assalamualaikum semua.
hari ni nak sambung cerita tentang LIMA LANGKAWI 2013
seramai 29 pegawai kadet dan 10 pegawai dan staf PALAPES UM telah pergi ke LIMA.
pecahan 29 (7 laut, 29-7=darat) hang kira la sendiri. hewhew.
yup, pegawai kadet laut hanya seramai 7orang sahaja. sikitkan??
hewhewhew.. sebab itulah kami tentera laut 'rare'. xD
Perjalanan kami bermula pada pagi buta khamis 28 mac lebih kurang 3.30 pagi di markas PALAPES UM. (awal gler kan?)
bas pula sampai dalam pukul 4pagi. kihkih.
kesian pokcik bas kene bangun awal2 ambil kami.
tapi takpe, pokcik2 bas kami cool jer.. yeah!
perjalanan kami yang jauh menyakitkan badan2 saya. tulang2 saya dah tak selari.
urat2 semua dah kacau bilau. darah tak mengalir dengan betul.
seriously, ape yang kami buat hanya bangun, makan, bangun, makan..
kes berat ternak lemak dalam bas.. hoihoi.. xD
akhirnya sampai juga kami di jeti perlis.
dari jeti tersebut, kami nak feri sehinggala ke Pulau Langkawi.
malas nak cerita bab2 feri delay la, ape la. yang penting, dah sampai Langkawi woi!!
mula2 dengar citer tinggal kat chalet. fuh!! hebat kan??
tapi, datang2 je dapat reban ayam.. ahahah..
ape2 jela, asalkan kami bahagia. (bahagia la sangat)
Patutnya first day dah pergi LIMA, tapi sebab feri delay, terpaksa postpone ke esok hari. nasib malang.
tapi takpe, sebab tak dpt pergi LIMA, kami jalan2 sekitar kawasan itu.
tempat2 yang kami pergi adalah, Kilang Gamat, Beras terbakar, Chenang mall, pantai chenang, dan kilang coklat (haji ismail) hewhew.. xD
sempat gak makan2 di belakang kilang coklat tu..
pastu terserempak ngan abang Oakley.. oh yeah!!
jodoh tu jodoh!! hahaha.. xD
habis sesi pada hari itu, kami pulang ke reban ayam dan tidur nyenyak.
pagi itu, saya bangkit paling awal. hewhew.
pukul 5.00 pagi, tengok semua shiok lagi tidur, saya pergi membersihkan diri. :D
lepas solat subuh, ape lagi, sambung tidur. haha.
pukul 7pagi, kami bersiap untuk ke LIMA.
sebelum bertolak kami dijamu dengan nasi lemak bersambal berkacang. sedap.
air teh o semut dibuang kerana telah tercemar. xD
kami semua pun tunggu bas di bawah reban ayam.
tunggu punyer lama da tunggu, tapi, tak sampai2 juga.
ape lagi, semua keluarkan kamera dan mula la adegan poyo. huihui..
setelah beberapa gambar diambil, pokcik bas pun tiba.
bermula la perjalanan kami ke LIMA!!!
disana, kami pergi ke kawasan kapal2 dahulu sebelum ke kawasan kapal terbang.
sesungguhnya, panas sungguh kawasan kapal tu.. huhu..
sampai budak army dah surrender taknak masok navy sebab panas sangat.
oh well, itu baru panas dunia ok. haha.
damn, ade mamat ni mabuk laut plak. nasib tak muntah. huihui.
badan kental, hati berbunga, mabuk laut rupenyer.
takpe2. dun wory, saya lagi teruk, takut lipas kot. >.<
lepas jalan2 sekitar kapal, dalam kapal, kami pun bertolak ke kawasan kapal terbang plak.
ya! kami sudah sampai ke LIMA exhibition yang sebenar.
ramai nyer manusia disini yer..
bagus2.. :D
adegan sepanjang di LIMA Exb, kami menjadi patung. yela, dah ramai sangat civilian nak tangkap gambar dengan kami. oh yeah!
sebab kami pakai uniform navy. that's why la.. baru sedar. =,=
dan korang nak tau.. saya jumpa ngan abang Oakley lagi disini.. hewhew..
kali ni tak lepaskan peluang amik gambar dia. haha. xD
dia hensem okkay, tanpa memakai spec oakley tu. huhu..
huih, panas betol!
pastu, kami pun mengambil angin disekitar kawasan kilang coklat haji ismail. haha.. xD
dan saya tambah lagi bilangan coklat. yes!
habis kira semua, kami pun balik ke UM melalui jeti perlis dan meneruskan perjalanan tanpa henti ke UM.
kami sampai ke UM dalam pukul 4.30 pagi.
kemas2, tidor!
memangla tak bangun pergi latihan kan.. haha.. malas kot. takpe2, semua demi nak balik rumah amik motor. :D
sekian sahaja kali ini, esok sambung crita lain plak.
0 Comment(s):
Post a Comment