naval communication. petang tu pula kami main hoki geladak (hoki deck). saya tak main pun. tak minat sangat.. tengok je.. xD
malam pula tiada stang by bed. cuma perlu pastikan keadaan dalam bilik standard round. pastu ada ucapan oleh KFA (ketua fakulti asas).

30/1/2013 (Rabu)
first time bertugas pagi. (awasan merah satu) 4-6 pagi saya berjaga. memang penat gilerla.. last2 time ema tak turun. tak larat kot.tido atas katil nad pastu berserah je kalau kene tangkap.. huhu.. T^T pagi tu kami pergi Tangkas. macam DCFF juga. mencegah kebanjiran dan mengawal kebakaran.

1. mencegah kebanjiran: kami masuk dalam simulasi tersebut. bentuk dia macam satu kotak yang besar dan ia mampu untuk bergerak 45 darjah. mula2 rasa biasa je dalam tu, lama2 hahaha.. terpaksa floating dalam simulasi tersebut. paling best jatuh dari ketinggian yang agak tinggi.. nasib baik takde ape2.. xD
2. melawan kebakaran: kami tak boleh buat simulasi tersebut kerana tiada pakaian overall. so, terpaksa tengok LLP perform. sangat2 bahaya waktu simulasi ni. sampai ada LLP yang kene marah, tengking dan kene ketuk kepala.. kesian diorang..selesai simulasi tersebut, kami semua diarahkan untuk masuk tempat tersebut dan sapu arang kat muka.. semua orang letak secubit arang je. the one and only me who put the most! wahaha.. semangat giler! hambik kau, muka paling hitam kau dapat.. =,= (tak aci)

petang itu, kami main hoki geladak. divisyen saya kalah semua sebab saya.. asyik lepas tangan je dari stick.. haish.. kene penalti terus.. =,= siot...
malam takde stand by bed. tapi ada discussion untuk persembahan malam mesra kelak. seronok! divisyen kami buat tarian tradisional.. :D

31/1/2013 (Khamis)
ema pagi tu kami buat TTS (tempur tanpa senjata). rindu nak buat TTS kat kolej 5.. hehe.. xD pastu ada kelas naval comm oleh PW1 Zukri dan kelas ME oleh Tn Kamal. banyak video kami tengok. semangat nak jadi regular!! xD
petang tu main hoki geladak. kami tak buat ape2.. haha.. just tengok. lepas solat asar, saya ngan mira kembali ke tempat duduk kami.. yang awkwardnya kami TERduduk kat tempat tahun 2.. hahahah.. xD awkward siot!! lagi2 duduk belakang oakley.. damn! =,= lepas 2 minit tak tahan, saya ngan mira lari dari sana.. huhu.. taubat taknak duduk kat sana da.. taubat!!
malam tu kami ada buat bacaan yaasin. pastu makan2.. malam tu kene hell teruk sebab bilik kotor? entahla.. tapi, senior lagi teruk kene.. tula, aniaya kami lagi. amik kau! =,=

1/2/2013 (Jumaat)
pagi tu ade ema. lepas tu ade kelas RMN organisation oleh Tn syafiq dan kelas submarine oleh Tn Syamir. pastu ada CO's talk. :D
malam tu kami ada LATIHAN PERTAHANAN PANGKALAN PALAPES DAN PSS. satu malam tak tido kot! penat giler lepas aktiviti tu. sampai tertido dalam baris.. huahuahua.. xD memang tak dapat dinafikan seronok buat latihan tersebut.. dia macam main strategi untuk pertahankan base kitorang dari dimasuki penjenayah. nanti saya akan ceritakan lebih lanjut pasal latihan ini dalam post yang akan datang. ok? :)

2/2/2013 (Sabtu)
lepas je aktiviti latihan pertahanan tu, (habis aktiviti tu dalam pukul 0530H) kami semua kene tukat PT U. ada senamrobik pagi tu.. seronok!! saya suka sangat senamrobik sebab ada menari.. memang saya suka menari.. xD wahhaah.. lepas je senamrobik, kami ada sukaneka.. macam biasa divisyen alfa menjadi juara!! zain alfa tahun satu dan tahun dua, dua2 jadi juara.. haha.. hebat!! xD tengahari tu kami rehat.. malam pula ada night round.


3/2/2013 (Ahad)
pagi tu dalam pukul 6-8 saya kene jaga QM (quarter master) pagi2 da kene punishment ngan subby.. sebab tak dapat jawab soalan je.. haish.. =,= macam takde benda lain je nak bagi.. bagila tazkirah ke ape ke.. ni tak.. pastu, pagi time breakfast saya makan lewat. terpaksa makan sebelah Tn Segar. haha.. xD pastu, cepat2 tukar PT nak join ngan kawan2 pergi berenang. yosh!! lepas tukar PT, tengok2 diorang semua dah bergerak.. sedih.. terpaksa lari sorang2.. huhu.. sampai2 je kolam renang divisyen saya kat belakang sekali.. pelik.. haha.. tapi, takpe. asalkan saya nampak diorang. :) waktu dalam kolam renang, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. kump A, B, C dan D. saya masuk kump B. memang seronokla.. first time masuk air tak ada rasa risau.. rasa seronok adala.. haha.. xD pastu PTI ajar tengok persekitaran dalam kolam renang. subhanallah.. lawa sangat dalam kolam renang tu. lagi2 tengok kedalaman sedalam 5meter.. rasa macam nak jejak je.. xD
petang tu, kami ada UC lagi. kami buat kat stadium. yang paling penat adalah lari 2.4km.. haha.. xD penat seh.. malam pula ade night round.

4/2/2013 (Isnin)
pagi tu kami ada ema. pastu ade drill.. memang seronok! banyak benda baru yang kami belajar.. :) petang pula takde drill.. sebab hujan.. alhamdulillah.. hehe.. petang tu belajar kawad ngan Tn Helman.. lawan ngan divisyen thana charlie.. haha.. xD memang terbaik la! walaupun saya ada slack sikit2.. tapi, takpe.. saya dah buat yang terbaik! hehe.. :D
petang pula ada mini marathon, jarak dia macam base run.. memang jaoh.. non stop berlari.. xD semangat.. cuaca pun memihak kepada kami.. redup je.. :) saya berlari ngan nad sambil menyanyi.. pastu time2 lari terjumpa PO.. hehe.. jodoh.. xD
malam pula ada night round dan sambungan latihan persembahan.. pastu ada water drill.. Tn Wong terkejut tengok saya habiskan air satu botol dengan kadar yang segera.. pelik sangat ke?? haha.. xD sampai sorang subby tu pun terkejut gak.. Tn Wong tak puas hati saya habiskan satu botol air tu sampai anggap saya buang air tu dan bukan minum.. haha.. lawak la tn ni.. dahla muka dia comel.. wakaka.. xD

5/2/2013 (Selasa)
pagi tu kami solat berjemaah dengan CO. pastu ema jumping jack je.. haha.. (20+10+6+5+3+2). pastu kelas maritime law oleh coax'n malek, kelas naval custom & tradition oleh Tn Haries, kelas ship model oleh Tn Shafiq, dan kelas naval leadership oleh Tn Faries. lepas tu ada taklimat KFA. petang tu kami berlatih buat kali terakhir sebelum mempersembahkan persembahan kami kepada semua orang.. cuak! >.<
malam tu kami ada malam mesra.. memang mantap persembahan dari zain charlie tahun 2.. persembahan yang paling saya suka!! memang boleh menang anugerah la.. haha.. xD lepas persembahan tu, ada penyampaian hadiah. zain alfa menang 3 hamper. johan sukaneka, persembahan terbaik ke-2, dan divisyen terbaik tahun 1. xD mantap!! seriously, memang sayang divisyen ni.. forever zain alfa!

6/2/2013 (Rabu)
pagi2 da kemas barang.. nak balik da woi!! pastu ada course critic. memang dah agak, pasti akan berlaku pergaduhan antara tahun satu dan tahun dua. yang macam harem adalah tahun dua masih lagi mempersoalkan  'bolah tak guna perkataan mencarut'?? seriously?? wei!! korang nak dapat dosa lebih, mencarutla banyak2.. senang cerita.. huh! =,= senior mmg bodo2 belaka.. pastu cakap palapes laut macam pengakap.. haha.. sori sikit eh.. tu kau yang rasa macam pengakap.. sebab kau arbok! wakkaka.. xD tak bleh bla la korg ni wahai tahun 2.. sebelum berkata-kata, lebih baik fikir dulu.. nanti seperti meludah ke langit pula.. :p
pastu ada majlis penutupan ACT dan RPC. time makan2 ni, kami berborak-borak.. saya berborak ngan Tn Wong. :D pastu kami bertolak balik..
sebelum bertolak balik, kami singgah di Lumut untuk beli barang dan makanan.. tapi, saya tak mampu beli apa2 sebab takde duit.. huhu.. kesian giler.. terpaksa makan makanan sample yang disediakan sampai habis.. rasa macam pelarian plak.. huhu.. T^T
malam tu kami sampai dalam pukul 2130H. macam biasala kene hell.. lumrah da.. terima je la.. kadet kami pun semua baru balik.. hehe.. :D

(Divisyen Zain Alfa) forever zain alfa! :D

Alhamdulillah, selesai sudah latihan kami selama 2minggu.. semoga apa yang kami dapat sepanjang di Lumut tidak akan lupa.. insya-Allah semangat untuk menjadi seorang regular dapat 'nurture' di dalam hati ini.. mudah-mudahan.. kalau disitu rezeki saya takkan kemana kan?? :D

#maaf, gambar sangat confidential. :D 

20.1.13

KDSI 1

assalamualaikum.
KDSI 1?
apa tu?
kapal diraja sultan idris.
kat mane tu?
perak.

huhuhuhuhuhuhuhuh.. T^T
sebenarnya, hati berat sangat nak pegi..
sebab??
takut!!!!
senior asyik cerita2 benda yang menakutkan..
saya pun tak tau la dapat terima semuanya ke tak.. T^T
beban!! berat!! 99!! =,=

ya Allah, harap sangat intake saya tak pernah mudah putus asa.
tidak cepat berputus asa..
takde da yang keluar baris!! (penat da dengan orang2 yang nak keluar baris ni. huh!)
berjaya sepanjang latihan itu berlangsung..
mudah-mudahan.
insya-Allah.. :D

saya pasti, dan semestinya bakal berlaku sesuatu perkara yang kami tak suka disana.
tapi, kami perlu tahan dan sabar..
kalau tak, kami memang tak kuat..
berikanlah kekuatan kepada kami ya Allah..
tolongla ya Allah.. T^T

#tolong doakan kejayaan saya dan sahabat2 saya.. T3T

rumah baru

assalamualaikum..
sebenarnya, memang malas sangat nak update..
tapi, sebab esok dah tak on9, so, kene guna peluang sebaiknya!
yosh!!

baru2 ini, saya dan keluarga ada ke rumah baru.
di kajang. so, puchong ke kajang la.. xD
sedih..
rumah lama ni da selesa duduk, tempat pun makin membangun..
lagi2 dekat sangat ngan UM..
boleh balik selalu.. (hewhewhew)

tapi, nak buat macam mana kan??
jodoh ngan puchong sampai sini sahaja la..
lepas ni dah kene berjinak-jinak ngan kajang plak.. xD

saya sangat suka dengan rumah baru tu..
terima kasih ayah. hehe.. cantik rumah tu.. ayah memang pandai! :D (terima kasih. :3 )
tak sabar nak masuk rumah baru..
tapi, tak dapat tolong sekali, sebab ada latihan di Perak.
maafkan saya yer.. :(

 ( aircond smart! )

 (brg2 saya. hehe. sila abaikan piala tu. :p )

 (bilik TV kami sekeluarga. klu ade karok pun best ni!)

 (baby fan. sbb kecik je fan ni.)

 (no rumah, 7)

 (salah satu sudut bilik saya.. mehehe. xD )

 (dapor yang sangat cun! :D )

 (fire place. xD )


#habis da.. haha.. :D

16.1.13

menanti pengakhiran


yang patah bakal tumbuh,
yang hilang kan berganti.
begitu juga yang hidup pasti akan mati,
ku menanti pengakhiran #LISTEN #LETMESPEAK #ANIMALSHAVEPROBLEMS
bilakah semua ini bakal berakhir??

sumpah! aku sudah lelah..
lelah dengan pembodohan yang membodohkan otak ku ini..
kiranya aku ikut sekali akan pembodohan yang sia-sia ini..
merosak masa depan ku..
menambah dosa ku..
membawaku menjadi macai sepertimu wahai saudari sharifah..

maafkan diri ini jika melukai dirimu..
tetapi, jangan pernah mengalah!
kerana yang jahat pasti menjadi baik..
cuma laluan yang dilalui untuk berubah itu sukar sedikit.
kesukaran itu yang mengajar.
semoga saudari sharifah INSAF..
wallahua'lam..

nukilan: saudari maisarah (pengerusi solidariti arnab-arnab satu dunia [SASD] )

15.1.13

my meme version


#semoga bermanfaat buat akak sharifah.. :D hahaha..

#this was the animal version where i'm focusing on what she told about her animal.. bla.. bla.. bla.. xD

14.1.13

amaran! tipu PRU, rakyat bangkit humban kamu!


#semoga bermanfaat wahai pemimpin yg dihormati sekalian.. :D

ngehheheheheh... xD

animal? what the shit you talking about?


tersebutla kisah..
seorang mahasiswi memberikan kata2 serta idea2 dalam satu FORUM SEIRINGKAH MAHASISWA DAN POLITIK.
tetiba je kena sound ngan akk moderator!
jahanam style gler!

aku malas nak cite lebih..
korang play je video atas ni..
sambil2 tgk tu, bolehla minum secawan air kopi ke @ makan biskut..

 #mudah-mudahan korang tak tercekik dengan isu yg si akk moderator tu bawa..

 #DASAR MACAI tak reti bahasa.. haha.. xD
*meh datang UM sekali! ko pasti menyesal dtg sini woi!!


couple? fikir semula!


#semoga bermanfaat buat kita semua.. :D

rugi?

 


Assalamualaikum semua..
pada 12 januari 2013, terdpt banyak sekali 'event' yg berlangsung..
salah satunya adalah HKR 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' BUKAN 'himpunan shamsidar!
haha.. kesian org yg percaya bulat2 kata2 busuk yg diucapkan oleh saluran2 televisyen mahupun didada2 akhbar yg korup!


tetapi, malangnya.. saya tidak dapat turut serta kerana menghadiri majlis kenaikan pangkat.. :(
malang ke??
wallahua'lam..
sbb, lepas je balik dari majlis tersebut, sy trus search #HKR dan #KL112.. subhanallah..
banyak sgt gmbr2 mahupun video serta kata2 semangat yang mampu mengalirkan air mata ini.. T^T
kalau boleh, nak sangat turut serta dalam himpunan tersebut..


sy rasa bersalah kerana tidak turut sama..
mereka semangat memperjuangkan hak kita semua, tetapi, kenapa ade yg membantah??
ade yg mencaci.. tidak kurang mempersoalkan mahasiswa/i yang turut serta dalam himpunan tersebut..
kenapa mereka dipersalahkan??
salahkah mereka??
salahkah memperjuangkan hak yg sepatutnya kita semua terima lama dahulu??

tidak dapat dinafikan ada yang marah kerana mereka mengatakan himpunan ini HARAM!
MENGKUCAR-KACIRKAN Malaysia yang aman..
MENYUSAHKAN ramai pihak..
sy tetap kesiankan mereka kerana otak2 orang seperti ini telah dicuci habis-habisan oleh mereka yang ingin meNIPU RAKYAT!

tolongla paham apa yang kami semua mahu bawa..
apa yang kami semua mahu korang semua tahu..
kerana kadang2 fakta yang kami berikan mungkin menyakitkan, tetapi KEBENARAN itu tidak dapat disangkal lagi..

#HKR masih dalam ingatan.. semoga Rakyat semua faham baik2 tentang isu ini.. kita sama2 berubah! Berubah ke arah yang lebih BAIK! Tolak Bien, Tolak Umnos!

[I will destroy you bien and umnos!!]

*wallahua'lam. :D