27.4.13

conscious unconscious dreams

assalamualaikum.
hari ni saya nak cerita tentang bengkel yang saya ikuti iaitu bengkel 'Unmasking the Unconscious Mind'
tapi, rasa rugi je sebab minggu lepas tak pergi. ade hari palapes. huhu..
tapi, takpe. belajar sikit2. insya-Allah boleh dapat! :D

hari ini Pn Dalina ajar kami tentang unconscious, conscious, reframing, benchmark, dan sedikit tentang dreams.
kita pernah dengar tentang dyslexia kan? benda ni selalu berlaku pada budak2 kecil yang baru belajar.
contoh, mereka akan menterbalikkan ape yang mereka belajar. dyslexia adalah satu penyakit yang menyebabkan mereka kekurangan dalam pembelajaran (learning disabilities).
ini bukan bermaksud mereka cacat, tetapi mereka sebenarnya sama dengan kanak2 yang lain.
cuma, dari sudut pandangan sahaja yang berbeza.
kalau korang belajar biologi @ sains, sebenarnya apa yang belakang mata kita nampak adalah terbalik.
sebenarnya beginilah pandangan mata seorang dyslexia.
mereka menterbalikkan sesuatu. mereka melihat apa yang ada di dalam mata mereka,
kita melihat apa yang ada di hadapan mata kita. that's the differences. :D


tentang iceberg pula ada kaitan dengan conscious, subconscious dan unconscious kita.
visible part iaitu yang bahagian atas, adalah conscious part.
bahagian bawah yang kita tak dapat lihat adalah unconscious part.
diantara kedua berikut pula adalah subconscious part.
ini bermaksud, kita sedar atau nampak bahagian atas sahaja.
bahagian bawah, kita tidak sedar atau tidak nampak.
seperti diri kita juga. kita sebenarnya ada 2. satu diri kita (conscious), satu lagi diri kita di dalam diri kita sendiri (unconscious)
unconscious inila yang membantu kita dalam mengimbangi kehidupan seharian termasuklah didalam mimpi. :)
kita boleh berhubung dengan unconscious kita dengan pelbagai teknik.
seperti teknik 7 anak tangga.


blackhole pula adalah benda2 atau perkara2 negatif seperti stress, dengki dan marah.
blackhole selalunya dibahagian subconscious area.
jika blackhole ini tidak dirawat, ia akan merebak dan menutupi link antara conscious dan unconscious kita seterusnya memberi impak buruk kepada fizikal (conscious)
cara untuk mengubati adalah melalui 6 steps reframe. kita perlu identify masalah tersebut dan seterusnya bertanyakan tentang solusi kepada diri kita secara conscious atau unconscious.
kenapa kita perlu minta dari dalaman?
hal ini kerana, dalam diri kita (unconscious) mempunyai unlimited resources iaitu bahan yang terlalu banyak..
selain itu, "dimana ada sakit, disitula ada ubatnya"
kita selalu dengar yang setiap penyakit atau virus itu sendiri adalah ubatnya.
kerana dari virus itulah terciptanya penawar. kan? :D

Bubble adalah sejenis benchmark.
benchmark pula adalah apabila kita ingin memiliki kepandaian atau kehebatan yang ada pada seseorang.
contoh, saya nak jadi seorang pemain badminton terhebat seperti lee chong wei.
jadi, saya perlu benchmark atau bubble LCW samada dalam bubble saya atau dalam bubble yang lain.
dan congruent supaya menjadi seperti beliau.
kita juga boleh menghantar treatment (perubatan) secara wireless melalui bubble ini.
sebagai contoh, ibu kita sakit. jadi, kita buat bubble pada mereka dengan menghantar reframe secara wireless. insya-Allah, mereka akan kembali sihat.
Bubble ini adalah seperti doa. cuma caranya sahaja yang berbeze.
(better guna doa, kerana doa senjata bagi seorang mukmin) :D


Selain itu, saya da mempelajari tentang dreams (mimpi)
jadi, lepas ni kalau nak saya menafsir mimpi korang, dipersilakan.
kalau saya tak tau, maaf yer. hehe..
almaklumla, budak baru belajar. :D

sebenarnya, terlampau banyak sangat ilmu yang bermanfaat yang saya terima sepanjang kelas atau program ini.
nak cerita semua pun tak boleh. sampai tahun depan pun tak lekang nak tulis. hewhew.
anything atau sebarang persoalan, boleh je tanya.
insya-Allah saya cuba menjawab segala persoalan semampu yang boleh. :D

#suka tolong ^_^

0 Comment(s):