28.4.10

Apa tu MUET??

hohoho..
siyes.. skang dah busy nak pikir2 pasal education ni.. sbb??
dah dpt exclusive surat twrn dt KMS..
semua ade.. mcm2.. nak tgk??
ok. nah..

(kene bawa! klu tak, takleh masuk!)


(kene semak betul2 ni)

so, tulah citer nyer.. kene fokus! yeah! Saya boleh!
So, apa itu Muet?? Sy pun tak tau sebenrnye..
tapi, sy cube tanya kat kwn2 Youthsays..
dan ini jwpn nyer..

Kak Nur Fatimah Suhayati a.k.a girlsilver:
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST. muet tu untuk kelayakan bila kita msk universiti peringkat ijazah sarjana muda....tgk jenis kursus gk...kalu kursus tu mintak kita lulus tahap 3 & lebih, kalu kita lulus bwh tahap 3, kena ambik skali lg tau.

Kak Hanisah a.k.a zurisa0709:
muet tu ade listening test,speaking test,writing test n reading test..=)

Abg Md Fendy a.k.a fendyfazeli:
exam bahasa inggeris, ada test listening, writing dengan speaking. paling power band6, paling bengap band1 kot. kene bayar RM60 kalau nak repeat. kalau nk dapat degree sekurang-kurangnya kene dapat band3. kalau ko study rajin2 senang je. listening tu ko kene dengar, die ulang 3 kali kalau tak silap. lepas tu ko kene jawab soalan kat kertas berdasarkan ape yang ko dengar. listening ad 3 soalan kalau tak silap. first english biasa2 je, boleh faham die sembang ape. yg ke2 susah sikit, yg ke3 tu ko dgr accent org UK. mcm dalam cerita harry potter tu. kalau ko boleh tengok cerita harry potter tanpa subtitle tu sng la bagi ko. kalau speaking ko duduk dalam bilik. die bagi tajuk. ko sembang la idea ko pasal tajuk tu antara 4 orang. speaking senang je kot. Good luck MUET :)

Abg Mohamad Fakhruddin a.k.a fakhruddin:
ala tips untuk speaking tu, jangan menyampuk bila orang lain bercakap. dia akan bagi soalan, ko kena jawab. last sekali argue. pandai2 la. ala cakap je macam biasa. untuk listening tu, tak boleh nak cakap apa la. kena dengar betul2. then jawab soalan. aku encourage ko baca soalan then tak payah catit panjang2. buat nota2 ringkas. lukis gambar ke. untuk writing, ko kena banyak baca kamus untuk perkataan2 yang gempak2 sikit, kena banyakkan menulis la. english is a language kan, so practically you need to use it everyday to enhance your communication and writing skills la. blogging ke etc. ala band 3 or band 4 tu dah just nice. kalau band 6, nanti ada personal test untuk tengok ko betul2 layak ke dapat band 6. yang ni memang jarang la malaysian nak dapat. kalau dapat band 5 tu dah kira gempak la! =D


hohoho.. tgk tu! smpi menjele-jele diorg jwb..
best tau! Thanks kpd yg sudi jwb.. bertmbhlah skit pengetahuan sy ni..(><;;) *skit jer*

OK! skang plak soalan2 yg telah sy berikan pade mereka! dgr k.. (^^)v

  1. apa itu MUET??
  2. senang ker??
  3. susah ker??
  4. listen tu dgr jer ker.??
  5. atau kene salin ape yg dia ckp??
  6. writing ngn speaking plak??
macm tu lah citenyer..
Yg penting! Chaiyok2.. (^^)b

17.4.10

KMS

salam lagi sekali!
Kali ni cikgu nak cite sikit pasal KMS!
yelah tak kenal maka tak cinta!
Cikgu perlu tau pasal Kolej ni sebelum masuk kan..
nnti taklah sesat kat sana..
siap bg 'direction' kat org klu diorg tak tau..
Walaupun KMS tu baru dibuka, sy adlh org pertama yg tau psl KMS tu sendiri..
wahahaha!! *byk gak gelak ni*

Oklah! ni dia.. =D
KMS ni baru gak buka..
sy, waktu nak apply tu mana ada KMS. so, terpksa apply yg jauh2..
Tapi, bile check semlm, ada plak KMS ni..
So, bersyukur gilerlah!

LATAR BELAKANG KMS:
Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) dijadualkan beroperasi pada bulan Mei 2010 dengan bermulanya sesi akademik 2010/2011. Kolej ini mula dibina pada awal 2008 dan merupakan kolej matrikulasi ke-13 di seluruh Malaysia di bawah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kediaman Pelajar:

  1. bilik penginapan pelajar
  2.  bilik bacaan
  3.  bilik rekreasi
  4. 3 kafeteria yang akan memberikan perkhidmatan penyediaan makanan
  5.   masjid yang terletak di tengah-tengah kampus yang boleh memuatkan lebih kurang 2,500 orang
  6.  Pusat Pelajar (mengendalikan semua urusan berhubung hal ehwal pelajar)
  7. ATM
  8. kaunter HEP
  9. kedai koperasi
 Pembelajaran:
  1. 6 buah dewan kuliah (dilengkapi dengan peralatan LCD, skrin, dll bagi memuatkan antara 150 - 250 pelajar)
  2.  52 bilik tutoran
  3. 19 buah makmal sains
  4. Sebuah Pusat Sumber dua tingkat (mengandungi 7 makmal komputer  dan 3 makmal bahasa disediakan dengan talian internet, WiFi dan lain-lain peralatan terkini)
Matapelajaran Teras:

Sains Hayat: (Biologi, Kimia, Matematik)
Sains Fizikal: (Fizik, Kimia, matematik)
Perakaunan: (Perakaunan, Matematik, Ekonomi, Pengurusan Perniagaan)

Matapelajaran Wajib (Sains Hayat/ Fizikal/ Perakaunan):

  ·   Sains Informatik (Sem 1 atau 2)
  ·   Bahasa Inggeris ( sem 1 dan 2 )
  ·   Pendidikan Islam / Moral (sem 1 atau 2)
  ·   Dinamika Kemahiran (Sem 1 atau 2)

Aktiviti Kokurikulum (Sains Hayat/ Fizikal/ Perakaunan) - (sem 1 atau 2)

  ·   Sukan dan Permainan
  ·   Kelab dan Persatuan
  ·   Kawad
  
Unit Kokurikulum

Kelab Persatuan:

   1.     Astronomi
   2.     Rekreasi
   3.     Memanah
   4.     Kembara (sy amik yg ni!)
   5.     Catur

Sukan Permainan:

   1.     Bola Sepak
   2.     Sepak Takraw
   3.     Bola Jaring
   4.     Bola Tampar (sy nak ni!)
   5.     Hoki
   6.     Skuasy
   7.     Ping Pong (juga ni!)
   8.     Bola Keranjang
   9.     Badminton (ni jugak!)

Unit Beruniform:
-Tiada maklumat lagi- =P

Gred Peperiksaan

(Cemerlang)
A = 4.00 (Sayalah org nyer! hahah!)
A- = 3.67
B+ = 3.33

(Kepujian)
B = 3.00
B- = 2.67

( Lulus)
C+ = 2.33
C = 2.00
C- = 1.67
D+ = 1.33
D = 1.00

(Gagal)
F = 0.00

PERHATIAN!
Wajaran markah Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) bagi Matematik 80%, Kimia 70%, Fizik 70%, Biologi 70%, Bahasa Inggeris 60% (klu tak dpt??)

Alamat dan Peta KMS:

Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)
Kementerian Pelajaran Malaysia
Mukim Jugra, 42700
Banting Selangor
Tel: 03-31201375
Fax: 03-31201372

Peta? Klik sini.

Maklumat

Surat tawaran akan dihantar 2 minggu sebelum hari pendaftaran.Surat tawaran dijangkakan akan dihantar dari kolej pada 26 April 2010.

Kalender Akademik sepanjang 2010/2011? Klik sini.

hmm.. dah tgk kan...
so, skang ni sy tunjuk gambar plak.. yelah..
busan plak nntikan..
(credit to KMS)

(ku dpt bau baru!! hahaha)

(oit! ada smph ker)

so, harap korang leh tau lah serba sedikit tntg KMS ni..
maklumat lanjut?? layari jer kat sini. (hahaha.. buat pnt jer korang baca sini.. takpe, nnti 2x phm)

Perjalanan 3 bulan!

salam semua!
hari ni mmg hari yg amat gembira buat sy!
seronok tak terkata!
yelah, semalm dpt twrn dari KMS (kolej matrikulasi selangor).
dan esok, ada hari anugerah kecemerlgn SPM!
yay!
seronok giler!
hahaha!..

tadi pun, ada 3K!
korang tau tak apa tu 3K? *dah tak guna cikgu & murid*
Kempen Konsumer Kebangsaan..
hah! korang semua mesti tau pasal konsumer tu apa kan..
mestilah tau.. klu tak tau, sia2 jer kita beli brg dan berjimat..
huhu..

Tapi,bukan ini yg sy nak ceritakan..
saya nak bercerita sepnjg 3 bulan habis SPM..
jadi, dengarkanlah..
hehe..
PS: (* takde gambar. maaf)

  • Bulan pertama 2010 sy bekerja sebagai guru KAFA! memang seronok tak terkata. mula2 kerja rasa stress sgt2. yelah bergaul plak dgn budak2, mmg bermcm ragam boleh jumpa.*
  • pastu, dpt gaji pertama ku! (paling syiok!) (klik klu nak tau bape dpt)
(haha, klik klu nak tau bape. tp yg ni plg sikit. sbb mula keje lps seminggu! so, overall sebuln RM500)
  •  Dapat keputusan SPM di SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara! dpt jumpa kwn2 lama dan cikgu2 yg sy sayang sgt.. (^^)b miss them!

(bolehlah kan 7A 3B)
  • Pastu pegi  kat PWTC ada showcase utk pelajar lepasan SPM. course mana yg sesuai dan ada byk giler kolej serta U kat sana. mmg shiok habis! (sy tgkp gmbr pelik sikit =P)
     (roger2 ada budk pelik tgkp gmbr kami. roger2)
    ('ada mamat yg tersengih kat belah kiri tu. lwk sgtlah tu' =P)
    • Pastu pergi Johor. lawatan sambil belajar yg dianjurkan oleh KAFA Ukasyah. Seronok giler! rasa bebas dan ceria.
     (dlm bas. sush nak tgkp sbb bas bergerak mcm naik unta da..)
    • sepnjg 3 bulan duk umah ni, sy ada juga fikir tntg matrix. Ada masa jugak sy terpikir yg sy takkan dpt, dan rasa sedih giler.. berikut adalah gmbr surat twrn dari pelbagai kolej yg sy terima.
       (mcm2 surat ada. semua den reject. hoho. pdn muka!)
      • Byk2 surat yg dpt, cuma satu jer sy terima. Dan mmg sy tak percaya yg sy akn dpt.. huhu.. Thanks!
         (tapi yg peliknyer psl surat ni, sy jadi lelaki (saudara) beb! *klik klu nak tau =P*)
        • Dan juga, sy dpt surat dr sekolah supaya dtg ke Majlis Anugerah kecemerlgn! Sy seronok giler! hehe.. Tapi tak sgt pun, sbb sek mmg target yg sy dpr 'straight A's, tapi nak buat camana kan. tak dpt pun.. huhuh.. sedih giler nie!! (T-T) But, bersyukurlah dgn apa yg kita ada..
           (sy buka surat ganas2! tgk dah tak cantik gmbr tu kan.. hehe)
          • pastu, Lepas jer dpt surat dr KMS, saya terus buat check list apa yg perlu bawa. Fuiyoo! byk giler tau.. sampai 4 muka surat! tu baru bape minit jer buat. nnti kan ada 'add on'. hoho.. jadi santa lah sy pasni (bw byk giler brg)
             (haha.. siap ada signature skali! buruk bai tulisan den! haha!)
            • Dan Paling akhir skali adalah... Ingin mendapat laptop percuma dari sesapa yg sudi bagi!! Boleh?? hehe.. setiap hari sy selalu ckp kat ayah sy, yg sy nak laptop! smpai ayh sy naik busan! =P dan dia suruh sy beli sendiri pakai duit sy! huhu.. smpai hati! haha.. 
               (ni lappy yg sy guna skang, tp keje ayh yg punyer! selalu giler pakai bnda ni!)
              (smpai ayh nak bw keje pun sy tak bagi! haha.. *nyorokkan* =P)

              So, tujelah yg nak cite pasal perjlnn 3 bulan sy! 
              lepas ni takde nak citer lg.. =D
              haha.. seronoklah korang tak dgr lg celoteh  cikgu kan...

              Tapi! Cikgu akan menyertai pertandingan pasal 3K! *yg kat ats tadi*
              Klu cikgu mng, cikgu dpt RM2000! wow!! byk tu! bolehlah beli Laptop lps ni. hehe..
              *utk kegunaan cikgu masuk U*
              So, cikgu hrp korang semua sentiasa bersama cikgu.
              Cikgu, perlukan Komen dan Kunjungan anda selalu k.. =P
              harap2 pasni korang sentiasalah jenguk blog cikgu..
              klu tak pun refresh byk kali lmn sesawg cikgu ni..
              *dah berswg ker??* hahaha!!
              Thanks sbb support cikgu!
               *Klu nak tau pasal KMS, nnti, cikgu akn buatkn satu post tntg tu k.. Jgn Lupa! Check it out!*

              16.4.10

              Matrikulasi

              Salam semua..
              hari ni cikgu cakap bahasa melayu lah plak..
              hehehe..
              Cikgu semak tadi nama cikgu kat matrikulasi..
              hehe..
              mula2 sms,, lambat bebenor nak reply nyer..
              tunggu punye tunggu..
              tak reply2 lagi..
              adoi.. lambat macam siput!
              so, cikgu pun guna cara lain..
              melalui online!
              yes!
              dan pastu, dia suruh isi no i/c cikgu..
              cikgu pun isilah..
              pastu tak sampai sesaat, dah reply..
              cepat benor plak ni..
              klu sms, fui, berjanggut tunggu.. hahaha XD (cikgu takde janggut yek)

              Akhirnya ini yang cikgu dapat: *klik klu nak tau =P*


              so, maknanya cikgu akan masuk matrix kat Selangor!
              dan program yang cikgu amik tu program setahun jer..
              huish! sekejap nyer..
              pastu, cikgu amik program Sains.
              nnti ingatkan cikgu kene daftar 10 Mei 2010 yek..
              email lah sng: maisarahmazhar@yahoo.com
              klu no phone takleh..
              org yg cikgu kenal bebenor baru bagi..
              hehehe.. =D

              doakan cikgu berjaya yok!
              semoga cikgu adalah org yg paling cemerlg disana! (hohoho)
              Amin.. =D

              15.4.10

              How to install Love?

              Hi everyone!
              Gonna speak English for today.
              So, how's your day?
              Hope you all will have a really great day! (^^)//

              Today, i gonna post about "How to Install Love"
              It's really simple but need your will too..
              Credit to HERE.

              Here goes:

              T – Technical Support, C – Customer

              T: Yes, how can I help you?

              C: Well, after much consideration, I've decided to install Love. Can you guide me through the process?

              T:Yes. I can help you. Are you ready to proceed?

              C:Well, I'm not very technical, but I think I'm ready - What do I do first?

              T: The first step is to open your Heart. Have you located your Heart?

              C: Yes, but there are several other programs running now. Is it okay to install Love while they are running?

              T: What programs are running?

              C: Let's see, I have Past Hurt, Low Self-Esteem, Grudge and Resentment running right now.

              T: No problem. Love will gradually erase Past Hurt from your current operating system. It may remain in your permanent memory but it will no longer disrupt other programs. Love will eventually override Low Self-Esteem with a module of its own called High Self-Esteem. However, you have to completely turn off Grudge and Resentment. Those programs prevent Love from being properly installed. Can you turn those off?

              C: I don't know how to turn them off. Can you tell me how?

              T: With pleasure. Go to your start menu and invoke Forgiveness. Do this as many times as necessary until Grudge and Resentment have been completely erased.

              C: Okay, done! Love has started installing itself. Is that normal?

              T: Yes, but remember that you have only the base program. You need to begin connecting to other Hearts in order to get the upgrades.

              C: Oops! I have an error message already. It says, 'Error – Program not run on external components' What should I do?

              T: Don't worry. It means that the Love program is set up to run on Internal Hearts, but has not yet been run on your Heart. In non-technical terms, it simply means you have to Love yourself before you can Love others.

              C: So, what should I do?

              T: Pull down Self-Acceptance, then click on the following files: Forgive-Self, Realize your Worth, and Acknowledge your Limitations.

              C: Okay, done.

              T: Now, copy them to the 'My Heart' directory. The system will overwrite any conflicting files and begin patching faulty programming. Also, you need to delete Verbose Self-Criticism from all directories and empty your Recycle Bin to make sure it is completely gone and never comes back

              C: Got it. Hey! My heart is filling up with new files. Smile is playing on my monitor and Peace and Contentment are copying themselves all over My Heart. Is this normal?

              T: Sometimes. For others it takes awhile, but eventually everything gets it at the proper time. So Love is installed and running. One more thing before we hang up. Love is Freeware. Be sure to give it and its various modules to everyone you meet. They will in turn share it with others and return some cool modules back to you.

              C: Thank you, God.

              T: You're Welcome, Anytime.

              So, what do you think??
              I think it's really sweet and sour man!
              And i really like this thing!
              Thanks PapaBear-chan!
              hehe.. (^^)b

              14.4.10

              Tips apply Scholarship!

              Hei everyone!
              Hope you doing fine this day!
              *ckp inggeris plak cikgu ni*
              hohoh \(^o\)(/o^)/

              Yea! so, today i gonna speak english!
              And I hope that you all will understand what am i talking about!
              Get ready!
              Please take your book now!
              Today i *teacher* gonna give you tips on applying scholarship!
              Yes! scholarship is very important to all students who gonna continue study abroad or in Malaysia.
              Scholarship is just like money, that will pay for your studies.
              Scholarship has two categories which is:

              • Full scholarship or
              • Half scholarship. *boleh ckp tak byr penuh sgt lah! XD*
              full scholarship is for students that get excellent! grades. half scholarship is for students that get good! grades.
              *Students that get excellent grades is more than that get good grades*
              *so, some student which get excellent grades may not get Full but Half!*
              *Cause maybe they not active in co-co*
              *so, make sure you're active in co-co and has excellent grades!*

              So here the tips for them who want to apply scholarship!
              Pat attention kids!


              So?
              are you ready for applying the scholarships??
              There are many scholarships out there to be grabbed!
              such as MARA, STAR, JPA, PETRONAS, GAMUDA, ACMS, ASEAN, HONG LEONG, SIME DARBY, CCM, CIFP, ASTRO, PANASONIC, IGB, PNB, INTEL, AJINOMOTO and etc..
              It's to many to write down here!
              My GOD!
              Just google  and you will find!

              *example of resume can be find HERE

              To students that gonna applying for scholarship, please be ready!
              And don't forget, you will never get the 2nd chance!
              *hopefully XD*
              Good Luck From Teacher! (Maisa-Chan)

              13.4.10

              Contoh Resume

              baiklah murid2 semua.
              hari ni, cikgu nak bg contoh resume yg cikgu buat..
              tapi dlm bahasa melayu k..
              klu nak bahasa inggeris, translate jer..

              PERHATIAN! Resume adalah sebagai contoh dan bukan untuk dijual atau dipergunakan!





              •MAISARAH BINTI MAZHAR
              •NO. XX Jln XX , XXXXX , Selangor
              •Tel: 0X-8076XXXX (home)
              •Tel: 01X-318XXXX (phone)
              •Email: maisarahmazhar@yahoo.com
              •Website: http://pinky-bunny.blogspot.com
              •Website: http://maisarahmazhar.blogspot.com



              DATA PERSENDIRIAN

              1.Tarikh lahir : 12 APRIL 1992
              2.Umur : 18 Tahun
              3.No i.c : 920412-12-XXXX
              4.No Surat Beranak : A 2598XX
              5.Bangsa : Melayu
              6.Warganegara : Malaysia
              7.Agama : Islam
              8.Jantina : Perempuan
              9.Status Perkahwinan : Belum Berkahwin


              PENDIDIKAN

              •1997-1998: Tadika MCA Taman Kinrara, Puchong Selangor.
              •1994-2004: Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai Taman Kinrara, Puchong Selangor.
              Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 3A, 2B [BH2291012]
              •2005-2007: Sekolah Menengah Agama Dato’ Haji Mustafa Batu Kikir, Negeri Sembilan.
              Penilaian Menengah Rendah (PMR) 5A, 3B, 1C [NE401M005]
              •2008 : Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
              •2008-2009: Sekolah Menengah Kebagsaan Seksyen 3 Bandar Kinrara, Puchong Selangor.
              Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 3A+, 2A, 2A-, 3B+ [BH113A019]


              PENGHARGAAN DAN AKTIVITI

              1999-2004: Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai (SKBK)

              - Mengarang esei (saguhati)
              - Ahli jawatankuasa Persatuan Puteri Islam
              - Bendahari Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS)
              - Program NILAM Peringkat Sekolah (Gangsa)
              - Kursus motivasi dan seminar UPSR
              - Kemahiran Amal Islami (Syarahan BM)
              - Klinik UPSR Didik (Fasa 1 & 2)

              2005-2007: Sekolah Menengah Agama Dato’ Haji Mustafa (SMADHM)

              - Program Rakan Muda Ramadhan
              - Program Motivasi Pembelajaran Rabbani
              - Smart English Clinic
              - Ekspedisi Gunung Datuk
              - Kursus Kefahaman Akidah
              - Pengawas Sekolah 2005-2007 (AJK)
              - Penolong Ketua Keceriaan Dorm (Dorm terbersih dan ceria sepanjang tahun 2007)
              - Penolong AJK Biro Dakwah Asrama
              - Kem Dwi Tahunan PBSM Kali-1 Cabang Jempol
              - Setiausaha Sukan dan Permainan Badminton
              - Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah
              - Ahli jawatankuasa Persatuan Tamadun Islam
              - Olahraga 200m bawah 15 peringkat sekolah 2005 (Johan)
              - Olahraga 200m bawah 15 peringkat sekolah 2006 (Naib Johan)
              - Olahraga 4×100m bawah 15 peringkat sekolah 2007 (Johan)
              - Olahraga 4×400m bawah 18 peringkat sekolah 2007 (Johan)
              - Olahraga 4×100m bawah 18 peringkat sekolah 2007 (Johan)
              - Pertandingan Bola Tampar peringkat Daerah 2007 (Naib Johan)
              - Pertandingan Badminton Beregu peringkat zon dan daerah 2006 (Johan)
              - Pertandingan Badminton Beregu peringkat Negeri 2006 (Naib Johan)
              - Pertandingan Kuiz Bahasa Arab peringkat zon (Ketiga)
              - Pertandingan Kuiz Bahasa Arab peringkat daerah (wakil)
              - Forum bahasa Malaysia
              - Anugerah Pelajar Cemerlang Kurikulum dan Ko-Kurikulum (2006 dan 2007)


              2008: Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah (SMASKP)

              - Pertandingan Tulisan Khat Jawi sempena Kempen Semarak Jawi 2008
              - Kumpulan Usrah (Penolong Naqibah)
              - Penolong Ketua Keceriaan Dorm
              - Penolong AJK Pintu dan Gate Asrama
              - Ekspedisi Gunung Datuk
              - Persatuan Bulan Sabit Merah (Naib Pengerusi)
              - Persatuan Astronomi dan Al-Falak (Bendahari)
              - Pertandingan Debat Bahasa Inggeris peringkat sekolah
              - Ahli Persatuan Bola Tampar
              - Pertandingan Bola Tampar bawah 18 peringkat sekolah (Johan)
              - Kejohanan Bola Tampar PPD/MSSD Kuala Pilah 2008 (Ketiga)
              - Olahraga 800m bawah 18 peringkat sekolah (Naib Johan)
              - Olahraga 4×100m bawah 18 peringkat PPD/MSSD Kuala Pilah (wakil)
              - Pertandingan Bola Jaring bawah 18 peringkat sekolah (Naib Johan)


              2008-2009: Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3 (SEMESTI)

              - Setiausaha Kelas 2009
              - Pengerusi Kelab Usahawan dan Koperasi
              - Setiausaha Permainan Badminton
              - Ahli Kadet Remaja Sekolah
              - Pertandingan Kawad Kaki KRS peringkat daerah Petaling Perdana 2009 (kelima)
              - Pertandingan Badminton bawah 18 peringkat sekolah (Naib Johan)
              - Jualan Kumpulan Kelab Usahawan dan Koperasi (AJK)
              - Pertandingan Spell it right Challenge peringkat sekolah(keempat)
              - Pertandingan Forum Bahasa Melayu peringkat sekolah
              - Pertandingan nasyid sempena Hari Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W (saguhati)
              - Pertandingan Folio sempena minggu Anti-dadah peringkat sekolah 2008-2009 (ketiga)
              - Pertandingan Tulisan Khat (Kelima)
              - Majlis Graduasi kali ke-1 2009 peringkat sekolah
              - Anugerah pelajar cemerlang SPM 2009 (7A)

              RANCANGAN KHAS

              2005-2007: Sekolah Menengah Agama Dato’ Haji Mustafa (SMADHM)
              a)Terlibat di dalam Majlis Perpisahan Penolong Kanan 1 dalam menjayakan majlis tersebut termasuk keceriaan, persembahan dan pengurusan
              b)Terlibat di dalam Majlis Akhir Tahun 2007 dalam menjayakan majlis tersebut termasuk keceriaan, persembahan, dan pengurusan
              c)Terlibat di dalam ‘spotcheck’ pelajar asrama dan sekolah.
              d)Terlibat dalam persembahan kumpulan ‘Nasyid On Stage’ (kumpulan nasyid perempuan) dalam sebahagian majlis yang diadakan sepanjang persekolahan 2005-2007

              2008-2009: Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3 (SEMESTI)

              a)Terlibat di dalam Projek Menceriakan Kawasan Sekolah dengan mengkaji tentang tumbuh-tumbuhan dan memaparkan informasi tentangnya pada setiap pokok yang ada di kawasan sekolah (2008)
              b)Terlibat di dalam Projek Rumah Hantu yang pertama dalam mengumpul dana untuk kelas disamping sekolah ketika Hari Kantin Sekolah (2008)
              c)Terlibat di dalam Projek Menjual Makanan dalam mengumpul dana untuk sekolah ketuka Hari Kantin Sekolah (2008)
              d)Terlibat di dalam Kempen mengatasi masalah gejala sosial tentang pengambilan dadah yang semakin popular di kalangan remaja (2009) (Ketua Kempen)


              KARAKTER PERIBADI

              Kualiti Peribadi: cekap, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi, pemurah, lasak, praktikal, memahami, suka membantu, rakan yang baik, penyayang, jujur, adil, fokus, bersungguh-sungguh

              Kemahiran Lain:
              i.Mahir bermain alat-alat muzik nasyid
              ii.Mahir berbahasa Melayu dan Inggeris
              iii.Mahir menulis jawi dan khat
              iv.Mahir menulis surat dan laporan

              Kegemaran / Hobi: Aktiviti luar rumah, melancong, membaca, bermain badminton, bola tampar dan bola jaring, melayari Internet, mengemas, membuat benda baru, berblogging, design, membuat kraf tangan.

              Pengalaman:
              1.Menjadi Guru Rakyat di KAFA Integrasi Ukasyah selama 3 bulan kerana mencari pengalaman, mengisi masa lapang, dan membantu sekolah lama kerana menunggu keputusan SPM 2009.
              2.Mengikuti Kursus Komputer pada 26 Januari hingga 2 Februari 2010.



              Harap murid2 dapat buat resume sendiri k..
              kalau boleh update selalu, dan jgn tertinggal apa2 info tentang murid2.
              nnti kene reject.
              Oklah, selamat membuat resume dan mencuba! (^^)//

              12.4.10

              Temuduga!

              Ok murid2. klu nak poi temuduga utk keje or whatever..

              gunalah cdgn cikgu ni ek.. (^^)//

              1. Persediaan yang rapi bagi memastikan anda bersedia dari segi aspek fizikal dan mental. (supaya murid2 tak gabra)

              2. Keserasian. Ianya terjalan apabila calon dapat memenuhi kehendak panel temuduga manakala panel temuduga selesa berkomunikasi dengan calon. (mcm amik hati lah jugak ni)

              3. 5 minit pertama adalah saat yang paling penting kerana masa inilah kebiasaanya akan dipergunakan oleh panel temuduga untuk mengenalpasti kesesuaian anda untuk diambil bekerja untuk syarikat tersebut. (klu cokia, habislah korang!)

              4. Faktor yang dititikberatkan oleh majikan : sikap positif keatas pekerjaan, kebolehan berkomunikasi dengan baik secara tulisan dan percakapan, kebolehan untuk berhubung di pelbagai peringkat dan jawatan, yakin , fleksibel, motivasi yang tinggi, berkeupayaan untuk memimpin (leadership skill), boleh bekerja secara berkumpulan. (huish, lagi byk sikap +, lg bagus!)

              5. Selidik tentang latar belakang syarikat (supaya murid2 tau apalah yg akn kamu semua keje nnti)

              6. Menepati waktu.(klu tak, "you're fired!")

              7. Pastikan kod etika berpakaian seperti warna pakaian,jenis pakaian, jenis tali leher dan sebagainya (jgn seksi2 dan tak beradap k..)

              8. Cara yang betul untuk mengucapkan selamat bertemu dan bersalaman dengan panel temuduga : i) bangun dan berdiri tegak,kemudian hulurkan tangan untuk berjabat salam bersama panel penemuduga ii) berikan senyuman ringkas yang menarik (comel2 sikit senyuman tu)

              9. Bawa sesalinan ''resume'' semasa menghadiri temuduga.(klu boleh bawa byk2. IC dan sijil yg berkaitan skali k)

              10. Bertentang mata secara berhadapan di dalam setiap sesi temuduga.Jangan sesekali mengutarakan jawapan sambil tidak bertentang mata dengan panel temuduga sebaliknya memerhatikan keadaan sekeliling. (supaya panel temuduga tu rasa dihargai dan ~~)

              11. Perkara-perkara yang tidak baik dan tidak patut berhubung pergerakan badan yang boleh mengagalkan sesi temuduga : jawapan secara bersahaja ''Aah dan sebagainya, berpeluh secara berlebihan, menggoyangkan kaki, bermain dengan pensil sambil mengaju-ngajukan tangan, menggunakan slang ketika menjawab soalan,dan memotong percakapan panel temuduga. (Salah sama sekali!)
              12. Mengutarakan soalan yang berkualiti. (bagus2 nnti panel temuduga tu rasa genius! hoho)

              13. Terangkan mengenai diri anda (tell me about urself) : jangan cerita mengenai kehidupan anda,berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan yang lalu. (yo lah, song nak reject or not kan)

              14. Kelemahan anda : beri jawapan yang negatif tetapi sebenarnya bagus/positif seperti ; Saya kadangkala kurang sabar tetapi ia membuatkan saya bekerja lebih baik,. (cdgn yg bernas)

              15. Konflik dengan majikan terdahulu atau pensyarah anda . Awas,jangan termasuk dlm perangkap ini.Sekiranya ada,terangkan dengan cara yang positif (hati2 k..)

              16. Kenapa anda (Why You?) .Terangkan tentang sumbangan yang anda boleh berikan kepada syarikat di samping kualiti-kualiti kerja lain yang boleh anda lakukan. (selalu gak klu nak terima scholarship, atau sama waktu dgnnya.. mmg TOP QUESTION! *beri perhatian*)

              Ok. murid2 dah tau kan apa yg perlu dibuat ketika temuduga..
              so, harap klu ada yg nak poi temuduga esok tu, good luck k!
              Nnti, post seterusnya, cikgu akan ajar macamana nak buat 'Resume'
              Harap murid2 semua bersabar k.. (^^)//

              *selamat hari lahir buat cikgu!*
              uhuk uhuk.. cikgu dah tuo rupenyer.. m(_ _)m

              11.4.10

              Tuto Hide Navbar

              OK.
              dah nmpk kan apa tajuk kita pada hari ni murid2 semua..
              Hari ni kita belajar pasal camana nak hide navbar yg kat atas tu..

              Amat mudah nak buat k..
              semua org boleh cuba termasuk murid2..
              Kalau tak faham, boleh cuba gerakkan mouse murid2 kat atas blog cikgu ni yek..
              Hah! tengok tu, bila hover, navbar tu terkeluar..
              dan bila tak hover, navbar tu sembunyi/menyorok..

              kan best macam tu..
              nak edit pun senang kan..
              tanpa ada gangguan keburukan navbar tu sendiri.. ehehe..

              Ok.. cikgu ni byk plak nak berceloteh..
              mari kita mulakan..
              mula2 pergi kat Layout.
              pastu, klik kat Edit HTML.
              tandakan pada 'Expand widget'
              dan tunggu sebentar..~~~~~~

              Pastu, tekan serentak "ctrl+F" = keluarlah kotak. (amaran! utk pengguna mozilla dan chrome!)
              pastu, pastekan code bwh ni:



              dah jumpa, amik plak code bawah ni, dan letak atas/sebelum code atas tadi:

              #navbar-iframe {
                height:5px;
                }

              /* IE7, IE8, IE6 */
                #navbar-iframe { height/*\**/: 30px\9; }


              #navbar-iframe:hover {
                height:40px; !important;
                }

              Pastu save and complete dah tugasan kamu semua..
              Tgklah hasil kejayaan murid2 yek..
              semoga berbahagia! o(^-^)b

              *esok birthday cikgu tau*

              9.4.10

              Pelajar SPM!

              Ok.
              dengar kepada semua pelajar SPM!
              mulai akhir tahun lepas, telah bermulanya penggredan baru k..

              dan saya rasa, gred kali ni agak sng nak score!
              dan sy rasa sungguh bertuah!
              hehe.. =D
              so, harap korang pun ada perasaan cam sy gak ek..

              harap2 lah.. =P

              tgk gambar bwk k..


              dah nampak kan..
              tapi sy tak tau plak camana nak kira merit tu..
              ada sesapa tau??
              Please komen k..
              Apapun, thanks! o(^-^)b

              Lamanya!

              Adoi..
              lamanya sy tak berblogging..
              selalu jugaklah dtg sini..
              cuma tak tau nak post apa..
              tulah masalah sy skang ni.. o(-.-)p

              so, hari ni sy nak wat tutorial!
              ehehe..
              Tutorial pasal apa ek??
              Teruskan membaca!

              OK, tutorial camana nak buat **** (tak tau lah nak explain camana)

              Hover pada perkataan SINI

              hahaha.. kelakar ek..
              apapun, paste je code bawah ni..
              boleh letak nama, apa2, dan link jugak..



              harap korang berseronok-ronok hari nie! o(^-^)y

              *12 April! and 20 April!