11.3.13

zaman kejatuhan

assalamualaikum semua.
harap semuanya sihat2 belaka hendaknya. :)


straight to the point, setiap orang pasti merasa zaman kegemilangan serta zaman kejatuhan.
mereka juga pasti merasa zaman kebangkitan setelah mengalami zaman kejatuhan.
begitu juga saya..
mungkin kita akan rasa down, bila menghadapi zaman kejatuhan atau dikenali sebagai 'stress'
mungkin kita akan rasa bahagia yang amat bila menghadapi zaman kegemilangan.
mungkin kita sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membaiki diri kita setelah menghadapi zaman kejatuhan.
atau lebih bahaya, apabila kita terus berputus asa setelah menghadapi zaman kejatuhan..

Ya! saya pernah merasai manisnya zaman kebangkitan.
zaman kebangkitan saya yang paling manis apabila belajar di matrikulasi.
hidup memang heaven!
siap bagi alaun sekali.
alaun pula tak pernah guna, makan sekali sehari menggunakan duit parents.
petang2, kalau rajin pusing satu matrik. jalan2 sambil tangkap gambar.
hidup pun tanpa beban, duduk seorang pun tak kisah.
malam2 kalau takde homework, pasti tonton anime.
kalau rajin, pasti melangkahkan kaki ini ke surau yang indah, walaupun surau tersebut panas kerana kurang kipas.
selepas kelas, kerap kali jumpa pensyarah. tidak henti2 bertanya soalan. (tanya pada pensyarah yang baik je la. haha)
kalau terlebih rajin, buat nota cantik2. pastu sedekah kat pensyarah.
kadang2, nak dekat exam, selalu je balik rumah.
sampai ada pensyarah yang tak bagi saya balik sebab risaukan saya yang ada exam.
tapi, saya tetap berkeras ingin balik. dengan alasan ambil berkat ibubapa.
pernah satu hari tu, nangis non-stop semata-mata kerana mendapat 4 rata.
mungkin sebab tak pernah kot dapat result macam tu.
telefon ayah, tabahkan hati untuk tidak didengari suara sengau akibat nangis.
memang telah kuduga, air mata tidak dapat ditahan lagi.
ayah menegur, kerana nangis. maafkan saya ayah, kerana menangis saat itu.
tidak dapat kulupa, betapa gembira, betapa bangganya, dan betapa bersyukurnya ayah waktu itu.
hanya Allah sahaja, yang dapat merungkai perasaan waktu itu. :'D

Ya! saya pernah merasai pahitnya zaman kejatuhan.
zaman kejatuhan ketika belajar di um. universiti yang orang nak sangat masuk. (tak tau ape special sangat)
hidup mungkin terumbang-ambing.
hidup tanpa alaun, 100% menggunakan duit parents.
hidup sangat busy, involve dalam pelbagai aktiviti persatuan, pertandingan, terlibat dalam palapes dan macam-macam lagi.
sungguh, dapat saya membezakan kehidupan di matrikulasi dan universiti.
jumpa pensyarah? jarang sekali, mungkin sebab semua pensyarah tak ngam. (kot)
buat nota? kalau ade masa. (huhu..)
pergi surau? bila disuruh sahaja.. (Allah..) T^T
balik rumah? jarang, sebab asyik2 ade je masalah yang kene selesaikan ditambah pula latihan palapes.
setiap semester, memang tidak dapat dinafikan pointer jatuh mendadak.
kadang2 tak tau ape masalah yang saya hadapi. dan ape jalan penyelesaian.
kadang2 rasa tak heran langsung. betapa biadapnya saya pada diri sendiri..
pernah satu hari tu, nangis juga, sebab pointer teruk.
telefon ayah, tabahkan hati supaya suara sengau tidak didengari.
dan terbukti, air mata jatuh berderai. meratapi kejatuhan diri. maafkan saya ayah.
saya dah cuba yang terbaik. mungkin kurang terbaik. mungkin main2. mungkin bukan rezeki saya pada hari itu.
tidak dapat kulupa, betapa kecewanya, betapa sedihnya, dan betapa luluh hati ayah waktu itu.
hanya kepada Allah sahaja yang ku harapkan supaya dapat melembutkan hati ayah waktu itu.. T^T

dan sekarang, aku sedang menghadapi zaman kebangkitan.
bangkit! setelah menghadapi zaman kejatuhan yang sangat2 kecundang.
mungkin banyak lagi dugaan dan cobaan yang bakal aku tempuhi.
mungkin tiada siapa yang dapat tahan apa yang aku rasa.
bagiku, ujian yang aku terima ini sungguh berat.
walaupun, hati betul2 kecewa, akan ku gagahi juga langkah perjalanan ku ini.
masih teringat aku pada ayat suci Al-quran, "Allah tidak akan membebani seseorang hambaNya, melainkan yang sesuai dengan hambaNya"
terima kasih ya Allah. moga, dengan ujian yang engkau berikan ini, mendekatkan diri ku kepadaMu sedekat-dekat 'isi dan kuku'

come on maisarah! change now or never! ingat parents! ingat Allah! fighting!

4 Comment(s):

tAraPpaPa said...

kdg2 Allah saja nak bagi kita rse pedihnya kegagalan,mai...supaya nnt kita dpt rse betapa manisnya kejayaan n b'syukur dgn nikmat yang Dia dah bgi kt kita b4 this...aja2 fighting,sahabat!!!!=)

tAraPpaPa said...

kdg2 allah nak uji kita dgn bgi kita merasa pahitnya kegagalan,mai...supaya nanti kita boleh merasa betapa manisnya kejayaan n dlm masa yg sama kita bersyukur dgn nikmat yg allah dah beri kt kita b4 this...be strong!!!kita sama2 usaha,sahabat!!!!=)

P.Mahasiswa said...

thanks ayu.. :')
really need courage from others right now.
or maybe i will fall down more deeper..

Anonymous said...

kini saya sedang mengalami zaman kejatuhan. sedih