22.8.12

Ibadah Puasa Bukan Syampu Rambut 2 Dalam 1


Terdapat pandangan yang amat masyhur di Malaysia yang membolehkan puasa dua dalam satu, iaitu puasa qadha Ramadhan dan puasa sunat Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Ramai agamawan yang menyampaikan petua ini tanpa mengemukakan apa-apa dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Tidak kurang pula, ramai orang bukan agama yang menerima petua ini tanpa bertanya apakah dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih yang membolehkannya. Mereka menjadikan persoalan ini semudah syampu rambut 2 dalam 1.

Padahal ia adalah satu persoalan yang amat berat. Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah (1394H) menjelaskan:

 Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Dalilnya ialah firman Allah: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. [al-Baiyinah 98:05].

Ikhlas yang dimaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dengan cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi‘e dan Abu Sulaiman. Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim daripada A'isyah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amal yang tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak.

Maka sesiapa mencampur adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan tiada dibenarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.

wallahua'lam.. mungkin ade diantara kita yg tidak tau dan telah melakukan puasa 2in1.. semoga menjadi pengajaran.. :D

19.8.12

amalan-amalan sunnah pada 1 Syawal

(oh Allah, make me die while You are pleased with me)

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari raya Aidilfitri. Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatta'.

Bahawasanya Abdullah bin Umar seringkali akan mandi pada Hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Memakai bau-bauan yang wangi

Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki. 

3. Memakai pakaian yang paling baik

Pakaian tidak semestinya baru tetapi pakaian yang indah dan rapi sudah mencukupi.
Daripada Jabir r.a. katanya : Bagi Nabi SAW ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat. (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)

Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.

4. Makan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat hari raya Aid al-Fitri.
Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah cukup memakan apa-apa juadah sekali pun.
Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :
Adalah Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil. (al-Bukhari : 953)
Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengkomentar hadith ini dengan berkata : Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut). (Fath al-Bari : 2/446)

5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang datang haid, diasing perempuan yang datang haid daripada perempuan yang boleh solat.
Bagi perempuan yang dating haid sunnah mereka turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri.
Ummu Athiyah radhiallahuanha telah berkata:

Kami telah diperintahkan (oleh Nabi SAW) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita- wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu Aun berkata: atau wanita-wanita pingitan,dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi SAW) agar menyaksikan jemaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Iedaini, no: 981.

6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain. Daripada Jabir bin Abdillah r.anhuma katanya :

Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).(al-Bukhari : 986)

Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya :

Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.(al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah)

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.

7. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT :

Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)

Sahih juga daripada Abdul Rahman al-Salamiy katanya : 

Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki berkata : Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir. (Lihat Irwa al-Ghalil : 3/122)

Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

8. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan : Taqabbalallahu minna wa minkum. Kullu 'am wa antum bikhair.

1. Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua) (Selamat) hari raya yang diberkati.
Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata : Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkannya. Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)

9. Solat Hari Raya

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz menyebut : Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.

- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah
Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn Abbas r.a. :

Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.

1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya
Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi SAW. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi SAW.

Hadith tersebut ialah :

Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya)
Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani : 520-521)
Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.

2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya

Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.
Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi SAW dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bidauha oleh al-Albani. m.s. 219 & 258)

18.8.12

#BorakBorak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. :D
Sebelum #BorakAnwar jadi lebih femes, meh saya yg femeskan dia dulu..
Sila ke link http://youtu.be/StylT-qn4O8 untuk dengar borak anwar terlebih dahulu..

bagi pendapat saya, borak ini adalah satu medan baru dalam memperkenalkan ahli2 politik ataupun memperkenalkan sesuatu..
perkara ini tidak lain dapat meningkat kredibiliti seseorang tersebut kerana borak ini adalah secara on9 ataupun secara 'on the spot'
memang tidak dinafikan bahawa zaman IT telah berkembang dengan pesat.
sejajar dengan itu, ahli2 politik perlulah mengikut arus IT yang pesat berkembang supaya dapat menepati hak  rakyat semasa.

Tapi, DSAI, mungkin #BorakAnwar itu perlukan sedikit peningkatan.
mungkin perlu letak sub bahasa Malaysia supaya masyarakat2 yg tidak mahir berbahasa inggeris juga dapat turut memahami isi2 yang DS cuba sampaikan. :)

Harap medan baru ini dapat dikembangkan dgn keahlian daripada ahli2 politik baru atau lama, supaya mengadakan #Borak seperti ini.
dengan ini, kami semua rakyat Malaysia dapat memahami isu2 berkaitan negara dan juga diluar negara serta dapat mengeratkan sillaturrahim antara sesama kita. Insya-Allah.. :D

Akhir kata, selamat menonton dan wassalamualaikum..
Taqabbalullahuminkum..
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.. :3

(sesiapa cintakan Allah, cintakan juga (laksanakan) syariat(undang2) yang diturunkan oleh Allah)

17.8.12

terakhir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Insya-Allah, mlm ini adalah Terawikh terakhir bg Ramadhan kali ini..
semoga amalan kita selama sebulan berpuasa diterima oleh Allah..
walaupun byk masalah terjadi..
huhuhu.. mmg tak dpt dinafikan yg sepnjg bulan puasa ni byk sgt kesukaran..
sakitla, itula, inila.. hurm..
kadang2, dlm hati tu rasa, ramadhan kali ni mcm tak byk buat amalan.. huhu..
pastu, raya pun mestila tak bersemangat..
yela, amalan ketika berpuasa pun mcm haram je.. hurm..
ape nak jadi ni.. T^T
takpela.. apa yg berlalu biarkn berlalu..
insya-Allah, semoga sy dpt bersua dgn ramadhan yg akn dtg.. aamiin..

apa2pun 'taqabbalullahuminkum'
pengakhiran ramadhan pd kali ni..
dan selamat hari raya..
maaf zahir dan batin..
(scan at your own risk k.. xD )


13.8.12

amik MC sehari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. :D
mengikut kepada tajuk diatas, saya dengan ini mengambil MC selama sehari dari berinternet kerana menentang Seksyen Korup 114A!!
Sekian itu je.. hahah.. xD


4.8.12

Confidential

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. :D
Sebenarnya dah seminggu saya bekerja..
Banyak benda yg sy pelajari..
Keje apa??
owh.. keje pejabat je.. kelayakan saya blum lg pada mana2 bahagian.. xD
Tgk gambar bwh ni,

Nila pejabat saya.. haha. sebenarnya ni bilik mesyuarat..
disebbkn kami ni cuma part timer je, so, takde tempat..
kenela buat cara menumpg je.. xD
apapun, tetap bersyukur..
syarikat ni melayu yg punya..
mmgla sy suka, sbb tiap2 pg akan ada bacaan doa dan briefing.. :D
Alhamdulillah.. salah satu kebaikan bekerja dgn orang Islam..
tetiba belek2 buku, teringat biodata budak kecik ni.. :D
rindukan dia!! :3 ecece... haha..