Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka sbb bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita.
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai RM10 satu malam..
Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..
nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat Apa orang kata..
'ALL OUT'lah.. haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..
kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah.. Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau Sikit-sikit gelak-gelak kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah.. Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..
menginginkan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak.. Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredhai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya, Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati,
oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan.. huhu~~
Lepas tu, satu masa.. saya terbaca pasal couple..
"COUPLE HARAM"
Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..huhu~~
tapi biasala.. kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan tak pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar.. Borak-borak.. Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah.. Masa terus berlalu...
Masa ni dah nak dekat SPM.. lagi dua bulan sebelum SPM..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan.. buat study group.
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahu.
Kadang-kadang bila tegur.. saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~
Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir.."Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan.. Macam mana ya?"
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.."
Berfikir sejenak.. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan kengkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ.. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,
"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?"
Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita.
Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya trdiam lagi.
"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner.
Tiba-tiba saya terfikir..
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?" Saya cakap..
"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
"Akhi, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."
Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup." "Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin.. [SENDING..] [MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..
Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216.. Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil..
Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..
tapi tak kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak.. awak bagi gambar bunga..
bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir..
"Kena tegaskan rasanya".
Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..Assalamualaikum..
saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu.
Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..
Lagi satu, Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..-Yang Terakhir- "
[SEND][SENDING..][MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..Takkan..buat selama-lamanya. .
17.12.09
AKU TINGGALKAN CINTA KERANA ALLAH
Label(s) teladan®
15.12.09
SOKONG SAYA! (edisi 4)
+ mempunyai widget yang menarik.
+ catatan yang menghiburkan + membantu pelajar SPM
+ comel, semestinya cute!
2. Kenapa saya susun blog seperti sekarang?
+ nampak kemas dan teratur.
+ senang mencari sesuatu bahan.
3. Apakah konsep blog saya?
+ SPM- pembelajaran.
+ maklumat yang berguna.
+ semestinya, YA.
5. Apakah perancangan blog saya pada masa hadapan?
+ meletakkan lebih banyak maklumat untuk membantu pelajar SPM.
+ Lebih ramai orang mengunjungi blog saya.
6. Adakah blog saya berat? Bagaimana mengatasinya?
+ Blog saya tidak berat kot cuma 132.45 KB (nak tau berat blog, klik sini) + Kalau berat, saya akan cuba mengurangkan penggunaan widget yang tidak penting.
Label(s) vote®
13.12.09
SOKONG SAYA! (edisi 3)
Label(s) vote®
10.12.09
SOKONG SAYA! (edisi 2)
LEVEL 1 CABARAN MASTER KAMI BLOGGER!
Cabaran yang pertama nie hanya menyuruh peserta untuk menarik perhatian dan mengundi peserta yang mereka gemar. Ini berdasarkan kreativiti dan daya tarikan yang peserta lakukan untuk menarik orang ramai mengundi untuk mereka. 1 komen= 1 markah, Jadi kalau lebih banyak orang mengundi, 100 komen= 100 markah. Bukankah itu sudah banyak? Kalau LEVEL 1 nie dah banyak yang mengundi, maka peluang untuk menang tu memang banyak! Jadi tunggu apa lagi! VOTE lah peserta CABARAN MASTER KAMI BLOGGER, supaya peluang untuk mereka menang itu amat tinggi! Masa inilah untuk menunjukkan bahawa anda peminat setia blog itu. Kalau tidakpun hanya membantu. Bukankah membantu banyak pahalanya.. Kalau saya salah seorang blogger yang anda minat atau ingin membantu saya, silalah komen yang anda SOKONG SAYA 101%. Kalau tidak, saya pun tak kisah sebab saya tahu yang rezeki itu datang daripada Tuhan. Semoga hati pembaca blog saya terbuka untuk mengundi saya. Walaupun saya baru dalam dunia blogger nie, saya tidak akan putus asa dan akan memperbaharui diri saya supaya lebih mahir dalam dunia blogger dan IT. Kalau ada cadangan atau kritikan, saya terima. Sila komen pada posting saya nie. Apapun, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kerana sudi datang ke blog saya yang tak seberapa nie.. Undian anda amat saya harapkan.. klik (sini) untuk mengetahui cara mengundi!
Label(s) vote®
7.12.09
SOKONG SAYA! (edisi 1)
Pertama sekali saya nak ucapkan bebanyak terima kasih kerana sudi jenguk blog saya ni.. Saya ada berita yang ingin dikongsi bersama dengan anda.. Adakah anda setuju jika saya masuk pertandingan 'Cabaran Level Master Kami Blogger'? Jika 'Ya' sila Komen. Tetapi jika 'Tak' sila Komen juga, kenapa anda tak setuju.. Segala Komen anda saya mulai dengan terima kasih dan sila datang lagi.. VOTE FOR ME!
Label(s) vote®
28.11.09
suicide?
Setiap manusia perlu sabar dalam menghadapi musibah dan segala dugaan yang berlaku pada dirinya sendiri. janganlah kita mengambil jalan mudah atau jalan pintas untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebagai contohnya membunuh diri (suicide)!! perkara ini sering terjadi pada remaja zaman sekarang. mereka tidak cukup matang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. sedangkan mereka tahu akan akibatnya membunuh diri. kaum keluarga mereka akan berasa sedih serta sahabat2 mereka. oleh itu, kita tidak digalakkan memendamkan masalah yang mengganggu diri kita tetapi berkongsilah dengan ibubapa atau sahabat. remaja pintar adalah remaja yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh mereka tidak kira dalam jangka masa yang pendek atau panjang. oleh itu, setiap remaja perlu bijak dalam mengatur langkah supaya tidak berada dalam kegelapan atau jalan yang salah. hal ini kerana, dengan langkah yang salah, seseorang itu akan mudah mengikut jejak yang salah yang akan mengakibatkan seseorang itu berasa beban yang amat berat dan tidak sanggup dipikul olehnya. seperti mana yang kita ketahui, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap jalan ada cabarannya, tetapi kita mestilah sentiasa berhati-hati agar masa depan kita terjamin.. fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.. selamat bercuti.. kepada pelajar SPM 2009 , buatlah yang terbaik kerana ini adalah jalan masa depanmu yang amat amat penting dalam hidupmu.. kamu nak sentiasa mengulang SPM?? Lu pikirlah sendiri!!
Label(s) teladan®
11.11.09
Diri bapa kepada anaknya.
Mungkin kita tidak pernah terfikir akan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada orang yang disayanginya..
kisah ini berkenaan dengan... Rick dan Dick Hoyt, mungkin anda tak kenal siapa mereka.
Rick anak kepada Dick telah mengalami kecacatan sejak lahir lagi.
Doktor mengesahkan bahawa Rick tiada peluang untuk sembuh, malah kemungkinan tidak akan dapat melalui kehidupan normal seperti orang lain.
Rick tidak dapat bercakap, berjalan dan bergerak seperti orang lain.
Dick, bapanya tetap tidak berputus asa untuk mencari jalan supaya Rick dapat belajar sekurang-kurangnya mengenali huruf.
Pada tahun 1972, Dick telah membeli sebuah komputer khas berharga $5000 untuk Rick dengan harapan supaya dia dapat belajar huruf dan menulis sesuatu.
Setelah mencubanya, Dick seperti tak sangka apabila Rick menulis
"Hi, Mom," dan "Hi, Dad,"
.Rick juga menulis sesuatu mengenai sukan.
Di saat itulah, Dick baru mengetahui bahawa Rick sentiasa belajar dan meminati sukan.
Pada musim luruh tahun 1977, Rick memberitahu ayahnya bahawa dia ingin menyertai larian sejauh 5 batu.
Dick agak terkejut dengan permintaan anaknya dan setelah berfikir sejenak, dia bersetuju untuk menyertai larian tersebut dengan cara berlari sambil menolak kerusi roda Rick.
Mereka akhirnya berjaya menamatkan larian 5 batu itu.
Pada waktu malam tersebut, Rick memberitahu ayahnya bahawa dia langsung tidak berasa seperti orang cacat ketika larian hari tersebut.
Sejak selepas larian itu, Rick masih ingin menyertai lagi perlumbaan seperti itu. Mereka kini telah melalui perlumbaan Marathons, duathlons dan triathlons.
Sila tonton video mereka sewaktu perlumbaan.
Lihatlah diri seorang bapa kepada anaknya. Inilah bapa, Mereka selalu berkorban untuk anak mereka.
Label(s) teladan®
1.11.09
Graduasi 09'
Wah.. seronoknya majlis graduasi SEMESTI 09'.. klu mcm nie mmg saya akan rindukan SEMESTI.. terima kasih kepada pn Nurlina Onn... sbb dia yang anjurkan dgn susah payahnya.. terima kasih semua.. persembahan pun menarik.. geng haifaa', feisal, aida, dania, dan fazrina.. geng hui chi, ka zhi dan vi-yern.. korang akan membuat saya sedih meninggalkan SEMESTI.. apapun buat yang terbaik tuk SPM.. sbb kita belum jadi graduate Universiti..
Label(s) graduasi®
4.10.09
Merokok??
Label(s) rokok®
26.6.09
Biodata pengarang -novel.
Label(s) bahasa melayu®
Peranan watak utama .
Label(s) bahasa melayu®
Peranan Ibu bapa dan keluarga.
Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Dengan mendapat kejayaan yang cemerlang, masa depan anak-anak mereka akan terjamin. Oleh itu, ibu bapa cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Oleh sebab itu, peranan ibu bapa dan keluarga amat penting dalam kejayaan anak-anak mereka yang seterusnya akan membuahkan hasil.
Sebagai seorang bapa yang memikul tanggungjawab yang besar dalam sesebuah keluarga, mereka perlulah bekerja mencari nafkah untuk kepentingan anak-anak mereka. Jika seseorang anak itu tidak mempunyai bapa atau yatim piatu, penjaga mereka terpaksa memikul tanggungjawab yang diamanahkan supaya kejayaan anak-anak dicapai. Dengan nafkah atau mata pencarian yang diperolehi, anak-anak itu dapatlah menggunakan duit untuk membeli bahan rujukan pelajaran atau pembayaran bagi pelajar yang mengambil kelas tambahan. Sebagai contohnya, bapa perlulah bekerja untuk membayar yuran sekolah anak-anak mereka supaya anak-anak dapat meneruskan pembelajaran mereka dengan selesa.Oleh itu, bapa perlulah mencari nafkah untuk anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa dan keluarga perlu mendidik anak-anak dengan memberikan nasihat, pengajaran, dan memotivasikan anak-anak supaya tidak mudah berputus asa. Dengan ini, anak-anak akan berasa bersemangat untuk belajar kerana didorong oleh sikap positif seperti ini. Anak-anak juga berasa kejayaan dirinya amat penting dalam sesebuah keluarga sebagai akibat dorongan dan nasihat daripada ibu bapa dan keluarga. Dengan ini, anak-anak akan mencuba memantapkan diri dalam bidang pelajaran dan seterusnya kejayaan yang diimpi menjadi kenyataan. Sebagai contohnya, dorongan yang diberikan oleh kaum keluarga di samping memberikan hadiah kepada pelajar akan membangkitkan semangat untuk berjaya dengan cemerlang dalam bidang pelajaran. Oleh itu, didikan dan dorongan oleh kaum keluarga amat penting supaya kejayaan anak-anak dalam pelajaran dicapai.
Seterusnya, kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga kepada anak-anak akan mendorong anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam bidang pelajaran. Seperti yang kita ketahui, kekuatan kasih sayang dapat mengukuhkan perasaan cinta kepada keluarga dan dapat menghapuskan perasaan duka seseorang. Kasih sayang yang dimaksudkan di sini ialah kekerapan ibu bapa dan keluarga mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka dan bagaimanakah perasaan mereka ketika mengharungi zaman remaja. Sebagai contohnya, ibu bapa dan keluarga yang memberikan kasih sayang yang secukupnya dapat menjadikan hasrat mereka untuk melihat anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam bidang pelajaran termakbul. Oleh itu, kasih sayang perlulah ditunjukkan oleh ibu bapa dan keluarga terhadap anak-anak mereka supaya kejayaan yang diimpi tercapai.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa peranan ibu bapa dan keluarga untuk menentukan kejayaan anak-anak mereka dalam bidang pelajaran amat penting. Oleh itu, ibu bapa dan keluarga perlulah memberikan dorongan kepada anak-anak mereka supaya kejayaan anak-anak yang diharapkan oleh mereka tercapai. Dengan tiadanya dorongan daripada ibu bapa dan keluarga, anak-anak mungkin berasa kurang bersemangat dan akhirnya tidak berjaya dalam bidang pelajaran. Oleh sebab anak-anak merupakan pewaris kaum keluarga dan bakal menuju ke alam yang lebih mencabar, ibu bapa dan keluarga perlulah mendidik anak-anak mereka supaya masa depan mereka lebih cerah dan teratur.
Hasil : Maisarah 5C
Label(s) bahasa melayu®
12.6.09
6.6.09
Merdeka.
31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat bagi negara Malaysia. Tanpa disedari, banyak peristiwa dan insiden yang berlaku sejak tarikh keramat itu. Kita semua telah berjaya membina sebuah negara yang menyerlah hasil jerih perih dicengkam penjajah sebelum ini. Kita berjaya menyemai benih-benih kemakmuran dan kini menikmati manisnya hasil keringat pemimpin terdahulu. Lebih penting lagi kita telah membawa bersama sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk selain dilimpahi dengan semangat muhibah, tidak ketinggalan juga bersatu dalam perkongsian kejayaan pada masa depan. Tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bangga, megah dan gembiranya rakyat Malaysia untuk melihat negara tercinta keluar dari kepompong British setelah dijajah selama lebih 170 tahun. Laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka masih segar dalam ingatan dan menjadi sebuah memorabilia yang manis bukan sahaja kepada mereka yang hidup kira-kira setengah abad yang lalu bahkan juga generasi muda kini.
Hakikatnya, hasrat untuk mengecapi dan menghirup udara kemerdekaan tidak mungkin menjadi kenyataan jika tidak kerana perjuangan yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Allahyarham Dato Onn bin Jaafar, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan. Dalam lembaran sejarah yang panjang, usia 50 tahun itu begitu cepat berlalu. Apabila rentang masa itu diukur dalam kerangka sejarah manusia, 1957 seolah-olah sekelip mata sahaja detiknya. Segala harapan, jangkaan dan aspirasi negara kini berada pada puncaknya di saat rakyat Malaysia melangkah ke era baru melepasi zaman keemasan yang dinikmati dalm suasana aman, maju dan makmur.
‘Malaysiaku Gemilang’, begitulah tema hari kemerdekaan yang ke-50 negara Malaysia. Sambutan jubli emas negara dilimpahi dengan perasaan keyakinan. Tamsilannya, hasil usaha bersungguh-sungguh rakyat Malaysia selama lima dekad yang lepas walaupun melalui pelbagai kesukaran dan halangan berjaya menghasilkan kemerdekaan buat negara dan menunjukkan bahawa mereka secara semulajadinya tidak canggung untuk bekerja bersama-sama dan maju seiringan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara tahun ini sebagai yang paling manis dan bermakna baginya. Bekas presiden MCA (Malaysian Chinese Association), Tun Dr Ling Liong Sik pula berharap supaya keharmonian yang wujud pada masa ini akan berterusan buat selama-lamanya. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memuji acara sambutan jubli emas negara tahun ini yang dianggap berjaya mengangkat martabat wanita di era moden. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien pula turut memuji komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta perarakan. Ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai para pemimpin yang begitu komited dalam menjalankan tugas untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Tambahan pula, Presiden Singapura, S.R. Nathan menghantar perutusan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara. Beliau juga mengatakan di dalam suratnya yang 50 tahun pertama Malaysia meninggalkan kesan kemajuan dan pembangunan yang amat memberangsangkan. Selain itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut menghantar ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Hal ini izhar menunjukkan yang Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan negara jiran. Sebelum mencapai kemerdekaan, Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu pernah dijajah oleh Inggeris, Portugis, Jepun dan Belanda. Walaupun sebahagian dari negara di Asia Tenggara pernah dijajah oleh lebih dari satu kuasa penjajah, hanya satu kuasa penjajah sahaja yang mempunyai kesan dominan ke atas sistem politik negara berkenaan. Akhirnya, Malaysia menerima sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan bermodelkan sistem politik Inggeris.
Kehidupan rakyat yang serba kekurangan dan tidak mendapat hak yang sewajarnya pada lima dekad yang lalu wajar dijadikan iktibar untuk belia masa kini. Perjuangan rakyat yang tidak mengenal erti putus asa dalam kehidupan mereka telah menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang cepat membangun dari segi ekonomi dan politik. Tambahan pula, eknomi dan politik negara telah berkembang pesat dan mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Selain itu, perkembangan dalam bidang perindustrian dan pengangkutan telah berjaya membuka mata dunia untuk mengenali Malaysia.
Dalam 50 tahun kebelakangan ini, kita telah menyaksikan lambakan pencapaian yang membanggakan. Kejayaan terbaiknya ialah dalam memperkasakan penduduk luar bandar. Tambahan pula, 50 tahun dahulu, separuh daripada penduduk negara hidup di bawah garis kemiskinan. Kini, hanya tinggal lima peratus daripada jumlah penduduk yang sudah bertambah empat kali ganda jumlahnya dan ia disasarkan mencapai sifar kemiskinan dalam tempoh tiga tahun.
Di samping itu, pencapaian yang turut dimegahkan ialah walaupun kecil dari segi saiz geografinya, ia sudah menjadi sebuah daripada 20 negara perdagangan utama di dunia.. Selain itu, dalam pembangunan sosio-ekonomi, satu daripada asasnya ialah Dasar Ekonomi baru (DEB) yang matlamatnya untuk membasmi kemiskinan dan memberi kuasa ekonomi kepada semua kaum. Malaysia juga telah mencapai kejayaan besar dalam membangunkan industri komunikasi dan multimedianya, dengan kemuncak kejayaannya ialah pengwujudan Koridor Raya Multimedia yang telah membawa negara ke mercu saingan ICT global. Kejayaan mencipta jenama telefon bimbit sendiri iaitu M. Mobile telah berjaya menempa nama Malaysia sebagai sebuah negara pembuat telefon bimbit.
Kronologi kejayaan Malaysia dalam membina sebuah negara yang membangun adalah dengan bermulanya pembinaan Bangunan Parlimen pada tahun 1963. Pada tahun 1966, Tugu Negara telah dibina bagi mengenang jasa wira-wira negara yang sanggup menggadai nyawa demi tanah air tercinta. Satu lagi kejayaan negara adalah dengan mengeluarkan kereta nasional pertama, Proton, pada tahun 1985. Kini sektor automotif negara semakin membina reputasi bukan hanya kerana membuat kenderaan sendiri tetapi juga keupayaaan teknologi dan kejuruteraannya serta dalam bidang eksport komponen dan alat ganti.
Selain itu, pembinaan Menara Berkembar Petronas (1997), yang pada satu ketika merupakan bangunan tertinggi di dunia, bukanlah semata-mata menjadi mercu tanda ternama negara tetapi sebenarnya mempamerkan kemampuan dan kehandalan sektor pembinaan dan kejuruteraan Malaysia. Hal ini, telah menyebabkan kontraktor Malaysia mendapat tawaran besar pekerjaan di luar negara, terutama di Asia Tenggara dan Timur Tengah. Selain itu, rangkaian Lebuhraya Timur-Barat (1983) dan Lebuhraya Utara-Selatan (1994) serta pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) pada tahun 1998 turut mewarnai cabang kemampuan dan kredibiliti Malaysia. Tambahan pula, terowong SMART yang baru selesai dibina menunjukkan kebolehan Malaysia yang berjaya menggabungkan terowong tebatan banjir dan jalan raya dalam satu infrastruktur bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.
Rakyat Malaysia secara individu telah lama mengukir nama mereka di seluruh pelosok dunia sama ada sebagai saintis, pereka fesyen, pelayar, ahli akademik atau politik. Seorang daripadanya ialah Datuk Jimmy Choo yang berpangkalan di London, seorang pereka kasut yang halus seninya sehingga berjaya menambat hati banyak pelanggan terkemuka dan salah seorangnya ialah mendiang Puteri Diana. Malaysia juga berjaya melahirkan Zhang Toi, seorang pereka fesyen yang amat berpengaruh dan beroperasi di New York dan Datuk Michelle Yeoh, seorang aktres Hollywod yang dikenali sebagai gadis “Bond” selepas berlakon dalam salah satu daripada siri filem James Bond. Di samping itu, Malaysia turut berbangga mempunyai pelayar lagenda, Datuk Azhar Mansor yang berjaya menempa namanya dalam sejarah negara menjadi rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo mengikut laluan baru timur-barat-timur, meliputi lebih daripada 25,000 batu nautika. Satu kejayaan yang belum pernah dicapai pelaut lain, termasuk zaman Ferdinand Magellan dari Sepanyol dan Sir Francis Drake dari Britain. Mereka ini telah berjaya membuktikan yang rakyat Malaysia mampu untuk bersaing dengan bangsa lain.
Malaysia juga telah berjaya menaikkan imej sukan negara di peringkat antarabangsa. Penganjuran Sukan Komanwel pada tahun 1998 membuktikan kredibiliti Malaysia dalam menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa. Selain itu, penganjuran Sukan Sea juga telah berjaya meningkatkan mutu sukan negara. Malaysia juga tidak ketandusan atlet-atlet yang berwibawa. Buktinya, lihat sahaja kejayaan Nicol Ann David, anak kelahiran Pulau Pinang yang berjaya merangkul Kejuaraan Dunia sekaligus merampas kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia dan sehingga kini tiada siapa yang dapat menggugatnya. Selain itu, Malaysia telah berjaya merangkul emas dalam tempoh 30 tahun dalam Sukan Asia di Doha melalui beregu emas, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong. Usia yang muda tidak mampu menghalang mereka daripada mengharumkan nama negara di persada dunia. Tidak mustahil mereka mampu menggapai gelaran pemain nombor satu dunia tidak lama lagi. Era kegemilangan bola sepak negara pada zaman Mokhtar Dahari mungkin dapat dikembalikan melihat kepada perkembangan bola sepak negara baru-baru ini. Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh skuad bola sepak bawah 19 tahun semasa menentang Chelsea amat membanggakan dan kemenanangan yang diperoleh skuad bola sepak bawah 23 tahun negara dengan mengalahkan Myanmar pada Pestabola Merdeka menunjukkan kebangkitan skuad bola sepak negara.
Kestabilan politik sejak zaman Perikatan sehingga kepada Barisan Nasional hari ini dibina berasaskan kepada perkongsian kuasa, kompromi dan toleransi. Pengalaman Malaysia dipandu oleh pembuatan dasar yang pragmatik. Malaysia tidak pernah berideologi dalam isu pembangunan dan kita lebih gembira untuk memilih secara bersama sebuah strategi yang mempunyai variasi daripada keperlbagaian ideologi demi menyesuaikan keperluan pada masa ini. Namun, sesungguhnya, kita tidak boleh berpuas hati dengan kejayaan yang diperolehi. Awan mendung menunggu kita di luar sana, di mana dengan arus globalisasi yang kian mendesak negara-negara maju menjadi lebih berdaya saing. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), negara memberikan perhatian khusus kepada keperluan mengenal pasti strategi ekonomi yang betul. Dalam hal ini, kerajaan komited dalam memastikan RMK-9 akan berjalan lancar mengikut perancangan.
Kemerdekaan negara membuktikan yang kita mewujudkan lapisan pemimpin yang prihatin terhadap kebajikan rakyat pimpinan mereka. Kita dapat lihat bahawa masyarakat sudah bijak dalam memilih pemimpin dan tamsilannya sudah ramai
pemimpin yang tidak berwibawa dan korup terpinggir dan disisihkan. Perdana Menteri sekarang banyak mengamalkan toleransi yang membuatkan ramai pihak segan dan mengagumi cara kepimpinan beliau.
Era kegemilangan Malaysia yang akan datang sudah pun berada pada landasan untuk satu kejayaan awal di luar muka bumi ini iaitu dengan menghantar seorang warga Malaysia ke angkasa lepas. Angkasawan pertama Malaysia akan diterbangkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan menaiki sebuah pelancar roket Russia. Pada ketika ini, pilihan angkasawan negara adalah Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr Faiz Khaleed untuk menjadi warga Malaysia pertama melihat negaranya dari angkasa lepas. Oleh itu, sesungguhnya seluruh warga Malaysia memang wajar merayakan zaman keemasan negara ini untuk bersama-sama melangkah ke satu lagi era kemasyhuran negara.
Malaysia pernah dijenamakan sebagai negara pertanian pada awal sejarah penubuhannya. Hal ini diperkuatkan lagi dengan Rancangan Buku Hijau, kewujudan Felda, Felcra, Risda, Porim dan lain-lain badan dan agensi yang bertanggungjawab sebagai badan pelaksana, perancang dan juga pemberi input dari segi kepakaran dan teknologi untuk rancangan pertanian bersepadu di seluruh negara. Namun, adakah negara kita akan maju jika masih dijenamakan sebagai sebuah negara pertanian, mahupun sebagai sebuah negara tempat persingghan barangan sebelum menjadi suatu produk lengkap?. Tidak ada ertinya kemerdekaan jika kita maju dalam acuan yang ditentukan oleh orang lain. Kita perlulah membina suatu empayar ekonomi yang disegani yang akan menaungi negara-negara lain. Malaysia perlu menjadi tempat rujukan dalam pelbagai aspek, baik dari segi pembangunan, pendidikan, sosial, agama dan lain-lain bidang yang dapat membantu keamanan dan kestabilan sejagat.
Negara kita amat bertuah kerana dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan merentas zaman dan juga merentas batasan kaum dan agama. Lima puluh tahun yang akan datang, bagaimanakah kita ingin menceritakan kepada generasi akan datang mengenai 50 tahun yang telah berlalu. Adakah ketika kita menyambut kemerdekaan yang ke-100 pada tahun 2057, masyarakat pada zaman tersebut akan kenal Bapa Kemerdekaan dan Bapa pembanguna Malaysia?. Lima puluh tahun yang telah berlalu adalah penentu kepada lima puluh tahun yang akan datang. Kejayaan negara kita dibina menerusi usaha semua pihak bak kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Pelbagai proses pahit manis dilalui sejak lima dekad lalu seharusnya dijadikan teladan dan sempadan untuk Malaysia mengharungi 50 tahun yang akan datang.
Malaysia perlu kekal mengamalkan dasar perkongsian kuasa bijak antara kaum yang perlu dicontohi negara lain. Dengan kata lain, dasar yang diwujudkan kerajaan sesuai untuk diaplikasikan semua warganeagara tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan. Sebagai contoh, pendekatan Islam Hadhari yang diterima baik bukan sahaja golongan beragama Islam malah diterima segenap lapisan masyarakat. Jika dulu ‘siapa kuat akan menang’, sekarang ‘siapa mengamalkan pengurusan dan pentadbiran yang bersih akan menang’. Proses dan sistem dalam pentadbiran awam perlulah telus supaya tiada lagi ruang yang kabur atau tersekat yang menyebabkan masyarakat mula bosan dan sangsi terhadap keberkesanan kerajaan dalam memerintah.
Malaysia perlu mempunyai modal insan berhemah, berkualiti dan berpandangan jauh sekiranya ingin memastikan untuk 50 tahun yang akan datang, negara kita tidak akan dijajah dalam apa jua bentuk. Mungkin untuk tempoh tersebut, tidak mustahil kita akan menguasai sebahagian ekonomi dunia, kita akan menjajah sejarah peradaban dunia serta moncorak penjalanan sosial dunia.
Jika disamakan usia negara seperti manusia, bolehlah kita rumuskan bahawa negara kita sudah matang, sudah melahirkan golongan pelapis menerusi pelbagai perubahan, memiliki keluarga besar, mempunyai kewangan yang stabil dan akan mewariskan segala harta kepada golongan pelapis. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Langkah pertama kanak-kanak adalah langkah yang manis, namun dibimbangi ibu bapa kerana takut berkemungkinan anak itu akan jatuh. Jangan takut, Malaysia menjadi anak yang mengambil langkah pertama tanpa gentar sambil membantu rakan lain bertatih kerana untuk 50 tahun yang akan datang diharap akan menjadi ‘kakanda’ kepada negara yang lain.
Hasil nukilan: Hamba Allah (yang menyayangi Malaysia.)
Label(s) bahasa melayu®
15.2.09
Kebaikan Coca-cola??
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Petikan dari: www.rumahpanjai.com
Label(s) maklumat®
11.2.09
Hebat lagi!!!
Nama sebenar: Grady Franklin Stiles Jr.
Tarikh Lahir: 18 Julai 1937
Asal: Pittsburgh
Dilahirkan dengan tangan menyerupai sepit ketam dan kecacatan pada bahagian kaki. Dia tidak boleh berjalan dan hanya boleh bergerak dengan bantuan kerusi roda. Di sebalik kecacatan itu, 'sepit' ketam itu ternyata sunnguh kuat yang membolehkan dia melakukan pelbagai kerja. Dia berkahwin 2 kali dengan Mary Teresa Herzog dan sekali bersama Browing serta mempunyai 4 orang anak. Dia ditembak mati pada 29 November 1992 semasa menonton televisyen di dalam rumah trailer-nya. Pembunuh adalah jirannya sendiri yang diupah oleh menantunya.
Label(s) pelik tapi benar®
10.2.09
Hebat!!
Label(s) pelik tapi benar®
9.2.09
Terbang! Serang!
Label(s) pelik tapi benar®
Karangan ulasan cerpan ( Aku, Kris, dan Kristal )
Label(s) bahasa melayu®
27.1.09
Pertandingan sayembara menulis puisi.
menganjurkan sayembara menulis puisi sempena penganjuran Gema Merdeka 2009 Muzikal Tun Abdul Razak di Istana Budaya pada 14 Ogos sehingga 20 Ogos 2009. Rektor Aswara, Datuk Omar Awang berkata, Objektif utama sayembara itu diadakan adalah untuk mengungkapkan peranan kepimpinan Tun Abdul Razak dalam pembangunan ekonomi, politik, dan juga menyatupadukan semua kaum di negara ini melalui pendekatan kreatif, iaitu melalui puisi. Menurutnya, sayembara ini juga mempunyai visi untuk menggalakkan rakyat negara ini terutamanya generasi muda untuk memahami dan menyelami jasa para pemimpin negara khususnya Tun Abdul Razak di samping untuk menimbulkan kesedaran sejarah, patriotisme dan juga semangat patriotisme kaum melalui penciptaan puisi yang bertemakan sejarah, kepimpinan serta pencapaian bangsa. "Kami ingin memberi galakan kepada para penulis, penyair dan juga sesiapa sahaja untuk mengetengahkan sejarah mengenai era pemerintahan beliau melalui penulisan puisi seperti ini serta memanfaatkan tema Tun Abdul Razak bagi menghasilkan karya puisi berkaitan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di tanah air semasa era beliau," katanya. Omar berkata, sayembara itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang juga dibahagikan kepada tiga kategori berasingan, iaitu kategori pelajar sekolah menengah, penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan juga untuk dewasa. " Untuk sekolah menengah, ia terbuka untuk pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan enam atas sahaja. Sementara itu, untuk penuntut institusi pengajian tiggi awam dan swasta, ia hanya terbuka kepada penuntut diploma dan ijazah sarjana muda yang berusia 18 tahun sehingga 25 tahun. Untuk kategori dewasa pula, ia hanya terbuka kepada mereka yang berusia 26 tahun ke atas. " Karya yang dihantar mestilah hasil asli daripada peserta dan ditulis dalam bahasa Melayu sahaja. Peserta juga boleh menghantar maksimum tiga penyertaan namun seorang peserta hanya layak untuk memenangi satu hadiah sahaja," katanya. Orang ramai yang berminat menyertai sayembara ini boleh menghantarkan penyertaan kepada alamat Urus setia, Sayembara Menulis Puisi, Sempena Gema Merdeka, Muzikal Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ke-2, Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan kebangsaan (Aswara), 464, Jalan tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur atau emelkan kepada atau . Tarikh tutup penyertaan pada .
Hadiah yang ditawarkan. Kategori pelajar sekolah menengah.
1. RM 750
2. RM 500
3. RM 350
Saguhati. RM 150
Kategori IPTA/IPTS.
1. RM 1,000
2. RM750
3. RM 500
Saguhati. RM 300
Kategori Dewasa.
1. RM 1,500
2. RM 1,000
3. RM 750
Saguhati. RM 350
.
Label(s) maklumat®
17.1.09
*Mutiara Kata*
*Mutiara Kata: "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"*
*Mutiara Kata: "Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan"*
*Mutiara Kata: "Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi anda berpegang kepada visi dan memiliki matlamat yang jelas, anda berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya.kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada "*
*Mutiara Kata: "Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"*
*Mutiara Kata: "Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian"*
*Mutiara Kata: "Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."*
*Mutiara Kata: "Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa."*
*Mutiara Kata: "Pemimpin yang paling berkuasa ialah yang disegani oleh rakyatnya, manakala seorang pemimpin yang tidak baik akan menipu rakyatnya"*
*Mutiara Kata: "Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"*
*Mutiara Kata: "Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya"*
*Mutiara Kata: "Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal"*
Label(s) kata®