Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

27.2.25

Kebaikan Berpuasa di bulan Ramadhan (Kunci ar-Rayyan)

    ﷽

    Puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Sebagai seorang umat Islam, berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ke-empat yang wajib kita laksanakan. Antara rukun Islam yang lain adalah mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat fardhu lima kali sehari, menunaikan zakat dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan. Walaupun kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan, Allah memudahkan bagi mereka yang tidak mampu berpuasa atas sebab tertentu dengan menggantikannya di bulan-bulan yang lain dalam tempoh setahun sebelum kembalinya Ramadan yang baru. Sesungguhnya Allah Maha mengasihani dan Maha Penyayang. Kita digalakkan untuk melakukan persiapan sebelum berpuasa di bulan Ramadhan supaya kita mendapat barakah dan kebaikan yang ada didalamnya serta mengelakkan diri dari mendapat kerugian dan azab Allah. Oleh itu, marilah kita mengetahui kebaikan berpuasa sebulan di bulan Ramadhan untuk persiapkan diri kita dalam melayari bulan penuh keberkatan ini.

    Di Malaysia, yang kaya dengan pelbagai kaum, agama dan bangsa, bukan sahaja umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan, yang bukan Islam juga turut bersama-sama berpuasa kerana kebaikannya serta bagi menghormati umat Islam di sepanjang bulan Ramadhan. Sebagai contoh, Dr Soo Wincci, seorang pensyarah dan artis, telah mula berpuasa pada tahun 2011 dan terus melakukannya saban tahun. Rakaman videonya yang viral berkenaan kurma 'power ball' bersama @ceddyornot turut menjadi buah mulut bagi rakyat Malaysia yang mahu memulakan berpuasa dengan menu sahur yang sihat dan memberi tenaga sepanjang hari. @ceddyornot atau Ceddy Ang, seorang hos televisi, juga telah mula berjinak berpuasa sejak tahun 2023. Yang bukan Islam juga tahu bahawa banyak kebaikan berpuasa sebulan untuk menyucikan badan kita yang kerap makan pada setiap masa apatah lagi kita sebagai seorang umat Islam yang lebih berlipat kali ganda kebaikannya kerana kita melakukan ibadah hanya kerana Allah.

    Antara kebaikan berpuasa adalah dapat menangani masalah kesihatan dengan merehatkan sistem penghadaman dalam badan kita. Dengan kayanya sumber makanan dan kepelbagaian makanan yang sedap dan menarik di Malaysia, sukar untuk kita menolak makanan tempatan yang tersedia. Dengan suruhan Allah yang mewajibkan umat Islam berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, dapatlah kita membantu diri kita dengan merehatkan sistem penghadaman badan kita selama sebulan yang telah bekerja sepanjang tahun dimana dapat menangani masalah kesihatan. Berpuasa juga dapat menurunkan berat badan, menurunkan paras kolesterol darah, merendahkan tekanan darah, dan merendahkan kandungan gula dan trigliserida dalam darah. Nabi Muhammad SAW juga menegaskan bahawa 'perut adalah tempat bermulanya pelbagai jenis penyakit dan amalan pemakanan yang betul dapat menjadi ubat'. Benarlah berpuasa dapat membantu membaik pulih kesihatan badan kita kerana ramai pakar perubatan telah melakukan pelbagai ujian klinikal dan terbukti benar kata-kata Rasul kita dan Al-Quran. 

    Selain kebaikan kesihatan terhadap tubuh badan, berpuasa juga dapat menerapkan nilai murni yang tinggi dengan memahami kesukaran kehidupan seseorang yang miskin tanpa makanan dan minuman. Seperti yang kita ketahui, lebih 6% isi rumah di Malaysia adalah dalam kategori miskin tegar dimana mereka merujuk kepada golongan yang berpendapatan bulanan isi rumah yang kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) . Mereka juga terdiri daripada golongan rentan yang terdiri daripada wanita, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), orang miskin dan belia. Rata-rata rakyat Malaysia hidup sederhana dan cukup dengan pelbagai kemudahan makanan, minuman serta tempat tinggal dan sering kali lupa akan mereka yang hidup susah. Dengan berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, kita dapat merasakan susahnya kelaparan yang dirasai setiap hari oleh orang miskin. Semoga dengan ingatan ini, kita dapat sama-sama membantu mereka yang memerlukan kerana, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

     Selain itu, banyak kelebihan berpuasa dari segi spiritual iaitu antara hamba dan pencipta. Di dalam Al-Quran, Allah telah berfirman:  

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ١٨٣

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Ini menunjukkan bahawa Allah telah mensyariatkan supaya hamba-hambaNya berpuasa sebagaimana orang-orang terdahulu supaya kita tergolong dalam golongan orang bertaqwa. Tanpa mengikuti ajaran Allah dan RasulNya, keislaman seseorang boleh musnah kerana islam mengandungi 5 rukun yang perlu kita tegakkan, jika salah satu tidak ditegakkan, maka robohla tiang yang membina keislaman kita. Pelaksanaan ibadah fardhu (berpuasa sebulan di bulan Ramadhan) dengan sempurna akan mendapat ganjaran syurga dan diikuti amalan sunat akan menambahkan lagi pahala serta nilai sesuatu amalan. Allah SWT juga telah menjanjikan bahawa pintu-pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya, syaitan dan iblis akan dirantai serta dibelenggu, pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya bagi menyambut orang yang berpuasa dengan bersungguh-sungguh, ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, dihapuskan dosa-dosa kecilnya yang terdahulu, amalam-amalan kebaikan yang menjadi syafaat di akhirat kelak selain syafaat dari Nabi Muhammad SAW, dimasukkan ke dalam syurga Allah antaranya pintu ar-Rayyan, doa-doa dimakbulkan Allah, Allah membebaskan hamba-hambaNya daripada api neraka dan dikurniakan dua (2) kegembiraan iaitu ketika berbuka puasa serta ketika bertemu dengan Allah di akhirat nanti.

    Sesungguhnya banyak dugaan ketika kita melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Seperti umat-umat islam terdahulu, berlakunya peperangan di bulan Ramadhan. Antaranya, Perang Badar iaitu peperangan pertama umat islam dibawah pimpinan Nabi Muhammad SAW pada 17 Ramadhan tahun 624M. Kesukaran yang kita alami hari ini adalah jauh lebih daik dari sebelum ini kerana nikmatnya islam yang dibawa oleh Rasul Allah yang kita sayangi. Benar, masih banyak cabaran dan dugaan ketika ini, tetapi ingatlah janji dan kenikmatan yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya yang sabar dalam beribadah kepadaNya. Kesimpulannya, banyak kebaikan berpuasa untuk sesiapa yang mengerjakannya tidak kira agama dan bangsa malahan berlipat kali ganda kebaikannya buat semua umat Islam kerana bulan yang penuh rahmat dan kasih sayang Allah buat hamba-hambaNya yang beriman. Semoga Allah menerima puasa kita semua dan kita sama-sama bertemu di syurga Allah ar-Rayyan kelak. Insya-Allah dengan izin Allah.


 

25.11.14

Apa nak jawab dengan Allah?

punya tanggungjawab. tapi tak buat kerja.
punya harta. tapi tak pernah nak sedekah.
punya ilmu. tapi tak pernah nak beramal dan mengajar.
punya bakat. tapi tak pernah nak berjuang di jalan Allah dgn bakat yg ada.
punya akhlak. tapi tak pernah menyebarkan kebaikan.
punya fizikal yang cukup. tapi kaki tak pernah nak ke majlis ilmu apatah lagi berjemaah di surau atau masjid.
punya baju. tapi tak pernah serba lengkap menutup aurat.
punya akal. tapi tak pernah nak berfikir.
punya makanan dan minuman. tapi membazir, membuang sisa yang tidak habis.
punya masa. tapi masih merasa tidak cukup dan buat perkara sia2.
punya kepercayaan. tapi mematahkannya.
punya kuasa. tapi salah guna kuasa.

mampu tak nak jawab:
"aku nak jawab apa dengan Allah nanti?"

apa mampu Zakat Malaysia nak jawab nanti kenapa masih ramai yang layak tak dapat bantuan?
apa mampu sang penguasa nak jawab nanti kenapa mengkayakan yang kaya dan memiskinkan yang miskin?
apa mampu pekerja nak jawab nanti bilamana curi tulang melayari youtube, fb dll ketika bekerja?
apa mampu pengurusan nak jawab nanti bila songlap duit yang bukan hak mereka?
apa mampu macai nak jawab nanti bila menyebarkan berita palsu, sebar fitnah, sedap makan daging manusia?
bila mampus kau nak jawab apa dengan Allah nanti?

kenapa kau tak buat apa2 untuk pertahankan hudud?
kenapa kau tak bangkit melawan penindas?
kenapa kau tak buat apa2 maknyah menang kes mahkamah?
kenapa kau tak buat apa2 memenangkan islam?
"aku nak jawab apa dengan Allah nanti?"

Masih ingat cerita burung kecil yang membantu nabi ibrahim yang dibakar?
apa yang burung kecil itu jawab pada burung2 yang lebih besar darinya?
“Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”
verily, surely in every small deeds Allah will repay.
ingatlah, apa sekali yang anda nak buat, tanya soalan tu pada diri anda dulu. mampu?

aku? mana nak mampu nak JAWAB dengan Allah. T^T astaghfirullah. #takut #moodswing

1.8.14

Free Palestine


Assalamualaikum. Such a long time i didn't update my blog. pardon me. :(

Palestine. Its trending now because of what had happened to them even 50 years back. but, we still have to fight for it because some inhuman people cant really use their brain to differentiate between freedom and war.
such a genocide!
Israel is the real terrorist!
No such country named Israel!
I would not approve even once!
How can they took someone land, murder innocent people like crazy?
Its massacre!

Children, woman, old people such innocent people die and been killed by those so called 'protector' of their country.
Such a heart breaker.. to see all this suffering in the net. across every country..
Malaysia, London, Egypt, Britain, and many more country had done what it takes to save those innocent people. By supporting the medical aids, food, drinks, money and else.
But, those 'high' level ruler.
They are really the worse.
Even the suffering we all feel, u just say 'Israel have the right to defend itself'
Such a fool ruler..
Palestinians doesn't have anything, none. it is unfair to those who are innocent.

Israel! you just take the right of Palestinians to live in their own country.
There is no human can have the 'inhuman' tittle than you are.
Israel the inhuman people ever lived in Earth.

La Tahzan Palestinians. Allah will help you. Insya-Allah. :)



12.6.13

Cukuplah Allah buatku


tiba2 disuruh membaca buku motivasi, dan terselitlah cerita tentang semut dan Nabi Sulaiman a.s.

*Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup setahun. semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebiji gandum.
Lalu nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut ke dalam satu botol dan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. botol itu kemudiannya ditutup.
cukup tempoh setahun, botol itu dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula itu yang habis dimakan oleh si semut.
Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh sahaja sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum utk tempoh setahun?
si semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.
tetapi, apabila dikurung oleh manusia(Nabi Sulaiman a.s.) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. manala tau, kalau2 manusia itu terlupa lalu dibiarkan terkurung si semut lebih dari tempoh setahun. apa akan terjadi kepadanya?*

benarlah bahawa cerita ini dapat dikaitkan dengan mana2 sahaja peristiwa yang telah kita hadapi, yang sedang kita hadapi serta yang akan kita hadapi.. sebagai cth, ketika minggu peperiksaan, kita sebagai seorang pelajar amat memerlukan tips2 yang diberikan oleh pensyarah sehinggakan kita dididik utk sentiasa meminta kpd pensyarah. tetapi, ingatlah bahawa jaminan Allah itu seribu kali lebih baik dari jaminan manusia. bukan saya ingin menegaskan disini bahawa kita tidak perlu meminta tips2 berkenaan, tetapi, janganlah terlalu mendidik diri bahawa apa yang diberikan itu menjamin kejayaan kita. cukuplah sekadar ambil untuk dijadikan sebagai panduan. kerana kita khuatir diri kita terlalu 'mengharap' pada selain Allah.  "cukuplah Allah buat diriku"

sebagai cth yg lain, PRU yg lepas. kita semua bersatu-padu untuk menjatuhkan parti yang tidak memperjuangkan Islam dan rakyat. banyak sangat kita berkorban dari flashmob, ceramah sehinggalah mengajak mereka2 membanteras ketidak adilan. sehinggakan perjuangan parti yang memperjuangkan hak rakyat dan Islam yang kita nampak melalui mata kasar kita terlalu ramai pengikutnya dan dari situlah kita 'menganggarkan' bahawa 'kita' akan menang besar. tidak! dari sini kita sudah nampak bahawa kita 'mengharapkan' jumlah sokongan padu yang 'terlalu' besar dapat mengalahkan mereka yang zalim sehinggakan kita LUPA pada kuasa Allah yang jauh lebih hebat dari kuasa 'majoriti' ini. bukankah begitu? 

nak cth lain? terlampau banyak.. kalian sendiri pula yang patut fikirkan.. telah diberikan akal untuk berfikir bukan? ingatlah setiap apa yang kita lakukan, demi Allah. Dialah sebaik-baik penolong. insya-Allah.

#jgn ingat bila kita dah habis study kita dapat menjawab dengan baik, kerana jaminan Allah itu lebih hebat. 
jom study sambil mengharapkan jaminan dari Allah bahawa dengan cemerlangnya pencapaian kita, kita akan membantu menegakkan Islam..

4.5.13

Gunakan peluang!

Assalamualaikum semua. :D
semoga semua sihat2 belaka. insya-Allah..
bahang PRU13 semakin terasa..
media2 arus perdana, kaca televisyen, di dada akhbar, mahupun di alam maya..
semuanya menyampaikan maklumat2 untuk memilih parti2 yang mereka perjuangkan..
tidak kiralah, barisan nasional, PAS, parti keadilan rakyat ataupun parti2 sendiri.
ingatlah bahawa apa yang kita pilih ini menentukan masa hadapan Malaysia!
Saya menyeru kepada semua pengundi2 di Malaysia untuk turun mengundi memilih Parti yang memperjuangkan agama Islam serta hak2 rakyat yang sejak lama kita patot dapat.
Ingatlah! memperjuangkan agama Allah itu yang wajib dan penting!
kerana dengan kuasa, kita mampu melahirkan negara Islam yang berkebajikan seperti zaman Khalifah2 terdahulu!
tidak mahukah kita melihat terlahirnya kerajaan Islam di bumi Malaysia ini??
hati ini meronta-ronta ingin melihat sinar Islam kembali menyinar dan terus bersinar di Malaysia..
mudah-mudahan dengan tertegaknya Kerajaan Islam di Malaysia ini,
bumi Malaysia serta rakyat hidup dengan lbih aman dan damai..
aman dibawah naungan Tuhan yang satu, ALLAH!
bukan aman dibawah naungan manusia!
kerana kasih sayang Allah yang kita perlukan!

Fikir dengan matang! mana parti yang mampu memberikan yang terbaik buat kita semua..
masih ada masa sebelum hari esok!
janganla percaya kepada satu2 media sahaja...
jadilah orang yang bijak! jangan mudah diperbodohkan oleh mereka2 yang inginkan kuasa menjatuhkan hak rakyat!
kali ini lah kita turun ramai2!

#INIKALILAH #LAINKALILAH #AKANKALILAH



#vote4PR :D

14.1.13

couple? fikir semula!


#semoga bermanfaat buat kita semua.. :D

19.8.12

amalan-amalan sunnah pada 1 Syawal

(oh Allah, make me die while You are pleased with me)

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari raya Aidilfitri. Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatta'.

Bahawasanya Abdullah bin Umar seringkali akan mandi pada Hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Memakai bau-bauan yang wangi

Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki. 

3. Memakai pakaian yang paling baik

Pakaian tidak semestinya baru tetapi pakaian yang indah dan rapi sudah mencukupi.
Daripada Jabir r.a. katanya : Bagi Nabi SAW ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat. (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)

Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.

4. Makan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat hari raya Aid al-Fitri.
Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah cukup memakan apa-apa juadah sekali pun.
Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :
Adalah Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil. (al-Bukhari : 953)
Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengkomentar hadith ini dengan berkata : Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut). (Fath al-Bari : 2/446)

5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang datang haid, diasing perempuan yang datang haid daripada perempuan yang boleh solat.
Bagi perempuan yang dating haid sunnah mereka turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri.
Ummu Athiyah radhiallahuanha telah berkata:

Kami telah diperintahkan (oleh Nabi SAW) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita- wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu Aun berkata: atau wanita-wanita pingitan,dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi SAW) agar menyaksikan jemaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Iedaini, no: 981.

6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain. Daripada Jabir bin Abdillah r.anhuma katanya :

Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).(al-Bukhari : 986)

Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya :

Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.(al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah)

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.

7. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT :

Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)

Sahih juga daripada Abdul Rahman al-Salamiy katanya : 

Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki berkata : Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir. (Lihat Irwa al-Ghalil : 3/122)

Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

8. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan : Taqabbalallahu minna wa minkum. Kullu 'am wa antum bikhair.

1. Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua) (Selamat) hari raya yang diberkati.
Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata : Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkannya. Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)

9. Solat Hari Raya

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz menyebut : Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.

- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah
Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn Abbas r.a. :

Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.

1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya
Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi SAW. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi SAW.

Hadith tersebut ialah :

Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya)
Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani : 520-521)
Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.

2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya

Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.
Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi SAW dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bidauha oleh al-Albani. m.s. 219 & 258)

28.2.12

RAKYAT MARHAEN: Pemimpin ingkar perintah Allah perlu ditukar


RAKYAT MARHAEN: Pemimpin ingkar perintah Allah perlu ditukar: AMPANG, 27 Feb: Pemimpin yang ingkar kepada Allah dengan tidak melaksanakan perintah Allah ke atasnya dan terhadap sistem pem...

5.2.12

RAKYAT MARHAEN: Saat Nabi Hampir Wafat



RAKYAT MARHAEN: Saat Nabi Hampir Wafat: Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya....

sedikit usrah:

suatu hari..nabi bertanya:"siapakh hamba Allah yg mulia?"
sahabat mnjwb: "para malaikat ya Rasulullah"
... ... ...
sahabat: "tentulah para nabi, merekalah yg mulia"
nabi tsenyum lalu bkata:"ya, mereka mulia tp ad yg lbih mulia"
para sahabat tdiam lalu bkata:"adkh kami yg mulia i2 ya Rasulullah?"
nabi bkata;" tentulah kalian mulia, kalian dekat dgnku, kalian mmbantu perjuanganku, ttp bkn kalian yg ak maksudkn..
nabi mnundukkn wjhnya, baginda menitiskn air mata sehingga mmbasahi pipi n janggutnya lalu bkata...
"wahai shbtku, mereka adlh manusia2 yg lahir jauh stlh wafatnya aku, mereka tlalu mncintai Allah & tahukh kalian..mereka x pnh melihtku, mereka hidup tdk dekat dgnku spt kalian ttp mereka sgt rindu kpdku & saksiknlah wahai sahabatku bhw AKU SGT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU! "
ya Allah....(T^T)


Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Qur'an




Jika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV "Discovery" pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.
Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

» KETERANGAN

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut:

سَنُرِيهِمْ آَيَاتِنَا فِي الْآَفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى

 كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ (53

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu” (QS Fushshilat 53).

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا

 مَحْجُورًا (53

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi” (Q.S Al Furqan 53).

Pada suatu hari Mr.Jacques Yves Costeau ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.


Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ (19) بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ (20

 Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” 

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.


Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.


Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

copied from: http://www.tayibah.com/eIslam/sungai_di_dalam_laut.htm
:D

11.12.11

aurat


comelkan kalau begini??
Allah sayang, Rasul sayang, family sayang, semua sayang..
(^^)//~~

29.8.11

Sayounara Ramadhan



さようなら (Sayōnara)

Ya Allah, sesungguhnya hanya kepada Engkaulah kami kembali.
Maafkanlah dosa-dosa yang telah kami lakukan.. Amin ya Rabbal Alamin.. T^T

17.12.09

AKU TINGGALKAN CINTA KERANA ALLAH

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka sbb bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan..

Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita.
Macam itulah yang saya rasa..

Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai RM10 satu malam..
Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"

Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..
nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat Apa orang kata..
'ALL OUT'lah.. haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..
kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah.. Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau Sikit-sikit gelak-gelak kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah.. Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..
menginginkan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..

Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak.. Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..

Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredhai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya, Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.

sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati,
oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan.. huhu~~
Lepas tu, satu masa.. saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..huhu~~
tapi biasala.. kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan tak pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar.. Borak-borak.. Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah.. Masa terus berlalu...
Masa ni dah nak dekat SPM.. lagi dua bulan sebelum SPM..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan.. buat study group.
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahu.
Kadang-kadang bila tegur.. saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~
Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir.."Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan.. Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.."
Berfikir sejenak.. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan kengkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ.. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,
"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?"
Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita.
Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner.
Tiba-tiba saya terfikir..
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?" Saya cakap..
"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akhi, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."
Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup." "Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin.. [SENDING..] [MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..

Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..

Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216.. Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil..
Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..
tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak.. awak bagi gambar bunga..
bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir..
"Kena tegaskan rasanya".
Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..Assalamualaikum..

saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu.
Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..

Lagi satu, Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..-Yang Terakhir- "

[SEND][SENDING..][MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..Takkan..buat selama-lamanya. .