Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. :D
Sebelum #BorakAnwar jadi lebih femes, meh saya yg femeskan dia dulu..
Sila ke link http://youtu.be/StylT-qn4O8 untuk dengar borak anwar terlebih dahulu..
bagi pendapat saya, borak ini adalah satu medan baru dalam memperkenalkan ahli2 politik ataupun memperkenalkan sesuatu..
perkara ini tidak lain dapat meningkat kredibiliti seseorang tersebut kerana borak ini adalah secara on9 ataupun secara 'on the spot'
memang tidak dinafikan bahawa zaman IT telah berkembang dengan pesat.
sejajar dengan itu, ahli2 politik perlulah mengikut arus IT yang pesat berkembang supaya dapat menepati hak rakyat semasa.
Tapi, DSAI, mungkin #BorakAnwar itu perlukan sedikit peningkatan.
mungkin perlu letak sub bahasa Malaysia supaya masyarakat2 yg tidak mahir berbahasa inggeris juga dapat turut memahami isi2 yang DS cuba sampaikan. :)
Harap medan baru ini dapat dikembangkan dgn keahlian daripada ahli2 politik baru atau lama, supaya mengadakan #Borak seperti ini.
dengan ini, kami semua rakyat Malaysia dapat memahami isu2 berkaitan negara dan juga diluar negara serta dapat mengeratkan sillaturrahim antara sesama kita. Insya-Allah.. :D
Akhir kata, selamat menonton dan wassalamualaikum..
Taqabbalullahuminkum..
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.. :3
18.8.12
#BorakBorak
(sesiapa cintakan Allah, cintakan juga (laksanakan) syariat(undang2) yang diturunkan oleh Allah)
Label(s) anwar ibrahim®, malaysia®, pemimpin®
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment(s):
Post a Comment