12.4.10

Temuduga!

Ok murid2. klu nak poi temuduga utk keje or whatever..

gunalah cdgn cikgu ni ek.. (^^)//

1. Persediaan yang rapi bagi memastikan anda bersedia dari segi aspek fizikal dan mental. (supaya murid2 tak gabra)

2. Keserasian. Ianya terjalan apabila calon dapat memenuhi kehendak panel temuduga manakala panel temuduga selesa berkomunikasi dengan calon. (mcm amik hati lah jugak ni)

3. 5 minit pertama adalah saat yang paling penting kerana masa inilah kebiasaanya akan dipergunakan oleh panel temuduga untuk mengenalpasti kesesuaian anda untuk diambil bekerja untuk syarikat tersebut. (klu cokia, habislah korang!)

4. Faktor yang dititikberatkan oleh majikan : sikap positif keatas pekerjaan, kebolehan berkomunikasi dengan baik secara tulisan dan percakapan, kebolehan untuk berhubung di pelbagai peringkat dan jawatan, yakin , fleksibel, motivasi yang tinggi, berkeupayaan untuk memimpin (leadership skill), boleh bekerja secara berkumpulan. (huish, lagi byk sikap +, lg bagus!)

5. Selidik tentang latar belakang syarikat (supaya murid2 tau apalah yg akn kamu semua keje nnti)

6. Menepati waktu.(klu tak, "you're fired!")

7. Pastikan kod etika berpakaian seperti warna pakaian,jenis pakaian, jenis tali leher dan sebagainya (jgn seksi2 dan tak beradap k..)

8. Cara yang betul untuk mengucapkan selamat bertemu dan bersalaman dengan panel temuduga : i) bangun dan berdiri tegak,kemudian hulurkan tangan untuk berjabat salam bersama panel penemuduga ii) berikan senyuman ringkas yang menarik (comel2 sikit senyuman tu)

9. Bawa sesalinan ''resume'' semasa menghadiri temuduga.(klu boleh bawa byk2. IC dan sijil yg berkaitan skali k)

10. Bertentang mata secara berhadapan di dalam setiap sesi temuduga.Jangan sesekali mengutarakan jawapan sambil tidak bertentang mata dengan panel temuduga sebaliknya memerhatikan keadaan sekeliling. (supaya panel temuduga tu rasa dihargai dan ~~)

11. Perkara-perkara yang tidak baik dan tidak patut berhubung pergerakan badan yang boleh mengagalkan sesi temuduga : jawapan secara bersahaja ''Aah dan sebagainya, berpeluh secara berlebihan, menggoyangkan kaki, bermain dengan pensil sambil mengaju-ngajukan tangan, menggunakan slang ketika menjawab soalan,dan memotong percakapan panel temuduga. (Salah sama sekali!)
12. Mengutarakan soalan yang berkualiti. (bagus2 nnti panel temuduga tu rasa genius! hoho)

13. Terangkan mengenai diri anda (tell me about urself) : jangan cerita mengenai kehidupan anda,berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan yang lalu. (yo lah, song nak reject or not kan)

14. Kelemahan anda : beri jawapan yang negatif tetapi sebenarnya bagus/positif seperti ; Saya kadangkala kurang sabar tetapi ia membuatkan saya bekerja lebih baik,. (cdgn yg bernas)

15. Konflik dengan majikan terdahulu atau pensyarah anda . Awas,jangan termasuk dlm perangkap ini.Sekiranya ada,terangkan dengan cara yang positif (hati2 k..)

16. Kenapa anda (Why You?) .Terangkan tentang sumbangan yang anda boleh berikan kepada syarikat di samping kualiti-kualiti kerja lain yang boleh anda lakukan. (selalu gak klu nak terima scholarship, atau sama waktu dgnnya.. mmg TOP QUESTION! *beri perhatian*)

Ok. murid2 dah tau kan apa yg perlu dibuat ketika temuduga..
so, harap klu ada yg nak poi temuduga esok tu, good luck k!
Nnti, post seterusnya, cikgu akan ajar macamana nak buat 'Resume'
Harap murid2 semua bersabar k.. (^^)//

*selamat hari lahir buat cikgu!*
uhuk uhuk.. cikgu dah tuo rupenyer.. m(_ _)m

4 Comment(s):

M!Er4N said...

salam..jom join contest yg menawarkan lappy acer n rm20 per refferal

http://www.mieran87.co.cc/2010/04/jom-rebut-acer-aspire-one-at.html

P.Mahasiswa said...

wow!! mng lappy acer!!!
mcm tak caye!!
join2 ek.. (^^)//

Lady E said...

Happy Birthday Dear! :)
Long live life!

P.Mahasiswa said...

to lady E~> thanks akk.. =D