22.8.12

Ibadah Puasa Bukan Syampu Rambut 2 Dalam 1


Terdapat pandangan yang amat masyhur di Malaysia yang membolehkan puasa dua dalam satu, iaitu puasa qadha Ramadhan dan puasa sunat Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Ramai agamawan yang menyampaikan petua ini tanpa mengemukakan apa-apa dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Tidak kurang pula, ramai orang bukan agama yang menerima petua ini tanpa bertanya apakah dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih yang membolehkannya. Mereka menjadikan persoalan ini semudah syampu rambut 2 dalam 1.

Padahal ia adalah satu persoalan yang amat berat. Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah (1394H) menjelaskan:

 Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Dalilnya ialah firman Allah: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. [al-Baiyinah 98:05].

Ikhlas yang dimaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dengan cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi‘e dan Abu Sulaiman. Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim daripada A'isyah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amal yang tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak.

Maka sesiapa mencampur adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan tiada dibenarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.

wallahua'lam.. mungkin ade diantara kita yg tidak tau dan telah melakukan puasa 2in1.. semoga menjadi pengajaran.. :D

19.8.12

amalan-amalan sunnah pada 1 Syawal

(oh Allah, make me die while You are pleased with me)

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari raya Aidilfitri. Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatta'.

Bahawasanya Abdullah bin Umar seringkali akan mandi pada Hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Memakai bau-bauan yang wangi

Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki. 

3. Memakai pakaian yang paling baik

Pakaian tidak semestinya baru tetapi pakaian yang indah dan rapi sudah mencukupi.
Daripada Jabir r.a. katanya : Bagi Nabi SAW ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat. (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)

Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.

4. Makan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat hari raya Aid al-Fitri.
Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah cukup memakan apa-apa juadah sekali pun.
Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :
Adalah Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil. (al-Bukhari : 953)
Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengkomentar hadith ini dengan berkata : Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut). (Fath al-Bari : 2/446)

5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang datang haid, diasing perempuan yang datang haid daripada perempuan yang boleh solat.
Bagi perempuan yang dating haid sunnah mereka turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri.
Ummu Athiyah radhiallahuanha telah berkata:

Kami telah diperintahkan (oleh Nabi SAW) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita- wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu Aun berkata: atau wanita-wanita pingitan,dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi SAW) agar menyaksikan jemaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Iedaini, no: 981.

6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain. Daripada Jabir bin Abdillah r.anhuma katanya :

Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).(al-Bukhari : 986)

Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya :

Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.(al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah)

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.

7. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT :

Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)

Sahih juga daripada Abdul Rahman al-Salamiy katanya : 

Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki berkata : Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir. (Lihat Irwa al-Ghalil : 3/122)

Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

8. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan : Taqabbalallahu minna wa minkum. Kullu 'am wa antum bikhair.

1. Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua) (Selamat) hari raya yang diberkati.
Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata : Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkannya. Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)

9. Solat Hari Raya

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz menyebut : Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.

- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah
Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn Abbas r.a. :

Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.

1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya
Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi SAW. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi SAW.

Hadith tersebut ialah :

Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya)
Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani : 520-521)
Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.

2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya

Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.
Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi SAW dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bidauha oleh al-Albani. m.s. 219 & 258)

18.8.12

#BorakBorak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. :D
Sebelum #BorakAnwar jadi lebih femes, meh saya yg femeskan dia dulu..
Sila ke link http://youtu.be/StylT-qn4O8 untuk dengar borak anwar terlebih dahulu..

bagi pendapat saya, borak ini adalah satu medan baru dalam memperkenalkan ahli2 politik ataupun memperkenalkan sesuatu..
perkara ini tidak lain dapat meningkat kredibiliti seseorang tersebut kerana borak ini adalah secara on9 ataupun secara 'on the spot'
memang tidak dinafikan bahawa zaman IT telah berkembang dengan pesat.
sejajar dengan itu, ahli2 politik perlulah mengikut arus IT yang pesat berkembang supaya dapat menepati hak  rakyat semasa.

Tapi, DSAI, mungkin #BorakAnwar itu perlukan sedikit peningkatan.
mungkin perlu letak sub bahasa Malaysia supaya masyarakat2 yg tidak mahir berbahasa inggeris juga dapat turut memahami isi2 yang DS cuba sampaikan. :)

Harap medan baru ini dapat dikembangkan dgn keahlian daripada ahli2 politik baru atau lama, supaya mengadakan #Borak seperti ini.
dengan ini, kami semua rakyat Malaysia dapat memahami isu2 berkaitan negara dan juga diluar negara serta dapat mengeratkan sillaturrahim antara sesama kita. Insya-Allah.. :D

Akhir kata, selamat menonton dan wassalamualaikum..
Taqabbalullahuminkum..
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.. :3

(sesiapa cintakan Allah, cintakan juga (laksanakan) syariat(undang2) yang diturunkan oleh Allah)

17.8.12

terakhir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Insya-Allah, mlm ini adalah Terawikh terakhir bg Ramadhan kali ini..
semoga amalan kita selama sebulan berpuasa diterima oleh Allah..
walaupun byk masalah terjadi..
huhuhu.. mmg tak dpt dinafikan yg sepnjg bulan puasa ni byk sgt kesukaran..
sakitla, itula, inila.. hurm..
kadang2, dlm hati tu rasa, ramadhan kali ni mcm tak byk buat amalan.. huhu..
pastu, raya pun mestila tak bersemangat..
yela, amalan ketika berpuasa pun mcm haram je.. hurm..
ape nak jadi ni.. T^T
takpela.. apa yg berlalu biarkn berlalu..
insya-Allah, semoga sy dpt bersua dgn ramadhan yg akn dtg.. aamiin..

apa2pun 'taqabbalullahuminkum'
pengakhiran ramadhan pd kali ni..
dan selamat hari raya..
maaf zahir dan batin..
(scan at your own risk k.. xD )


13.8.12

amik MC sehari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. :D
mengikut kepada tajuk diatas, saya dengan ini mengambil MC selama sehari dari berinternet kerana menentang Seksyen Korup 114A!!
Sekian itu je.. hahah.. xD


4.8.12

Confidential

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. :D
Sebenarnya dah seminggu saya bekerja..
Banyak benda yg sy pelajari..
Keje apa??
owh.. keje pejabat je.. kelayakan saya blum lg pada mana2 bahagian.. xD
Tgk gambar bwh ni,

Nila pejabat saya.. haha. sebenarnya ni bilik mesyuarat..
disebbkn kami ni cuma part timer je, so, takde tempat..
kenela buat cara menumpg je.. xD
apapun, tetap bersyukur..
syarikat ni melayu yg punya..
mmgla sy suka, sbb tiap2 pg akan ada bacaan doa dan briefing.. :D
Alhamdulillah.. salah satu kebaikan bekerja dgn orang Islam..
tetiba belek2 buku, teringat biodata budak kecik ni.. :D
rindukan dia!! :3 ecece... haha..

23.7.12

takde keje

Assalamualaikum.. :)
semoga semua sihat2 hendakNya..
Semalam jln2 ke GM.
ingatkn nk pegi beli bju raya..
tp, takde stok plak..
punah harapan.. haha.. xD
Jadi sy kesana beli baju t-shirt ngan brooch je la..



psst.. dgr PRU13 buat bln9.. betul ker?
susah nak agak. sebb semua ada dlm kepala piem kita..
cuma perlu tunggu dan tunggu..
sy pun bukan layak nk undi..
huhu.. sedih3.. tak dpt nk sumbg pape utk PRU..
nak tunggu akn dtg, lama lagi la plak..
apapun yg terjadi, sy brhrp sgt yg kerajaan sekrg akan berubah menjadi lebih baik..
tiada korupsi mcm yg berlaku skang ni..
bertimbun-timbun ade.. sampai pening kepala dibuatnya..
fitnah sana sini.. apa nak jadi?
Insya-Allah, kerajaan Malaysia yg akn dtg akn mengikut aturan Allah dan Quran.. 


penah dgr pasal "SAVE MARYAM"??
ye! penduduk di Indonesia ramai yg dah murtad..
dlm statistik, lebih kurg 2juta murtad setiap tahun..
Astagfirullah. Apa nak jadi ni??
kita kene sebarkan maklumat ni..
supaya kita semua perlu kesedaran awal, bahawa Islam semakin lupus..
Kita perlu perkuatkn agama Allah, Islam!
lagi2 dlm negara kita sendiri, Malaysia..
sape lagi nak memperjuangkan agama Islam, kalau bukan kita semua..??

Semoga Allah sentiasa menaungi kita semua.. insya-Allah.. :3

22.7.12

Fittik Tauliah 31


Assalamualaikum.. :D
Harap semua berada dalam keadaan yg sihat sejahtera..
Bagaimana dengan puasa pertama anda? seronok tak??
jgn lupa niat yer.. rajinkan diri dengan solat sunat terawih dan amalan2 lain seperti membaca al-quran.. :)

selama 3minggu saya menjadi budak fittik utk majlis pentauliahan senior di UUM Sintok Kedah.. :)
sekarang mereka telah pun menjadi leftenen muda.. Alhamdulillah..
Tahniah buat tuan2 dan puan2.. jgn bongkak pula lepas dah dpt pgkt..
semua manusia sama sahaja disisi Tuhan.. yang membezakan kita adalah iman dan amalan..

Macam2 perkara berlaku ketika berfittik..
ada yang seronok, ada yang tak seronok..
ade yg suka, ada yg duka..
ade yg gembira, ade yg sedih..
walau apapun yg terjadi, kami budak2 fittik tetap teguh pendirian dalam menjalani ujian2 yg ditempuh semata-mata ingin membantu senior2 kami yg akan ditauliahkan.. :)

Banyak sebenarnya pengalaman yg ingin sy kongsikan..
Dengan fittik ini, sy dpt mengenali lebih ramai kenalan..
kenal YO @ Subby, staff2, pegawai2, dan paling penting kenal antara kami, budak fittik..

boleh dikatakan lebih byk kebaikan daripada berfittik ni..
kalau tahun depan ade rezeki buat di UMS, Sabah, Insya-Allah sy akan pergi lagi..


Seronok jugakla pegi fittik ni..
disamping dpt membantu senior2, dpt juga berjln-jln hasil ehsan CheQ.. :D
Dpt pegi Changlun beli buah, Sg Petani hntr baju Dobi, dan juga padang besaw. :D


sekurg-kurgnya dpt juga berjln di negeri org..
lagipun blum penah2 nak jejak kaki kt Kedah ni..
Kira rezekila dpt pegi.. :) bukan senang2 senior tarik nama sape yg dpt pegi..
untung2.. :D
Apapun, semoga kami semua mendapat pengajaran daripada fittik tauliah ke-31 utk dijadikan sebagai penunjuk bg tauliah yg ke-32 kelak.. insya-Allah.. :3

23.3.12

Kenapa PRK lambat?

Assalamualaikum w.b.t.. (^_^)v
Saya berharap anda semua berada dalam keadaan yang sihat.. insya-Allah..
Persoalan saya hari ini, kenapa PRK @ Pilihanraya Kampus Ditunda?? atau Dilambatkan??

Agak pelik juga.. kerana TNC telah pun mewarwarkan bahawa PRK akan dilaksanakan pada hujung bulan 3 secara hitam putih..
Tetapi, baru-baru ini, TNC memberitahu bahawa PRK ditunda pada bulan 9...
Bukan melalui surat atau hitam putih..
tetapi, hanya melalui laman sosial facebook!!
Dimana kebenarannya??!!
Adakah kami, mahasiswa diperbodohkan lagi??



TNC kata ingin memberikan laluan kepada PRU-13..
Adakah ia boleh diterima??
Ada kaitan ker PRU dan PRK??

Baru-baru ini juga, wakil mahasiswa cuba memberikan memorandum kepada TNC..
Kami hanya membawa 2 usul sahaja!
1) percepatkan PRK (hujung bln 3 atau awal bln 4)
2) Hancurkan sistem Caretaker..
Tetapi, TNC menolak usul kami.. tidak mengapa..
Kami akan bawa ke KPT.. mudah-mudahan diluluskan..

Jangan sangka kami boleh dikenakan tindakan AUKU..
kenapa tak boleh??
sebab, cuba anda fikirkan PRK.. ada ke kaitan dengan politik??
Ada kaitan ke dengan PRU yang akan datang??
Takde!! =.="

Fikirkan semula, kenapa PRK perlu ada dalam setiap kampus..
Mahasiswa perlukan pemimpin yang boleh menyuarakan pandangan mereka..
Kita tak boleh hanya mengikut aturan yang diberikan oleh pihak HEP..
Mahasiswa sudah besar dan matang!
Kami bukan budak sekolah rendah lagi!
kami perlukan organisasi kami sendiri!
Kenapa pihak HEP masih tidak faham??
adakah mereka sengaja atau mereka yang tidak cukup matang untuk memahami mahasiswa itu sendiri..

Diharapkan tiada unsur korupsi dalam PRK kali ini..
sudah-sudahla dengan pelbagai 'secret agenda' anda tu..
kami semua sudah serik!!
Terima kasih.. -,.,-"

20.3.12

Kawad CO.

Assalamualaikum wbt..
Sy berharap semua didalam keadaan yang sihat2 belaka..
Yang kurang sihat tu, pergilah makan ubat yer.. hehe..
Alrite!!


16 mac 2012, Ada latihan kawad CO di kdsk.. dari petang ke tgh malam.. huhu... T^T
Penat tak terhingga.. mlm tu tido plak pkul 3pg..
sebab?? siapkan baju alpha.. adoi!! stress kot nak pasang2 button ni..
dahla psg salah! kene tegur n denda plak tu.. Malu3.. =.=

17 mac 2012, Kawad CO di kdsk.. dari pagi ke petang..
Seronok!!! walaupun penat kene berdiri sampai sejam lebih.. tapi berbaloi2.. :D
Dapat jumpa COG yang sy sayang!! hehe.. <3
COG tegur saya dan senyum.. :) apalagi, saya pun sambut senyuman tu balik..
wehehehe.. c(=

Nak sgt pegi kdsk lagi!! nak jadi galley party!! partner work dlm galley ngan COG.. ^^v
lupa nak tgkp gambar COG!! huhu.. T^T
fyi, COG ada kembar, mcm saya.. kehkehkeh..

Mcm biaselah.. balik2 ke UM, kene denda..
gua punyer tgn dah melecur tahap ke-4 beb!!!!! *TipuJek c(=

Tak guna punyer manusia!! Tgkla nnti!!
aku ubah seubah-ubahnyer dalam tradisi #seriusgilershitsialtu..

wassalam..

1.3.12

Kem jati diri tahun pertama Universiti Malaya

Assalamualaikum semua.. :D
hehe.. lama sudah tidak ku menulis sesuatu di blog ni.. 
apapun, pada minggu lepas, saya dan rakan2 ke melaka..
Kami mengikuti program Kem Jati Diri untuk Tahun Pertama Pelajar UM. xD
Keseluruhan program ni, amat memuaskan..
Tapi, cuma ada bahagian2 yg buat sy terkecil hati, makan hati, bengang, dan merasakan dunia ini tidak adil..
Ye, semestinya berkenaan Mahasiswa itu sendiri..
Ada juga maklumat yang diberikan salah sama sekali.. *Sakitnyer hati ni* -.-"
klu nak diberitahu disini, mungkin ada yg block sy.. haha.. xD
Sediakan payung sebelum hujan..
kalau ada lagi program ni, insya-Allah saya join jer..
sebab?? nak tambahkan kesakitan dihati ni.. haha.. mane der..
saya nak jadi duri dalam daging...
tp, saya pasti mereka dah lama syak saya.. apapun, Mahasiswa Bangkit!! 

 Melaka (River cross)
 Paintball (menang tempat ke-2, Hero Muadz) ^^v
 Invisible people.. (hahah.. >o<)
 My Group!! ( Go niners!!)
resort yang kami diami.. (cantik x??)

28.2.12

kenapa??



AKU mendapat berita, malam semalam (26 hb Feb 2012) program ceramah yang dihadiri oleh YB Nurul Izzah di Felda Lepar Hilir telah diganggu secara samseng oleh puak-puak tidak bertamadun.  Program ceramah tersebut adalah di antara beberapa siri program serentak gempur Pahang oleh KEADILAN Pahang sejurus Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan baru-baru ini.
Ketika kejadian, aku berada di program ceramah bertempat di Kg Kempadang yang dihadiri oleh YB Saifuddin Nasution.  Pada masa yang sama YB Nurul Izzah dan YB Nik Nazmi berada di Lepar Hilir iaitu satu kawasan felda yang berada di kawasan Parlimen Paya Besar.  Di situ sememangnya ramai penyokong Umno totok yang sekian lama telah diperbodohkan, namun sejak kebelakangan ini sambutan ke atas Pakatan Rakyat semakin meningkat.  Ini yang amat menggerunkan beberapa pemimpin Umno dan YB di situ kerana mereka khuatir sekiranya dibiarkan aktiviti atau program PR terus diadakan di situ, para Peneroka Felda akan menjadi cerdik dan mereka yang cerdik sudah tentu tidak akan menyokong Umno lagi.
Diberitakan malam semalam, program awalnya berjalan baik termasuk ucapan oleh YB Nik Nazmi yang tidak pun diganggu.  Namun, apabila YB Nurul Izzah tampil ke pentas untuk berucap, tidak sampai lima minit puak-puak balaci upahan ini menyerbu dan terus merosakkan peralatan PA Sistem.  Berlaku kekecohan dan dikatakan seorang tua mengalami kecederaan serius di bahu.  Laporan Polis dikatakan telah dibuat pagi semalam oleh pihak Penganjur.  Persoalannya, mengapa boleh berlaku sedemikian dan mengapa pihak polis tidak bertindak lebih awal untuk mencegahnya?  Malas aku menjawab soalan ini kerana bukan sekali dua pihak Polis gagal bertindak cekap.
Program terpaksa dihentikan dan hajat mereka untuk menggagalkan ucapan YB Nurul Izzah berjaya.  Mengapa takut sangat kepada seorang wanita muda ini?  Jika pemimpin  mereka memang penakut dan bacul untuk berdepan dengan ayah YB Nurul Izzah iaitu DS Anwar, itu kita faham kerana kehebatan Ketua Pembangkang ini.  Sehingga kini tidak ada seekor pun pemimpin  Umno yang mempunyai kejantanan untuk berdepan secara terbuka dengan DS Anwar.  Berbuih mulut Ketua Pembangkang ini mencabar Najib untuk berdebat samada di dalam isu ekonomi, hala tuju negara, isu Israel bahkan DS Anwar bersedia juga untuk berdebat di dalam isu moral.  Malangnya, budaya takut dan menakutkan orang lain memang budaya puak yang berotak lembu kondo ini.
Bayangkan, sekiranya dengan anak perempuan DS Anwar bernama Nurul Izzah pun puak ini amat takut sehingga terpaksa `melembukan' beberapa Melayu yang bengap untuk menghalang ceramah beliau, di mana letaknya moral puak-puak ini?  Keganasan yang mereka lakukan malam semalam akan dikenang oleh para Peneroka tempatan di Lepar Hilir bagi mereka menilai kembali sokongan mereka terhadap parti yang mereka sanjung selama ini.
Adakah kita gentar dengan ancaman seperti itu dan akhirnya kita akan berhenti dari memberi kesedaran kepada Peneroka Felda di Lepar Hilir?  Jawapannya tidak.  KEADILAN Pahang kini sedang mengatur program yang sama dengan penceramah yang sama di lokasi yang sama.  Apakah yang akan berlaku pula selepas ini?  Biarlah masa dan keadaan yang menentukan kerana prinsip kita di dalam KEADILAN, kita tidak akan pernah merasa takut atau serik dengan `lembu-lembu dicucuk hidung' ini.
Buat Penganjur, belajarlah dari kejadian ini agar kita mesti sentiasa berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi apabila kita menganjurkan sesuatu program.  Kita harus faham, demokrasi di negara ini terlalu jijik kerana negara ini dipimpin oleh pemimpin yang penakut.

taken from: http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/02/politik-mafia-mereka-bukan-sahaja-takut.html

RAKYAT MARHAEN: Pemimpin ingkar perintah Allah perlu ditukar


RAKYAT MARHAEN: Pemimpin ingkar perintah Allah perlu ditukar: AMPANG, 27 Feb: Pemimpin yang ingkar kepada Allah dengan tidak melaksanakan perintah Allah ke atasnya dan terhadap sistem pem...

RAKYAT MARHAEN: Kalau benar selamat, kenapa Lynas bina kilang di P...


RAKYAT MARHAEN: Kalau benar selamat, kenapa Lynas bina kilang di P...: Oleh Aspan Alias Kerajaan patut membatalkan niat untuk meneruskan pembangunan pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Adv ance Material Plant (...

16.2.12

RAKYAT MARHAEN: Pindaan AUKU 1974 dibentangkan di Parlimen Mac ini...



RAKYAT MARHAEN: Pindaan AUKU 1974 dibentangkan di Parlimen Mac ini...: Proses pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) 1974 hampir selesai dan rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Mac ...

5.2.12

RAKYAT MARHAEN: Saat Nabi Hampir Wafat


RAKYAT MARHAEN: Saat Nabi Hampir Wafat: Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya....

sedikit usrah:

suatu hari..nabi bertanya:"siapakh hamba Allah yg mulia?"
sahabat mnjwb: "para malaikat ya Rasulullah"
... ... ...
sahabat: "tentulah para nabi, merekalah yg mulia"
nabi tsenyum lalu bkata:"ya, mereka mulia tp ad yg lbih mulia"
para sahabat tdiam lalu bkata:"adkh kami yg mulia i2 ya Rasulullah?"
nabi bkata;" tentulah kalian mulia, kalian dekat dgnku, kalian mmbantu perjuanganku, ttp bkn kalian yg ak maksudkn..
nabi mnundukkn wjhnya, baginda menitiskn air mata sehingga mmbasahi pipi n janggutnya lalu bkata...
"wahai shbtku, mereka adlh manusia2 yg lahir jauh stlh wafatnya aku, mereka tlalu mncintai Allah & tahukh kalian..mereka x pnh melihtku, mereka hidup tdk dekat dgnku spt kalian ttp mereka sgt rindu kpdku & saksiknlah wahai sahabatku bhw AKU SGT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU! "
ya Allah....(T^T)


Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Qur'an



Jika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV "Discovery" pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.
Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

» KETERANGAN
Gambar 01

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut:

سَنُرِيهِمْ آَيَاتِنَا فِي الْآَفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى

 كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ (53

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu” (QS Fushshilat 53).

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا

 مَحْجُورًا (53

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi” (Q.S Al Furqan 53).

Pada suatu hari Mr.Jacques Yves Costeau ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Gambar 02

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ (19) بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ (20

 Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” 

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.
Gambar 03

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Gambar 04

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

copied from: http://www.tayibah.com/eIslam/sungai_di_dalam_laut.htm
:D

4.2.12

RAKYAT MARHAEN: AirAsia dan Tony Fernandes: Dari wira menjadi ahli...


RAKYAT MARHAEN: AirAsia dan Tony Fernandes: Dari wira menjadi ahli...: Air Asia adalah antara kisah kejayaan Malaysia. Bermula kecil-kecilan ...

komen pengguna lain?? http://harismibrahim.wordpress.com/2011/11/10/the-worlds-best-low-cost-carrier-air-asia-nah/

Sama2 boikot AirAsia!! XD

RAKYAT MARHAEN: Perarakan anti-Lynas dari KLCC ke Bukit Bintang


RAKYAT MARHAEN: Perarakan anti-Lynas dari KLCC ke Bukit Bintang: Polis memantau 70 peserta protes yang berpakaian kuning hari ini, tetapi tidak mengganggu perarakan mereka dari Pusat Konvensyen Kuala...

pssttt.. korang tau tak Lynas tu ape??
cer try google.. Insya-Allah korang akan tau.. :D

saya tau korang 'tak rajin' menaip di uncle google kan??
hehe.. so, saya dah sediakan link2 yg berkaitan.. :D enjoy!

lynas ori web?? http://www.lynascorp.com/category.asp?category_id=2
pandangan blogger lain?? http://ariffshah.com/malaysia-kilang-lynas-najib-razak/
lynas wiki?? http://en.wikipedia.org/wiki/Lynas
maklumat lanjut? http://www.savemalaysia-stoplynas.blogspot.com/
follow Anti Lynas?? https://twitter.com/#!/RT_Stop_Lynas

Malaysia Iktiraf Freemason??

Assalamualaikum w.b.t. semua.. :D




Islam dan Freemason
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.

Lebih maklumat? baca http://ms.wikipedia.org/wiki/Freemason / http://en.wikipedia.org/wiki/Freemasonry

gambar logo freemason..


Bangunan menyerupai lambang Freemason? baca http://www.ohtidak.com/oh-senibina-freemason-di-malaysia/

hurm.. apa pendapat anda semua??
tahukah anda?? sudah tahu?? tidak percaya??
Bersama banteras freemason!!
jatuhkan mereka yang menyokong freemason!!
Allahuakbar!! :D

RAKYAT MARHAEN: PAS tidak pernah iktiraf negara Israel


RAKYAT MARHAEN: PAS tidak pernah iktiraf negara Israel: Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB PAS bertegas menolak kewujudan negara Israel, sebaliknya akan terus memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk s...

Fakta- Hubungan Dagang Malaysia Israel


RAKYAT MARHAEN: Mana gula-gula saya ..!!


RAKYAT MARHAEN: Mana gula-gula saya ..!!: Yusri Harun 4 FEB — Kebelakangan ini, galak sungguh pihak kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional memperkenalkan pelbagai inisiatif ...

30.1.12

RAKYAT MARHAEN: Mahasiswa menggugat menggigit


RAKYAT MARHAEN: Mahasiswa menggugat menggigit: Oleh TARMIZI MOHD JAM MAHASISWA telah berani beraksi. Kemunculan mereka dalam landskap politik baru, mengejutkan banyak pihak. Mereka ...

19.1.12

perlukah ugut si penguasa??


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
seperti mana yang kita ketahui sudah ada 2 org pelajar, mahasiswa yang cuba untuk mengugut si penguasa untuk mengeBOM melalui hebahan di facebook.. satu USM, satu lagi AIMST Uni..
Adakah cara ini releven?? Perlukah kita ikut??

Bagi pendapat saya, perkara ini amat tidak bersesuaian.. lagi2 kalau kita ingin menjatuhkan si penguasa..
bukan niat ingin sokong mana2 pihak, tetapi, cuba anda bayangkan, sekecil-kecil mahasiswa ingin menentang penguasa.. dapat beza langit dan bumi..

Jadi, saya ingin menyeru kepada sesiapa sahaja yang berniat untuk mengebom atau ugut bunuh si penguasa, berfikirlah secara rasional.. jangan biar diri ini dikuasai oleh anasir2 jahat yang seterusnya memaksa diri dengan menghebohkan perkara itu di wall facebook.. anda tak dapat apa2 pun.. mungkin dapat LIKE? mungkin dapat komen BAIK? mungkin dapat komen BURUK? mungkin??

Saya tak risaukan si penguasa tu.. biarlah dia hidup macam mana pun.. Saya cuma risaukan jika perkara buruk akan berlaku kepada anda.. si penguasa terlalu banyak kuasa untuk menentang anda.. silap2 hari bulan, kene masuk lokap 3 tahun.. sape susah?? anda dan keluarga anda juga.. saya pula tumpang simpati..

"Saya tak kisah!! saya nak jatuhkan si penguasa tu gak!!! dia zalim!!! takkan taknak sokong!!?? bukan semua orang dah tau ke yang dia tu zalim! sape nak ikut pemerintah macam tu! bunuh je dia!!" XXX

Astaghfirullah.. bawa2 bersabar.. saya tahu, dan pastinya semua orang pun dah tahu.. kita ada internet, ada FB, ada surat khabar, ada berita.. semua maklumat ada di hujung jari.. jadi, apa yang boleh anda sumbangkan untuk menukar pemerintah sebegini??

Ya! cuma satu je cara kita! UNDILAH! pada PRU13.. Insya-Allah, kalau takde masalah.. bulan 3 ni akan ada PRU13..

Saya tahu ramai dikalangan anda, sudah mencapai umur sweet21.. Jadi, apa salahnya jika mendaftar sebagai pengundi yang sah.. dan membuat undi yang TIDAK ROSAK.. bukan susah pun.. jika anda bosan dengan pemerintah sekarang dan menginginkan sesuatu yang baru, tidak salah memilih orang lain.. semua itu HAK anda! Ya! HAK sebagai warganegara..

Semoga kita semua sentiasa bernaung di bawah rahmat Tuhan yang Maha Esa.. mudah-mudahan.. Amin..

Ps: penulis belum cukup umur lagi.. hahaha.. XD

10.1.12

AA digantung



Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera..

Untuk makluman, AA telah digantung dari pengajiannya selama 3semester.
Syukur! Sekurang-kurangnya AA tidak dibuang sebagaimana banyak ura2 yang menyatakan bahawa AA akan dibuang dari tempat pengajiannya.
Pembicaraan AA berlaku semalam 901, lebih kurang pukul 3 petang di UPSI.
Info:

  • berkaitan dengan AUKU (pemansuhan Akta 174, 555)
  • berkaitan dengan penurunan bendera najib (turun je, tak pijak, bakar atau koyak)
Tertarik dengan karakter peribadinya, bijak, matang dan berani!
ps: ramai yang ugut dia.. kesian.. 


"Setahun setengah kena gantung sbb perjuang Academic Freedom lbih mulia dari setahun dipenjara makan rasuah :) "
-3 Minit Turunkan Bendera Berwajah PM=3 Semester digantung pengajian-

We Are All Adam Adli! & We Are All Safwan Anang!

Tahniah DLCW!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan Tahniah kepada Hero Malaysia kita, DLCW kerana berjaya memenangi Terbuka Korea mengalahkan LD [12-21, 21-18, 21-14] selama 1jam 15minit.
Semoga DLCW sentiasa mengharumkan nama Malaysia!

Tahniah dan Terima Kasih DLCW! :D

Kebebasan tercapai.

NONE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Alhamdulillah, akhirnya DSAI didapati tidak bersalah diatas tuduhan kes liwat dengan SB dan bebas!
Tiada kata yang mampu diungkapkan selain bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT.
Rasa nak menitis air mata ni.. :'D
Tak dapat nak bayang bagaimana perasaan DSAI dan keluarga tidak lupa kepada penyokong beliau yang sabar menunggu di luar mahkamah apabila diberitahu DSAI bebas dan didapati tidak bersalah.

Kes liwat ini bermula sejak tahun 2008 dan berakhir pada tahun 2012. Agak lama.
Sepanjang tahun 08-12, DSAI sabar atas segala tohmahan fitnah dan pelbagai lagi perkara yang mungkin beliau rahsiakan supaya orang ramai tetap menyokong beliau, bukan atas dasar 'simpati'.

Penulis berharap selepas ini, Malaysia akan berubah kearah kehidupan yang lebih bertamadun dan kita hidup lebih kearah Islam, agama yang diredhai oleh Allah SWT.. Amin..

9.1.12

901

901

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Seperti apa tajuk yang dipaparkan, 901 adalah tarikh keramat dimana perhimpunan bukan sekadar membebaskan DSAI dari dipenjarakan tetapi mengutuk cara pemerintahan dan pentadbiran yang tidak berlaku adil dengan merosakkan maruah seseorang sebelum ia dibuktikan kesalahannya. Bak kata:

Himpunan Aman 901

Jika saya turun Himpunan 901 kelak, saya bukan turun untuk Anwar dan kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan UMNO dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah. Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Ini adalah satu kezaliman dan penginayaan. Tidak baik membiarkan pemerintahan begini mengurus negara dan rakyatnya. Kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penginayaan yang dilakukan.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Penulis berharap DSAI akan terus bersabar dengan apa sahaja yang bakal berlaku.
Walau apapun terjadi, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang benar..
Insya-Allah..