19.1.12

perlukah ugut si penguasa??


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
seperti mana yang kita ketahui sudah ada 2 org pelajar, mahasiswa yang cuba untuk mengugut si penguasa untuk mengeBOM melalui hebahan di facebook.. satu USM, satu lagi AIMST Uni..
Adakah cara ini releven?? Perlukah kita ikut??

Bagi pendapat saya, perkara ini amat tidak bersesuaian.. lagi2 kalau kita ingin menjatuhkan si penguasa..
bukan niat ingin sokong mana2 pihak, tetapi, cuba anda bayangkan, sekecil-kecil mahasiswa ingin menentang penguasa.. dapat beza langit dan bumi..

Jadi, saya ingin menyeru kepada sesiapa sahaja yang berniat untuk mengebom atau ugut bunuh si penguasa, berfikirlah secara rasional.. jangan biar diri ini dikuasai oleh anasir2 jahat yang seterusnya memaksa diri dengan menghebohkan perkara itu di wall facebook.. anda tak dapat apa2 pun.. mungkin dapat LIKE? mungkin dapat komen BAIK? mungkin dapat komen BURUK? mungkin??

Saya tak risaukan si penguasa tu.. biarlah dia hidup macam mana pun.. Saya cuma risaukan jika perkara buruk akan berlaku kepada anda.. si penguasa terlalu banyak kuasa untuk menentang anda.. silap2 hari bulan, kene masuk lokap 3 tahun.. sape susah?? anda dan keluarga anda juga.. saya pula tumpang simpati..

"Saya tak kisah!! saya nak jatuhkan si penguasa tu gak!!! dia zalim!!! takkan taknak sokong!!?? bukan semua orang dah tau ke yang dia tu zalim! sape nak ikut pemerintah macam tu! bunuh je dia!!" XXX

Astaghfirullah.. bawa2 bersabar.. saya tahu, dan pastinya semua orang pun dah tahu.. kita ada internet, ada FB, ada surat khabar, ada berita.. semua maklumat ada di hujung jari.. jadi, apa yang boleh anda sumbangkan untuk menukar pemerintah sebegini??

Ya! cuma satu je cara kita! UNDILAH! pada PRU13.. Insya-Allah, kalau takde masalah.. bulan 3 ni akan ada PRU13..

Saya tahu ramai dikalangan anda, sudah mencapai umur sweet21.. Jadi, apa salahnya jika mendaftar sebagai pengundi yang sah.. dan membuat undi yang TIDAK ROSAK.. bukan susah pun.. jika anda bosan dengan pemerintah sekarang dan menginginkan sesuatu yang baru, tidak salah memilih orang lain.. semua itu HAK anda! Ya! HAK sebagai warganegara..

Semoga kita semua sentiasa bernaung di bawah rahmat Tuhan yang Maha Esa.. mudah-mudahan.. Amin..

Ps: penulis belum cukup umur lagi.. hahaha.. XD

2 Comment(s):

Unknown said...

ugut nk bom konon,stakat bom pakai mercun telo je watpe.

P.Mahasiswa said...

haha..
mane tau pki bom mercun telo??
ko ke yg pakat ngan dier??
hahaha.. XD