27.1.09

Pertandingan sayembara menulis puisi.


Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menganjurkan sayembara menulis puisi sempena penganjuran Gema Merdeka 2009 Muzikal Tun Abdul Razak di Istana Budaya pada 14 Ogos sehingga 20 Ogos 2009. Rektor Aswara, Datuk Omar Awang berkata, Objektif utama sayembara itu diadakan adalah untuk mengungkapkan peranan kepimpinan Tun Abdul Razak dalam pembangunan ekonomi, politik, dan juga menyatupadukan semua kaum di negara ini melalui pendekatan kreatif, iaitu melalui puisi. Menurutnya, sayembara ini juga mempunyai visi untuk menggalakkan rakyat negara ini terutamanya generasi muda untuk memahami dan menyelami jasa para pemimpin negara khususnya Tun Abdul Razak di samping untuk menimbulkan kesedaran sejarah, patriotisme dan juga semangat patriotisme kaum melalui penciptaan puisi yang bertemakan sejarah, kepimpinan serta pencapaian bangsa. "Kami ingin memberi galakan kepada para penulis, penyair dan juga sesiapa sahaja untuk mengetengahkan sejarah mengenai era pemerintahan beliau melalui penulisan puisi seperti ini serta memanfaatkan tema Tun Abdul Razak bagi menghasilkan karya puisi berkaitan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di tanah air semasa era beliau," katanya. Omar berkata, sayembara itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang juga dibahagikan kepada tiga kategori berasingan, iaitu kategori pelajar sekolah menengah, penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan juga untuk dewasa. " Untuk sekolah menengah, ia terbuka untuk pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan enam atas sahaja. Sementara itu, untuk penuntut institusi pengajian tiggi awam dan swasta, ia hanya terbuka kepada penuntut diploma dan ijazah sarjana muda yang berusia 18 tahun sehingga 25 tahun. Untuk kategori dewasa pula, ia hanya terbuka kepada mereka yang berusia 26 tahun ke atas. " Karya yang dihantar mestilah hasil asli daripada peserta dan ditulis dalam bahasa Melayu sahaja. Peserta juga boleh menghantar maksimum tiga penyertaan namun seorang peserta hanya layak untuk memenangi satu hadiah sahaja," katanya. Orang ramai yang berminat menyertai sayembara ini boleh menghantarkan penyertaan kepada alamat Urus setia, Sayembara Menulis Puisi, Sempena Gema Merdeka, Muzikal Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ke-2, Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan kebangsaan (Aswara), 464, Jalan tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur atau emelkan kepada ridzuanharun@gmail.com atau ridzuan@aswara.edu.my. Tarikh tutup penyertaan pada 17 April 2009.

Hadiah yang ditawarkan. Kategori pelajar sekolah menengah.
1. RM 750  
2. RM 500  
3. RM 350  
Saguhati. RM 150  

Kategori IPTA/IPTS.  
1. RM 1,000  
2. RM750  
3. RM 500  
Saguhati. RM 300  

Kategori Dewasa.  
1. RM 1,500  
2. RM 1,000  
3. RM 750  
Saguhati. RM 350  
Maklumat lanjut: Sinar Harian.gyahahaha

2 Comment(s):

Anonymous said...

Tahniah! Blog yang menarik. Isi kandungan boleh terus ditambah di sana-sini. Sila lawati blog: www.azahaothman.blogspot.com sebagai contoh. isi kandungan agak menarik juga. Semoga berjaya

P.Mahasiswa said...

to anonymous~> thanks.. =D