Antara negara yang mengalami serangan tentera belalang ini adalah kawasan Afrika Utara seperti Morocco, Tunisia, Libya, dan Algeria. Malah di Algeria sendiri, 13 daripda 48 wilayahnya mesti mengalami serangan belalang setiap tahun. Algeria telah membelanjakan 6 bilion dinar dan mengerahkan 1,300 orang untuk melawan belalang-belalang ini.
Spesies belalang ini memulakan hidupnya sebagai seekor serangga tidak berkepak sebesar semut. Semakin dewasa, ia mula tumbuh kepak. Seekor belalang tidak mendatangkan kemudaratan, tetapi bila berkumpulan ia mula bertindak agresif. Satu batalion tentera belalang mampu memusnahkan kawasan tanaman seluas 120 ekar dalam masa sehari.
Apakah motif yang menyebabkan belalang itu datang menyerang tanaman? Adakah semata-mata kerana makanan? Atau ada motif lebih utama seperti dendam terhadap manusia yang telah memusnahkan alam sekitar?
0 Comment(s):
Post a Comment