Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

16.2.25

Posting selepas 10 tahun

 ﷽

Assalamualaikum semua. Selepas 10 tahun baru ada peluang untuk menulis semula. Kali ini nak persoalkan adakah blogging masih diterima pada masa kini? Sukar dinafikan bahawa kebanyakkan blog-blog yang pernah saya terjah "blog hopping" serta ikuti sebagai "followers" sudah mati. Lebih kurang 97% blog sudah mati - tiada update, jadi advertisement blog, hilang, tidak dapat dikesan termasuklah blog-blog yang pernah saya tulis sebelum ini iaitu berkaitan konsumer dan islam. Saya lebih selesa untuk sesuatu blog itu mempunyai ciri-ciri unik tersendiri dan fokus ke arah satu matlamat. Jadi saya telah menulis banyak blog untuk mencapai matlamat saya tetapi sayangnya blog-blog tersebut hilang. Maksudnya apabila saya ketik laman sesawang tersebut, semua postingan serta maklumat telah hilang tanpa jejak. Mungkin akibat lama tidak login dan ditinggalkan.

Jadi, adakah blogging masih diterima pada masa kini? Kebanyakkan pengguna lebih kearah postingan video dari penulisan lebih-lebih lagi dengan adanya facebook, instagram, tiktok, youtube. Kalau ade postingan pun, penulisan di media sosial seperti facebook lebih digunakan berbanding blogging. Salah satu sebab adalah kerana postingan di facebook lebih mudah dibuat melalui telefon pintar berbanding blog yang leih mudah menggunakan komputer peribadi. Telefon pintar lebih mudah berbanding komputer peribadi kerana saiznya yang lebih kecil, boleh dibawa kemana-mana dan semestinya murah. Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan lebih 99% rakyat Malaysia kini miliki akses telefon mudah alih dan telefon pintar manakala hanya 80% penggunaan komputer di kawasan bandar direkodkan. Jadi kita boleh lihat perbezaan antara penggunaan telefon pintar berbanding komputer memainkan peranan penting untuk sesuatu perkara.

Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) oleh Pihak kerajaan pada tahun 2007 juga telah meningkatkan pencapaian jalur lebar (wifi access) yang juga memainkan peranan penting dalam penerimaan blogging. Pada tahun 2010, hanya 33% kadar langganan jalur lebar isi rumah. Bermaksud, kebanyakkan rakyat malaysia memilih untuk melayari internet di tempat kerja, sekolah, kolej atau di kafe siber. Kini kadar langganan jalur lebar isi rumah meningkat sehingga 98% di kawasan bandar dan 89% di kawasan luar bandar. Akibat dari melonjaknya penggunaan jalur lebar, lebih banyak aplikasi yang telah dibangunkan yang lebih mudah untuk diakses dan digunakan oleh pengguna. Jadi, kadar blogging yang terdahulu merosot akibat kebanyakkan orang lebih selesa untuk beralih ke aplikasi yang lebih mudah dan lebih pelbagai. 

Jadi, persoalannya adakah blogging masih diterima pada masa kini? Masih ada blogger yang aktif kerana kerjaya mereka sebagai "influencer" atau pempengaruh. Tidak kira mereka menggunakan khidmat web berbayar atau percuma seperti blogspot, ketika ini masih ada yang aktif. Lebih 10 tahun yang lepas, semasa melonjaknya penggunaan jalur lebar, ramai pelajar kolej dan pekerja menggunakan blog untuk berkongsi pendapat, ilmu atau mengikut-ikut teman mereka ber-"blog hopping". Kini apabila menginjak lebih dewasa dan merangkul lebih banyak tanggungjawab, blogger-blogger ini tidak lagi menggunakan blog sebagai media sosial yang aktif kerana kekangan masa dan akhirnya banyak blog yang mati. Pempengaruh masih aktif ber-blogging akibat dari kerjaya mereka mempromosikan jenama sendiri atau jenama pihak tertentu yang mampu mengubah pandangan, fikiran atau sebagainya kepada pengguna lain dengan sesuatu kadar bayaran. Jadi, kerjaya seseorang juga merupakan aspek penting atas penggunaan blogging.

Kita boleh lihat bahawa trend blogging masih ada tetapi tidak seperti dahulu akibat dari peralatan yang digunakan, kemudahan jalur lebar serta pekerjaan seseorang. Saya juga antara salah seorang blogger yang telah mula kurang blogging akibat dari sibuk belajar dan seterusnya mencari kerjaya yang kukuh. Hampir 10 tahun juga saya tidak mengelola blog ini dan masih bersyukur kerana tidak hilang dan masih ada pengguna yang melayari blog ini akibat dari postingan yang berunsurkan bahasa melayu seperti karangan, sinopsis dan tutorial. Di era gobalisasi, banyak perkara baharu muncul dan dibangunkan dan banyak juga yang tutup akibat kerugian. Walau apapun yang terjadi, kita harus ingat " Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan kembali".

Terima kasih semua. Kalau ada rezeki untuk saya menulis lagi, dengan izin Allah akan menaip. Semoga penulisan ini dapat membantu mencapai syurga Allah yang tertinggi. 


17.12.14

Keterangan PEMBINA terhadap PMIUM pendukung marina dan ambiga?

 

Berkenaan dengan keterangan Nurul Ain binti Abdullah dan Nashrul Izwan bin Abdul Aziz dari Biro Media dan Penerangan, PEMBINA UM, yang mengatakan bahawa PMIUM mengalu-alukan kehadiran Marina Mahathir (merupakan Pengerusi ‘Sister In Islam’ (Sis) yang selama ini tidak putus-putus memperjuangkan hak-hak wanita yang bertentangan dengan syariat Islam) dan Ambiga selaku Pengerusi BERSIH yang selama ini lantang mencabar perkara-perkara dalam perlembagaan yang menjaga kesucian Islam dan hak orang Melayu juga merupakan pendokong Suruhanjaya Antara Agama (IFC), pembela kes murtad, penentang Mahkamah Syariah dan penganjur Seksualiti Merdeka 2011 (kebebasan seks). Saya ada terfikir juga, adakah PMIUM itu sendiri yang ‘ajak’ mereka? Pendapat saya, ‘mereka2’ (marina/ambiga) itu mungkin datang tanpa jemputan. Kalau ye pun dijemput, adakah mereka menyebarkan atau memberitahu ideologi2 mereka yang ditolak islam itu sendiri apetah lagi PMIUM kepada orang ramai? Mereka mungkin cuma hadir bagi memberi semangat kepada mahasiswa yang diperbodohkan oleh pihak universiti. Perlu ke sampai nak membangkitkan ke’negativ’an kedatangan mereka itu? Kalau ye pun menentang mereka, perlukah pihak PMIUM halau mereka? daripada berdemo kerana UM8, nanti timbul pula berdemo menentang ‘mereka2’ kerana berniat cuba untuk menyebarkan ideologi menentang islam. Apa ini?

Cuba fikir dari sudut yang lain. Luar kotak. Mungkin dengan keberadaan mereka2 itu akan timbul kesedaran bahawa perjuangan mereka2 itu salah dan mereka2 itu berubah. Boleh jadikan? Cuba bayangkan pula, anda punya seorang adik. Mungkin abang atau kakak yang dilabel seperti marina atau ambiga. Adakah anda akan menghalau mereka? Tidak layan sampai kiamat? Memulau mereka? Membantah mereka? Bila tiba hari perayaan,  niat mereka untuk menziarahi sanak-saudara, tapi dihalau? Bodohkan? Ideologi mereka mungkin berbeza dan patut ditolak, tetapi apabila kita menidakkan mereka juga ada batasnya. Takkan sampai orang2 seperti mereka ini nak memberi makanan pun kamu menidakkan? Seraya mengatakan kamu takkan makan dan sanggup mati dari memakan makanan yang diberikan oleh orang sedemikian? Bodoh. Cukup bodoh.

Bapa saudara nabi sendiri adalah penentang islam. Nabi menghalau diakah? Nabi benci diakah? Nabi berkata buruk tentang diakah? Tidak. Habistu, kau yang melabel PMIUM kononnya ‘bersama’ dengan orang2 yang menolak islam itu apa kes? Agenda berselindung? Boneka? Topeng? Tidak. Kau tidak layak untuk mengata dan memburukkan PMIUM. PEMBINA apa macam ni? Inikah hasil tarbiyah kamu?

Bodohla kau kalau nak menuduh aku seorang pengampu. Apetah lagi pendukung marina, ambiga dan sekutu. Aku Cuma nak menjawab keterangan ahli PEMBINA yang tidak matang. Islam memang menolak mereka, tapi bukan secara keseluruhan. 100%. Nabi sendiri pernah mengikut arahan bapa saudaranya sendiri yang menentang islam. Kenapa PMIUM tidak boleh ‘bersama’ dengan orang seperti ini? Islam agama yang mudah dan menyeluruh. Janganlah kita membenci seseorang kerana perangai mereka yang jahat, tetapi bencilah sikap mereka yang jahat. Bukan jasadnya.

Kalau kau tanya aku, aku terimakah mereka2 ini? Ya, aku terima jasad dan nasihat tapi bukan ideologi yang rosak itu. Bersama tidak semestinya menerima.


Sebelum melabel, bertanyalah dahulu. Sebelum menuduh, siasatlah dahulu. 

Maisarah Mazhar,
Hamba Allah.

1.8.14

Free Palestine


Assalamualaikum. Such a long time i didn't update my blog. pardon me. :(

Palestine. Its trending now because of what had happened to them even 50 years back. but, we still have to fight for it because some inhuman people cant really use their brain to differentiate between freedom and war.
such a genocide!
Israel is the real terrorist!
No such country named Israel!
I would not approve even once!
How can they took someone land, murder innocent people like crazy?
Its massacre!

Children, woman, old people such innocent people die and been killed by those so called 'protector' of their country.
Such a heart breaker.. to see all this suffering in the net. across every country..
Malaysia, London, Egypt, Britain, and many more country had done what it takes to save those innocent people. By supporting the medical aids, food, drinks, money and else.
But, those 'high' level ruler.
They are really the worse.
Even the suffering we all feel, u just say 'Israel have the right to defend itself'
Such a fool ruler..
Palestinians doesn't have anything, none. it is unfair to those who are innocent.

Israel! you just take the right of Palestinians to live in their own country.
There is no human can have the 'inhuman' tittle than you are.
Israel the inhuman people ever lived in Earth.

La Tahzan Palestinians. Allah will help you. Insya-Allah. :)



12.6.13

Cukuplah Allah buatku


tiba2 disuruh membaca buku motivasi, dan terselitlah cerita tentang semut dan Nabi Sulaiman a.s.

*Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup setahun. semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebiji gandum.
Lalu nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut ke dalam satu botol dan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. botol itu kemudiannya ditutup.
cukup tempoh setahun, botol itu dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula itu yang habis dimakan oleh si semut.
Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh sahaja sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum utk tempoh setahun?
si semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.
tetapi, apabila dikurung oleh manusia(Nabi Sulaiman a.s.) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. manala tau, kalau2 manusia itu terlupa lalu dibiarkan terkurung si semut lebih dari tempoh setahun. apa akan terjadi kepadanya?*

benarlah bahawa cerita ini dapat dikaitkan dengan mana2 sahaja peristiwa yang telah kita hadapi, yang sedang kita hadapi serta yang akan kita hadapi.. sebagai cth, ketika minggu peperiksaan, kita sebagai seorang pelajar amat memerlukan tips2 yang diberikan oleh pensyarah sehinggakan kita dididik utk sentiasa meminta kpd pensyarah. tetapi, ingatlah bahawa jaminan Allah itu seribu kali lebih baik dari jaminan manusia. bukan saya ingin menegaskan disini bahawa kita tidak perlu meminta tips2 berkenaan, tetapi, janganlah terlalu mendidik diri bahawa apa yang diberikan itu menjamin kejayaan kita. cukuplah sekadar ambil untuk dijadikan sebagai panduan. kerana kita khuatir diri kita terlalu 'mengharap' pada selain Allah.  "cukuplah Allah buat diriku"

sebagai cth yg lain, PRU yg lepas. kita semua bersatu-padu untuk menjatuhkan parti yang tidak memperjuangkan Islam dan rakyat. banyak sangat kita berkorban dari flashmob, ceramah sehinggalah mengajak mereka2 membanteras ketidak adilan. sehinggakan perjuangan parti yang memperjuangkan hak rakyat dan Islam yang kita nampak melalui mata kasar kita terlalu ramai pengikutnya dan dari situlah kita 'menganggarkan' bahawa 'kita' akan menang besar. tidak! dari sini kita sudah nampak bahawa kita 'mengharapkan' jumlah sokongan padu yang 'terlalu' besar dapat mengalahkan mereka yang zalim sehinggakan kita LUPA pada kuasa Allah yang jauh lebih hebat dari kuasa 'majoriti' ini. bukankah begitu? 

nak cth lain? terlampau banyak.. kalian sendiri pula yang patut fikirkan.. telah diberikan akal untuk berfikir bukan? ingatlah setiap apa yang kita lakukan, demi Allah. Dialah sebaik-baik penolong. insya-Allah.

#jgn ingat bila kita dah habis study kita dapat menjawab dengan baik, kerana jaminan Allah itu lebih hebat. 
jom study sambil mengharapkan jaminan dari Allah bahawa dengan cemerlangnya pencapaian kita, kita akan membantu menegakkan Islam..

4.5.13

Gunakan peluang!

Assalamualaikum semua. :D
semoga semua sihat2 belaka. insya-Allah..
bahang PRU13 semakin terasa..
media2 arus perdana, kaca televisyen, di dada akhbar, mahupun di alam maya..
semuanya menyampaikan maklumat2 untuk memilih parti2 yang mereka perjuangkan..
tidak kiralah, barisan nasional, PAS, parti keadilan rakyat ataupun parti2 sendiri.
ingatlah bahawa apa yang kita pilih ini menentukan masa hadapan Malaysia!
Saya menyeru kepada semua pengundi2 di Malaysia untuk turun mengundi memilih Parti yang memperjuangkan agama Islam serta hak2 rakyat yang sejak lama kita patot dapat.
Ingatlah! memperjuangkan agama Allah itu yang wajib dan penting!
kerana dengan kuasa, kita mampu melahirkan negara Islam yang berkebajikan seperti zaman Khalifah2 terdahulu!
tidak mahukah kita melihat terlahirnya kerajaan Islam di bumi Malaysia ini??
hati ini meronta-ronta ingin melihat sinar Islam kembali menyinar dan terus bersinar di Malaysia..
mudah-mudahan dengan tertegaknya Kerajaan Islam di Malaysia ini,
bumi Malaysia serta rakyat hidup dengan lbih aman dan damai..
aman dibawah naungan Tuhan yang satu, ALLAH!
bukan aman dibawah naungan manusia!
kerana kasih sayang Allah yang kita perlukan!

Fikir dengan matang! mana parti yang mampu memberikan yang terbaik buat kita semua..
masih ada masa sebelum hari esok!
janganla percaya kepada satu2 media sahaja...
jadilah orang yang bijak! jangan mudah diperbodohkan oleh mereka2 yang inginkan kuasa menjatuhkan hak rakyat!
kali ini lah kita turun ramai2!

#INIKALILAH #LAINKALILAH #AKANKALILAH



#vote4PR :D

14.1.13

amaran! tipu PRU, rakyat bangkit humban kamu!


#semoga bermanfaat wahai pemimpin yg dihormati sekalian.. :D

ngehheheheheh... xD

rugi?

 


Assalamualaikum semua..
pada 12 januari 2013, terdpt banyak sekali 'event' yg berlangsung..
salah satunya adalah HKR 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' BUKAN 'himpunan shamsidar!
haha.. kesian org yg percaya bulat2 kata2 busuk yg diucapkan oleh saluran2 televisyen mahupun didada2 akhbar yg korup!


tetapi, malangnya.. saya tidak dapat turut serta kerana menghadiri majlis kenaikan pangkat.. :(
malang ke??
wallahua'lam..
sbb, lepas je balik dari majlis tersebut, sy trus search #HKR dan #KL112.. subhanallah..
banyak sgt gmbr2 mahupun video serta kata2 semangat yang mampu mengalirkan air mata ini.. T^T
kalau boleh, nak sangat turut serta dalam himpunan tersebut..


sy rasa bersalah kerana tidak turut sama..
mereka semangat memperjuangkan hak kita semua, tetapi, kenapa ade yg membantah??
ade yg mencaci.. tidak kurang mempersoalkan mahasiswa/i yang turut serta dalam himpunan tersebut..
kenapa mereka dipersalahkan??
salahkah mereka??
salahkah memperjuangkan hak yg sepatutnya kita semua terima lama dahulu??

tidak dapat dinafikan ada yang marah kerana mereka mengatakan himpunan ini HARAM!
MENGKUCAR-KACIRKAN Malaysia yang aman..
MENYUSAHKAN ramai pihak..
sy tetap kesiankan mereka kerana otak2 orang seperti ini telah dicuci habis-habisan oleh mereka yang ingin meNIPU RAKYAT!

tolongla paham apa yang kami semua mahu bawa..
apa yang kami semua mahu korang semua tahu..
kerana kadang2 fakta yang kami berikan mungkin menyakitkan, tetapi KEBENARAN itu tidak dapat disangkal lagi..

#HKR masih dalam ingatan.. semoga Rakyat semua faham baik2 tentang isu ini.. kita sama2 berubah! Berubah ke arah yang lebih BAIK! Tolak Bien, Tolak Umnos!

[I will destroy you bien and umnos!!]

*wallahua'lam. :D

28.2.12

kenapa??



AKU mendapat berita, malam semalam (26 hb Feb 2012) program ceramah yang dihadiri oleh YB Nurul Izzah di Felda Lepar Hilir telah diganggu secara samseng oleh puak-puak tidak bertamadun.  Program ceramah tersebut adalah di antara beberapa siri program serentak gempur Pahang oleh KEADILAN Pahang sejurus Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan baru-baru ini.
Ketika kejadian, aku berada di program ceramah bertempat di Kg Kempadang yang dihadiri oleh YB Saifuddin Nasution.  Pada masa yang sama YB Nurul Izzah dan YB Nik Nazmi berada di Lepar Hilir iaitu satu kawasan felda yang berada di kawasan Parlimen Paya Besar.  Di situ sememangnya ramai penyokong Umno totok yang sekian lama telah diperbodohkan, namun sejak kebelakangan ini sambutan ke atas Pakatan Rakyat semakin meningkat.  Ini yang amat menggerunkan beberapa pemimpin Umno dan YB di situ kerana mereka khuatir sekiranya dibiarkan aktiviti atau program PR terus diadakan di situ, para Peneroka Felda akan menjadi cerdik dan mereka yang cerdik sudah tentu tidak akan menyokong Umno lagi.
Diberitakan malam semalam, program awalnya berjalan baik termasuk ucapan oleh YB Nik Nazmi yang tidak pun diganggu.  Namun, apabila YB Nurul Izzah tampil ke pentas untuk berucap, tidak sampai lima minit puak-puak balaci upahan ini menyerbu dan terus merosakkan peralatan PA Sistem.  Berlaku kekecohan dan dikatakan seorang tua mengalami kecederaan serius di bahu.  Laporan Polis dikatakan telah dibuat pagi semalam oleh pihak Penganjur.  Persoalannya, mengapa boleh berlaku sedemikian dan mengapa pihak polis tidak bertindak lebih awal untuk mencegahnya?  Malas aku menjawab soalan ini kerana bukan sekali dua pihak Polis gagal bertindak cekap.
Program terpaksa dihentikan dan hajat mereka untuk menggagalkan ucapan YB Nurul Izzah berjaya.  Mengapa takut sangat kepada seorang wanita muda ini?  Jika pemimpin  mereka memang penakut dan bacul untuk berdepan dengan ayah YB Nurul Izzah iaitu DS Anwar, itu kita faham kerana kehebatan Ketua Pembangkang ini.  Sehingga kini tidak ada seekor pun pemimpin  Umno yang mempunyai kejantanan untuk berdepan secara terbuka dengan DS Anwar.  Berbuih mulut Ketua Pembangkang ini mencabar Najib untuk berdebat samada di dalam isu ekonomi, hala tuju negara, isu Israel bahkan DS Anwar bersedia juga untuk berdebat di dalam isu moral.  Malangnya, budaya takut dan menakutkan orang lain memang budaya puak yang berotak lembu kondo ini.
Bayangkan, sekiranya dengan anak perempuan DS Anwar bernama Nurul Izzah pun puak ini amat takut sehingga terpaksa `melembukan' beberapa Melayu yang bengap untuk menghalang ceramah beliau, di mana letaknya moral puak-puak ini?  Keganasan yang mereka lakukan malam semalam akan dikenang oleh para Peneroka tempatan di Lepar Hilir bagi mereka menilai kembali sokongan mereka terhadap parti yang mereka sanjung selama ini.
Adakah kita gentar dengan ancaman seperti itu dan akhirnya kita akan berhenti dari memberi kesedaran kepada Peneroka Felda di Lepar Hilir?  Jawapannya tidak.  KEADILAN Pahang kini sedang mengatur program yang sama dengan penceramah yang sama di lokasi yang sama.  Apakah yang akan berlaku pula selepas ini?  Biarlah masa dan keadaan yang menentukan kerana prinsip kita di dalam KEADILAN, kita tidak akan pernah merasa takut atau serik dengan `lembu-lembu dicucuk hidung' ini.
Buat Penganjur, belajarlah dari kejadian ini agar kita mesti sentiasa berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi apabila kita menganjurkan sesuatu program.  Kita harus faham, demokrasi di negara ini terlalu jijik kerana negara ini dipimpin oleh pemimpin yang penakut.

taken from: http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/02/politik-mafia-mereka-bukan-sahaja-takut.html

RAKYAT MARHAEN: Kalau benar selamat, kenapa Lynas bina kilang di P...


RAKYAT MARHAEN: Kalau benar selamat, kenapa Lynas bina kilang di P...: Oleh Aspan Alias Kerajaan patut membatalkan niat untuk meneruskan pembangunan pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Adv ance Material Plant (...

4.2.12

RAKYAT MARHAEN: AirAsia dan Tony Fernandes: Dari wira menjadi ahli...


RAKYAT MARHAEN: AirAsia dan Tony Fernandes: Dari wira menjadi ahli...: Air Asia adalah antara kisah kejayaan Malaysia. Bermula kecil-kecilan ...

komen pengguna lain?? http://harismibrahim.wordpress.com/2011/11/10/the-worlds-best-low-cost-carrier-air-asia-nah/

Sama2 boikot AirAsia!! XD

RAKYAT MARHAEN: Perarakan anti-Lynas dari KLCC ke Bukit Bintang


RAKYAT MARHAEN: Perarakan anti-Lynas dari KLCC ke Bukit Bintang: Polis memantau 70 peserta protes yang berpakaian kuning hari ini, tetapi tidak mengganggu perarakan mereka dari Pusat Konvensyen Kuala...

pssttt.. korang tau tak Lynas tu ape??
cer try google.. Insya-Allah korang akan tau.. :D

saya tau korang 'tak rajin' menaip di uncle google kan??
hehe.. so, saya dah sediakan link2 yg berkaitan.. :D enjoy!

lynas ori web?? http://www.lynascorp.com/category.asp?category_id=2
pandangan blogger lain?? http://ariffshah.com/malaysia-kilang-lynas-najib-razak/
lynas wiki?? http://en.wikipedia.org/wiki/Lynas
maklumat lanjut? http://www.savemalaysia-stoplynas.blogspot.com/
follow Anti Lynas?? https://twitter.com/#!/RT_Stop_Lynas

Malaysia Iktiraf Freemason??

Assalamualaikum w.b.t. semua.. :D




Islam dan Freemason
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.

Lebih maklumat? baca http://ms.wikipedia.org/wiki/Freemason / http://en.wikipedia.org/wiki/Freemasonry

gambar logo freemason..


Bangunan menyerupai lambang Freemason? baca http://www.ohtidak.com/oh-senibina-freemason-di-malaysia/

hurm.. apa pendapat anda semua??
tahukah anda?? sudah tahu?? tidak percaya??
Bersama banteras freemason!!
jatuhkan mereka yang menyokong freemason!!
Allahuakbar!! :D

RAKYAT MARHAEN: PAS tidak pernah iktiraf negara Israel


RAKYAT MARHAEN: PAS tidak pernah iktiraf negara Israel: Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB PAS bertegas menolak kewujudan negara Israel, sebaliknya akan terus memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk s...

Fakta- Hubungan Dagang Malaysia Israel


4.10.09

Merokok??


Sedih melihat iklan ini.. saya sangat berharap agar sesiapa yang pernah merokok sebelum ini berhentilah.. sebelum nasi menjadi bubur..