Assalamualaikum semua.. hari ni saya nak menceritakan pengalaman sepanjang saya berada di KDSI1. :D
sesungguhnya pengalaman ini amat bermakna dan tak dapat dirasai oleh kebanyakkan orang..
saya sepatutnya rasa berbangga dan meneruskan perjuangan sebagai seorang NAVY. insya-Allah.. :)
22/1/2013 (Selasa)
Pergerakan kami bermula pada pukul 1030H dan sampai di KDSI1 pada pukul 1530H. memang heaven naik bas sikit orang.. yang ade cuma intake saya seramai 12orang dan seorang subby. pada malam tersebut, adanya night round dan taklimat oleh pegawai koordinasi kami iaitu Tn Ishak.
yang paling tak tahan adalah, kami disuruh untuk berpindah bilik. yang pindah bilik ni memang takde masalah. masalah datang bila senior kerah kami untuk membersihkan bilik diorang. seriously!?? wei! korang ingat kitorang ni ape? amah? hahhaa.. rumate dan saya terpaksa tidur pukul 2.30 pagi sebab nak tunggu diorang blah dari bilik tu.. huh! sampai akhirat kitorang ingat jasa 'baik' anda itu. terima kasih banyak2.. =,=
23/1/2013 (Rabu)
pagi itu, kami ada briefing kat audi. pastu ade kelas navigation oleh Tn Faries. (saya tak tau kenapa ramai sangat ladies yang suka tn ni.. haha.. xD ) petang pula ada majlis pembukaan latihan dan Evening Activity (ea). PTI (physical training instructor) kami adelah PTI Roger. gabungan dua divisyen tahun satu zain Alpha dan zain Bravo. kami lari berlagu sampai tempat parking tepi laut. memang seronok! :D
malam tersebut pula ada night round. macam biasala.. haha.. asal NAVY je memang night round je la. xD pastu ada ucapan oleh PKO (pegawai koordinasi) dan Mej Halim datang. islamik tn halim ni. :) seronok saya! Tn Halim adalah seorang KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera) di base KDSI1.
24/1/2013 (Khamis)
pagi ini, kami ada EMA (Early morning activity) kat padang kawad. pastu, ada pembersihan sepanjang tempat di KDSI1. seriously, memang tak ingat apa yang saya buat sepanjang hari ni.. haha.. xD *gomennasai.
25/1/2013 (Jumaat)
macam biasa, pagi ada ema. pastu ada 3 kelas, kelas Gunnery oleh Left Jehan, kelas ME (mechanical engineering) oleh Left Kdr Kamal, dan DCFF oleh PW1 TMK Wazer. pada sebelah petangnya, kami ada UC (Uji Cergas) yang pertama. malam pula ada night round. :D
26/1/2013 (Sabtu)
pagi ini, kami solat subuh berjemaah. selepas itu, aktiviti Sea Survival di kolam renang base lumut. sememangnya pengalaman Sea Survival ini adalah yang terbaik sepanjang saya duduk di KDSI1. mula2, kami akan terjun 2 tingkat ke dalam kolam sedalam 5meter. selepas itu, kami diarahkan untuk melakukan formasi bunga di dalam air (statik). selepas itu, kami akan membuat formasi memanjang di dalam air untuk pergerakan ke Life Raft. kami diajar cara2 yang betul untuk menaiki dan menuruni life raft tersebut. selepas habis aktiviti di dalam air. kami ditunjukkan signal kecemasan yang selalu digunakan ketika kecemasan di atas air.
pada petangnya pula, kami berlari ke KD Jebat tanpa henti! saya rasa berbangga kepada diri sendiri kerana lari tanpa henti! seriously, memang seronok kalau lari sama2 dan nyanyi sama2. kalau saya lari sorang2, memang saya dah lama berhenti dan berjalan.. haha.. xD
pada malam pula, ade night round dan tayangan video Art of Valor. sempat tengok part yang depan2 je. haha.. yang lain dah syahid. xD *gomennasai..
27/1/2013 (Ahad)
pagi itu kami solat subuh berjemaah dan ada sedikit tazkirah oleh tn Halim. Berkat solat subuh berjemaah dan berkat tazkirah pagi, kami buat ema sikit je. selepas itu, pentadbiran sendiri sehingga 1245H. waktu makan tengahari, kami semua makan bawah meja beramai-ramai.. haha.. xD kalau kat KDSK, selalu je makan bawah meja. dah cukup bersyukur sebab makan bawah meja. ingatkan tak dapat nak rasa pengalaman tu lagi kat KDSI1. xD macam2..
petang pula, kami buat base run. jaraknya sejauh 5km. sepanjang perlarian kami, kami dapat lihat bomba, armada TLDM, HAT (hospital angkatan tentera), masjid, dan pusat sukan.
sebelah malam pula ada night round. yang seronoknya, semua kene punishment kecuali aras 3 belah starboard. haha.. xD memang heaven! alhamdulillah ya Allah. :D pastu, kami semua kene muster depan bangunan Thana. memang lama giler muster. macam harem je.. huhu.. T^T balik2 je semua moody termasuk saya.. =,=
28/1/2013 (Isnin)
pagi takde ema sebab hujan. :D alhamdulillah.. kami bertolak ke KD Jebat menaiki bas. tapi ada kumpulan lain yang ke KD mahameru. kumpulan saya, bergerak ke KD jebat. mula2, sebelum masuk menaiki kapal tersebut, kami diwajibkan untuk 'salute'. sebab? kapal ini telah ditauliahkan oleh permaisuri. dalam KD jebat tersebut, banyak tempat yang kami pergi. antaranya Bridge, CIC (Combat information Center), Hangar dan Stern. seriously, kalau nak cerita semua memang panjang berjela.. haha.. xD post akan datang pasti saya akan ceritakan. ok? :)
petang itu, kami bermain bola tampar bagi ladies. guys pula bermain futsal. divisyen zain alfa memang terbaik! kami menang dan kalahkan semua pasukan even pegawai dan subby! hebat! :D seronok sangat dapat lepas rindu main bola tampar. hehe..
malam pula ada night round. first time PLB (pegawai latih bertugas) masuk bilik. dia tegur cadar beli baru sebab kami sewa dengan kolej je. tu yang nampak buruk.. xD siap ade peta2 dunia lagi.. overal, bilik kami memang terbaik!
29/1/2013 (Selasa)
ema pagi tu kami datang lewat. so kene guling2.. tapi lebih better dari buat pt tukar2. haha.. xD pastu, kelas maritime law oleh tn wong dan naval communication. petang tu pula kami main hoki geladak (hoki deck). saya tak main pun. tak minat sangat.. tengok je.. xD
malam pula tiada stang by bed. cuma perlu pastikan keadaan dalam bilik standard round. pastu ada ucapan oleh KFA (ketua fakulti asas).
30/1/2013 (Rabu)
first time bertugas pagi. (awasan merah satu) 4-6 pagi saya berjaga. memang penat gilerla.. last2 time ema tak turun. tak larat kot.tido atas katil nad pastu berserah je kalau kene tangkap.. huhu.. T^T pagi tu kami pergi Tangkas. macam DCFF juga. mencegah kebanjiran dan mengawal kebakaran.
1. mencegah kebanjiran: kami masuk dalam simulasi tersebut. bentuk dia macam satu kotak yang besar dan ia mampu untuk bergerak 45 darjah. mula2 rasa biasa je dalam tu, lama2 hahaha.. terpaksa floating dalam simulasi tersebut. paling best jatuh dari ketinggian yang agak tinggi.. nasib baik takde ape2.. xD
2. melawan kebakaran: kami tak boleh buat simulasi tersebut kerana tiada pakaian overall. so, terpaksa tengok LLP perform. sangat2 bahaya waktu simulasi ni. sampai ada LLP yang kene marah, tengking dan kene ketuk kepala.. kesian diorang..selesai simulasi tersebut, kami semua diarahkan untuk masuk tempat tersebut dan sapu arang kat muka.. semua orang letak secubit arang je. the one and only me who put the most! wahaha.. semangat giler! hambik kau, muka paling hitam kau dapat.. =,= (tak aci)
petang itu, kami main hoki geladak. divisyen saya kalah semua sebab saya.. asyik lepas tangan je dari stick.. haish.. kene penalti terus.. =,= siot...
malam takde stand by bed. tapi ada discussion untuk persembahan malam mesra kelak. seronok! divisyen kami buat tarian tradisional.. :D
31/1/2013 (Khamis)
ema pagi tu kami buat TTS (tempur tanpa senjata). rindu nak buat TTS kat kolej 5.. hehe.. xD pastu ada kelas naval comm oleh PW1 Zukri dan kelas ME oleh Tn Kamal. banyak video kami tengok. semangat nak jadi regular!! xD
petang tu main hoki geladak. kami tak buat ape2.. haha.. just tengok. lepas solat asar, saya ngan mira kembali ke tempat duduk kami.. yang awkwardnya kami TERduduk kat tempat tahun 2.. hahahah.. xD awkward siot!! lagi2 duduk belakang oakley.. damn! =,= lepas 2 minit tak tahan, saya ngan mira lari dari sana.. huhu.. taubat taknak duduk kat sana da.. taubat!!
malam tu kami ada buat bacaan yaasin. pastu makan2.. malam tu kene hell teruk sebab bilik kotor? entahla.. tapi, senior lagi teruk kene.. tula, aniaya kami lagi. amik kau! =,=
1/2/2013 (Jumaat)
pagi tu ade ema. lepas tu ade kelas RMN organisation oleh Tn syafiq dan kelas submarine oleh Tn Syamir. pastu ada CO's talk. :D
malam tu kami ada LATIHAN PERTAHANAN PANGKALAN PALAPES DAN PSS. satu malam tak tido kot! penat giler lepas aktiviti tu. sampai tertido dalam baris.. huahuahua.. xD memang tak dapat dinafikan seronok buat latihan tersebut.. dia macam main strategi untuk pertahankan base kitorang dari dimasuki penjenayah. nanti saya akan ceritakan lebih lanjut pasal latihan ini dalam post yang akan datang. ok? :)
2/2/2013 (Sabtu)
lepas je aktiviti latihan pertahanan tu, (habis aktiviti tu dalam pukul 0530H) kami semua kene tukat PT U. ada senamrobik pagi tu.. seronok!! saya suka sangat senamrobik sebab ada menari.. memang saya suka menari.. xD wahhaah.. lepas je senamrobik, kami ada sukaneka.. macam biasa divisyen alfa menjadi juara!! zain alfa tahun satu dan tahun dua, dua2 jadi juara.. haha.. hebat!! xD tengahari tu kami rehat.. malam pula ada night round.
3/2/2013 (Ahad)
pagi tu dalam pukul 6-8 saya kene jaga QM (quarter master) pagi2 da kene punishment ngan subby.. sebab tak dapat jawab soalan je.. haish.. =,= macam takde benda lain je nak bagi.. bagila tazkirah ke ape ke.. ni tak.. pastu, pagi time breakfast saya makan lewat. terpaksa makan sebelah Tn Segar. haha.. xD pastu, cepat2 tukar PT nak join ngan kawan2 pergi berenang. yosh!! lepas tukar PT, tengok2 diorang semua dah bergerak.. sedih.. terpaksa lari sorang2.. huhu.. sampai2 je kolam renang divisyen saya kat belakang sekali.. pelik.. haha.. tapi, takpe. asalkan saya nampak diorang. :) waktu dalam kolam renang, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. kump A, B, C dan D. saya masuk kump B. memang seronokla.. first time masuk air tak ada rasa risau.. rasa seronok adala.. haha.. xD pastu PTI ajar tengok persekitaran dalam kolam renang. subhanallah.. lawa sangat dalam kolam renang tu. lagi2 tengok kedalaman sedalam 5meter.. rasa macam nak jejak je.. xD
petang tu, kami ada UC lagi. kami buat kat stadium. yang paling penat adalah lari 2.4km.. haha.. xD penat seh.. malam pula ade night round.
4/2/2013 (Isnin)
pagi tu kami ada ema. pastu ade drill.. memang seronok! banyak benda baru yang kami belajar.. :) petang pula takde drill.. sebab hujan.. alhamdulillah.. hehe.. petang tu belajar kawad ngan Tn Helman.. lawan ngan divisyen thana charlie.. haha.. xD memang terbaik la! walaupun saya ada slack sikit2.. tapi, takpe.. saya dah buat yang terbaik! hehe.. :D
petang pula ada mini marathon, jarak dia macam base run.. memang jaoh.. non stop berlari.. xD semangat.. cuaca pun memihak kepada kami.. redup je.. :) saya berlari ngan nad sambil menyanyi.. pastu time2 lari terjumpa PO.. hehe.. jodoh.. xD
malam pula ada night round dan sambungan latihan persembahan.. pastu ada water drill.. Tn Wong terkejut tengok saya habiskan air satu botol dengan kadar yang segera.. pelik sangat ke?? haha.. xD sampai sorang subby tu pun terkejut gak.. Tn Wong tak puas hati saya habiskan satu botol air tu sampai anggap saya buang air tu dan bukan minum.. haha.. lawak la tn ni.. dahla muka dia comel.. wakaka.. xD
5/2/2013 (Selasa)
pagi tu kami solat berjemaah dengan CO. pastu ema jumping jack je.. haha.. (20+10+6+5+3+2). pastu kelas maritime law oleh coax'n malek, kelas naval custom & tradition oleh Tn Haries, kelas ship model oleh Tn Shafiq, dan kelas naval leadership oleh Tn Faries. lepas tu ada taklimat KFA. petang tu kami berlatih buat kali terakhir sebelum mempersembahkan persembahan kami kepada semua orang.. cuak! >.<
malam tu kami ada malam mesra.. memang mantap persembahan dari zain charlie tahun 2.. persembahan yang paling saya suka!! memang boleh menang anugerah la.. haha.. xD lepas persembahan tu, ada penyampaian hadiah. zain alfa menang 3 hamper. johan sukaneka, persembahan terbaik ke-2, dan divisyen terbaik tahun 1. xD mantap!! seriously, memang sayang divisyen ni.. forever zain alfa!
6/2/2013 (Rabu)
pagi2 da kemas barang.. nak balik da woi!! pastu ada course critic. memang dah agak, pasti akan berlaku pergaduhan antara tahun satu dan tahun dua. yang macam harem adalah tahun dua masih lagi mempersoalkan 'bolah tak guna perkataan mencarut'?? seriously?? wei!! korang nak dapat dosa lebih, mencarutla banyak2.. senang cerita.. huh! =,= senior mmg bodo2 belaka.. pastu cakap palapes laut macam pengakap.. haha.. sori sikit eh.. tu kau yang rasa macam pengakap.. sebab kau arbok! wakkaka.. xD tak bleh bla la korg ni wahai tahun 2.. sebelum berkata-kata, lebih baik fikir dulu.. nanti seperti meludah ke langit pula.. :p
pastu ada majlis penutupan ACT dan RPC. time makan2 ni, kami berborak-borak.. saya berborak ngan Tn Wong. :D pastu kami bertolak balik..
sebelum bertolak balik, kami singgah di Lumut untuk beli barang dan makanan.. tapi, saya tak mampu beli apa2 sebab takde duit.. huhu.. kesian giler.. terpaksa makan makanan sample yang disediakan sampai habis.. rasa macam pelarian plak.. huhu.. T^T
malam tu kami sampai dalam pukul 2130H. macam biasala kene hell.. lumrah da.. terima je la.. kadet kami pun semua baru balik.. hehe.. :D
(Divisyen Zain Alfa) forever zain alfa! :D
Alhamdulillah, selesai sudah latihan kami selama 2minggu.. semoga apa yang kami dapat sepanjang di Lumut tidak akan lupa.. insya-Allah semangat untuk menjadi seorang regular dapat 'nurture' di dalam hati ini.. mudah-mudahan.. kalau disitu rezeki saya takkan kemana kan?? :D
#maaf, gambar sangat confidential. :D
2 Comment(s):
nk nangesssss bce. syggg mai. sygggg zain alpha :')
ehehhe.. takpe klu nak nagis.. :D
sy tumpang gembira sbb bella syg divisyen zain alfa.. hehe..
saya sayang ketat2 zain alfa jugak.. xD
Post a Comment