Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

16.2.25

Posting selepas 10 tahun

 ﷽

Assalamualaikum semua. Selepas 10 tahun baru ada peluang untuk menulis semula. Kali ini nak persoalkan adakah blogging masih diterima pada masa kini? Sukar dinafikan bahawa kebanyakkan blog-blog yang pernah saya terjah "blog hopping" serta ikuti sebagai "followers" sudah mati. Lebih kurang 97% blog sudah mati - tiada update, jadi advertisement blog, hilang, tidak dapat dikesan termasuklah blog-blog yang pernah saya tulis sebelum ini iaitu berkaitan konsumer dan islam. Saya lebih selesa untuk sesuatu blog itu mempunyai ciri-ciri unik tersendiri dan fokus ke arah satu matlamat. Jadi saya telah menulis banyak blog untuk mencapai matlamat saya tetapi sayangnya blog-blog tersebut hilang. Maksudnya apabila saya ketik laman sesawang tersebut, semua postingan serta maklumat telah hilang tanpa jejak. Mungkin akibat lama tidak login dan ditinggalkan.

Jadi, adakah blogging masih diterima pada masa kini? Kebanyakkan pengguna lebih kearah postingan video dari penulisan lebih-lebih lagi dengan adanya facebook, instagram, tiktok, youtube. Kalau ade postingan pun, penulisan di media sosial seperti facebook lebih digunakan berbanding blogging. Salah satu sebab adalah kerana postingan di facebook lebih mudah dibuat melalui telefon pintar berbanding blog yang leih mudah menggunakan komputer peribadi. Telefon pintar lebih mudah berbanding komputer peribadi kerana saiznya yang lebih kecil, boleh dibawa kemana-mana dan semestinya murah. Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan lebih 99% rakyat Malaysia kini miliki akses telefon mudah alih dan telefon pintar manakala hanya 80% penggunaan komputer di kawasan bandar direkodkan. Jadi kita boleh lihat perbezaan antara penggunaan telefon pintar berbanding komputer memainkan peranan penting untuk sesuatu perkara.

Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) oleh Pihak kerajaan pada tahun 2007 juga telah meningkatkan pencapaian jalur lebar (wifi access) yang juga memainkan peranan penting dalam penerimaan blogging. Pada tahun 2010, hanya 33% kadar langganan jalur lebar isi rumah. Bermaksud, kebanyakkan rakyat malaysia memilih untuk melayari internet di tempat kerja, sekolah, kolej atau di kafe siber. Kini kadar langganan jalur lebar isi rumah meningkat sehingga 98% di kawasan bandar dan 89% di kawasan luar bandar. Akibat dari melonjaknya penggunaan jalur lebar, lebih banyak aplikasi yang telah dibangunkan yang lebih mudah untuk diakses dan digunakan oleh pengguna. Jadi, kadar blogging yang terdahulu merosot akibat kebanyakkan orang lebih selesa untuk beralih ke aplikasi yang lebih mudah dan lebih pelbagai. 

Jadi, persoalannya adakah blogging masih diterima pada masa kini? Masih ada blogger yang aktif kerana kerjaya mereka sebagai "influencer" atau pempengaruh. Tidak kira mereka menggunakan khidmat web berbayar atau percuma seperti blogspot, ketika ini masih ada yang aktif. Lebih 10 tahun yang lepas, semasa melonjaknya penggunaan jalur lebar, ramai pelajar kolej dan pekerja menggunakan blog untuk berkongsi pendapat, ilmu atau mengikut-ikut teman mereka ber-"blog hopping". Kini apabila menginjak lebih dewasa dan merangkul lebih banyak tanggungjawab, blogger-blogger ini tidak lagi menggunakan blog sebagai media sosial yang aktif kerana kekangan masa dan akhirnya banyak blog yang mati. Pempengaruh masih aktif ber-blogging akibat dari kerjaya mereka mempromosikan jenama sendiri atau jenama pihak tertentu yang mampu mengubah pandangan, fikiran atau sebagainya kepada pengguna lain dengan sesuatu kadar bayaran. Jadi, kerjaya seseorang juga merupakan aspek penting atas penggunaan blogging.

Kita boleh lihat bahawa trend blogging masih ada tetapi tidak seperti dahulu akibat dari peralatan yang digunakan, kemudahan jalur lebar serta pekerjaan seseorang. Saya juga antara salah seorang blogger yang telah mula kurang blogging akibat dari sibuk belajar dan seterusnya mencari kerjaya yang kukuh. Hampir 10 tahun juga saya tidak mengelola blog ini dan masih bersyukur kerana tidak hilang dan masih ada pengguna yang melayari blog ini akibat dari postingan yang berunsurkan bahasa melayu seperti karangan, sinopsis dan tutorial. Di era gobalisasi, banyak perkara baharu muncul dan dibangunkan dan banyak juga yang tutup akibat kerugian. Walau apapun yang terjadi, kita harus ingat " Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan kembali".

Terima kasih semua. Kalau ada rezeki untuk saya menulis lagi, dengan izin Allah akan menaip. Semoga penulisan ini dapat membantu mencapai syurga Allah yang tertinggi. 


11.4.10

Tuto Hide Navbar

OK.
dah nmpk kan apa tajuk kita pada hari ni murid2 semua..
Hari ni kita belajar pasal camana nak hide navbar yg kat atas tu..

Amat mudah nak buat k..
semua org boleh cuba termasuk murid2..
Kalau tak faham, boleh cuba gerakkan mouse murid2 kat atas blog cikgu ni yek..
Hah! tengok tu, bila hover, navbar tu terkeluar..
dan bila tak hover, navbar tu sembunyi/menyorok..

kan best macam tu..
nak edit pun senang kan..
tanpa ada gangguan keburukan navbar tu sendiri.. ehehe..

Ok.. cikgu ni byk plak nak berceloteh..
mari kita mulakan..
mula2 pergi kat Layout.
pastu, klik kat Edit HTML.
tandakan pada 'Expand widget'
dan tunggu sebentar..~~~~~~

Pastu, tekan serentak "ctrl+F" = keluarlah kotak. (amaran! utk pengguna mozilla dan chrome!)
pastu, pastekan code bwh ni:



dah jumpa, amik plak code bawah ni, dan letak atas/sebelum code atas tadi:

#navbar-iframe {
  height:5px;
  }

/* IE7, IE8, IE6 */
  #navbar-iframe { height/*\**/: 30px\9; }


#navbar-iframe:hover {
  height:40px; !important;
  }

Pastu save and complete dah tugasan kamu semua..
Tgklah hasil kejayaan murid2 yek..
semoga berbahagia! o(^-^)b

*esok birthday cikgu tau*

9.4.10

Lamanya!

Adoi..
lamanya sy tak berblogging..
selalu jugaklah dtg sini..
cuma tak tau nak post apa..
tulah masalah sy skang ni.. o(-.-)p

so, hari ni sy nak wat tutorial!
ehehe..
Tutorial pasal apa ek??
Teruskan membaca!

OK, tutorial camana nak buat **** (tak tau lah nak explain camana)

Hover pada perkataan SINI

hahaha.. kelakar ek..
apapun, paste je code bawah ni..
boleh letak nama, apa2, dan link jugak..



harap korang berseronok-ronok hari nie! o(^-^)y

18.2.10

Text Gerak2

Salam.. hari ni saya nak bagi tutorial macammana nak letak text dalam kotak kecil yang boleh gerak ke kiri.. contohnya macam nie..

TEXT HERE!
pergi ke page element ~ Add Gadget~ HTML Javascript
Pastu, pastekan kod kat bawah ni..


Yang warna merah tu.. boleh gantikan dengan text yang korang nak letak.. senang jekan.. kalau ada masalah, bagitau yek..
Sharing is Caring!

8.2.10

Download best!

salam.. hari ni saya nak bagi korang download sesuatu yang best.. saya harap ini akan membantu korang dalam dunia blogging atau sebagainya.. kalau membantu, tolong komen ye.. kalau nak request tutorial klik sini..

1. download photoscape (free jer!) -boleh edit gambar jadi lebih cool..


2. download mozilla firefox (free jer!) -lebih laju, selamat, dan best..

3. download greasemonkey (free jer!) -boleh letak gambar dengan lebih mudah ketika menulis post kat blogger.. sesuai untuk mozilla jer!




selamat mencuba!