12.6.13
Cukuplah Allah buatku
tiba2 disuruh membaca buku motivasi, dan terselitlah cerita tentang semut dan Nabi Sulaiman a.s.
*Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup setahun. semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebiji gandum.
Lalu nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut ke dalam satu botol dan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. botol itu kemudiannya ditutup.
cukup tempoh setahun, botol itu dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula itu yang habis dimakan oleh si semut.
Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh sahaja sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum utk tempoh setahun?
si semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.
tetapi, apabila dikurung oleh manusia(Nabi Sulaiman a.s.) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. manala tau, kalau2 manusia itu terlupa lalu dibiarkan terkurung si semut lebih dari tempoh setahun. apa akan terjadi kepadanya?*
benarlah bahawa cerita ini dapat dikaitkan dengan mana2 sahaja peristiwa yang telah kita hadapi, yang sedang kita hadapi serta yang akan kita hadapi.. sebagai cth, ketika minggu peperiksaan, kita sebagai seorang pelajar amat memerlukan tips2 yang diberikan oleh pensyarah sehinggakan kita dididik utk sentiasa meminta kpd pensyarah. tetapi, ingatlah bahawa jaminan Allah itu seribu kali lebih baik dari jaminan manusia. bukan saya ingin menegaskan disini bahawa kita tidak perlu meminta tips2 berkenaan, tetapi, janganlah terlalu mendidik diri bahawa apa yang diberikan itu menjamin kejayaan kita. cukuplah sekadar ambil untuk dijadikan sebagai panduan. kerana kita khuatir diri kita terlalu 'mengharap' pada selain Allah. "cukuplah Allah buat diriku"
sebagai cth yg lain, PRU yg lepas. kita semua bersatu-padu untuk menjatuhkan parti yang tidak memperjuangkan Islam dan rakyat. banyak sangat kita berkorban dari flashmob, ceramah sehinggalah mengajak mereka2 membanteras ketidak adilan. sehinggakan perjuangan parti yang memperjuangkan hak rakyat dan Islam yang kita nampak melalui mata kasar kita terlalu ramai pengikutnya dan dari situlah kita 'menganggarkan' bahawa 'kita' akan menang besar. tidak! dari sini kita sudah nampak bahawa kita 'mengharapkan' jumlah sokongan padu yang 'terlalu' besar dapat mengalahkan mereka yang zalim sehinggakan kita LUPA pada kuasa Allah yang jauh lebih hebat dari kuasa 'majoriti' ini. bukankah begitu?
nak cth lain? terlampau banyak.. kalian sendiri pula yang patut fikirkan.. telah diberikan akal untuk berfikir bukan? ingatlah setiap apa yang kita lakukan, demi Allah. Dialah sebaik-baik penolong. insya-Allah.
#jgn ingat bila kita dah habis study kita dapat menjawab dengan baik, kerana jaminan Allah itu lebih hebat. jom study sambil mengharapkan jaminan dari Allah bahawa dengan cemerlangnya pencapaian kita, kita akan membantu menegakkan Islam..
Label(s) 2013, Inikalilah, islam®, kata®, mahasiswa®, maklumat®, malaysia®, pemimpin®, PRU13®, teladan®
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment(s):
Post a Comment