assalamualaikum.. fuhh.. lama rasa tak tulis ape2 kat sini. xD (gomen..)
hari ni baru rajin nak update pasal annual camp training (ACT) kat KDSI1.
tapi, kali ni sebagai tahun 2. kira senior of kadet la.. haha.. dah up ckit.
tanpa membuang masa lagi, meh saya tulis diary sepanjang ACT dari 20january sampai 30january ^^
ISNIN (20/1/2014)
bersiap2 muster bawa segala bagai barang. fuuhh.. berat~ sebelum pkul 8 da siap. muster dan makan kat kolej 12 (sendirian berhad) tunggu punya tunggu, bas sampai 10pg (terlebih ckit)
lepastu, leading potpet2, siap bagi punishment kat nad sbb bising, pastu kat 'SDT' sbb da lama tak turun latihan tanpa surat. haha. xD (serve u right, aci tak?) ;p
saya just snap gambar je la mampu. tak masok baris. hoho. so sebelum bertolak ke Lumut kami semua tangkap gambar dlu. ^^
(sebelum bertolak ke Lumut! di Kolej ke-5)
sebelum masok navy base, kami pergi United taylor. fitting baju no1 ngan messkit. maklumla, nak tauliah da kan. xD auntie tu bagi sekotak limau. perhh.. nikmat. :)
da sampai, angkat barang dan check in. mula2 dapat blik 715. pergila check, tgk2 ade barang guys dalam tu. terkejut. nasib baik takde org dlm tu. huhu.. tunggu punya tunggu, dapat blik 236. dalam byk2 blik dalam aras 2 tu, 236 (blik kami) je yang senior. yg lain kadet. kahkahkah.. terpinggir rasa. blum sempat penat hilang, kami penat bersihkan blik yang ntah brape abad tak disentuh.
(wisma suria, hotel bertaraf 10bintang! blik ber 'air-cond' siap dengan kemudhn air panas! perh. nikmat dunia)
semua universiti da sampai awal. so, kene EA (evening activity). kami sbb lmbt, belit. nak kemas blik punyer pasal. takot2 mlm tu ade rounds mengejut.
petang tu ade baris pkul 7ptg. kami trun 7lbih. mmg nakhorom la.. huhu.. da lambat, amikla punishment! bagi satu round blok wisma. da la pakai night rig time tu. ape lagi, lari pakai heels la jawabnyer. mcm tak biasa plak. xD kahkah,, penat mmg penat + malu siot. kesengalan yang melampau2. =.=
malam plak ade rounds. pastu tgk bdak UPNM punyer standard layout. serius, bdak UPNM mmg mantap2. mmgla mantap, da hidup 4thn dengan tentera, kami ni reserve je.. skejap jd org biasa. sekejap jd tentera. sekejap jd demonstran.. (eh, tu citer lain. xD )
puas2 bdak UPNM tu dok bercerita , sharing knowledge, tetiba je hidung saya ni berdarah. what?! terkejut gak. ape sebab berdarah ni? last bleeding pun thn 2007. kiranya da 7thn baru bleeding balik. ceh.. =.= timing tak sesuai langsung.. huhu..
and u know what, bila malam je bertandang sebelum nak tido, aktiviti biase bila latihan adelah MUSTER!!
bosan seh.. da la muster lama mcm harem! buang masa kot! >.< semua ni salah subby la ni.. huhu..
da pandai amik strength, da bgtau semua maklumat, lepaskan la kami ni.. aihh.. tu pun nak kene ajar ke?
[berita tersedih, dapat divisyen Thana Bravo]
laa.. ingatkan muka ni muka zain.. dah sejak kadet dlu tersesat asyik masok divisyen zain je walaupun no tentera kepunyaan thana.. da nak tauliah ni baru sibuk2 dpt thana? mmg heck btol. sabar.. T^T
SELASA (21/1/2014)
pg ade EMA (early morning activity)
pastu ade majlis pembukaan latihan. pastu Kdr Haries ajar kat Audi. mmg tak muat Audi kot.. ramai sgt. kali ni strength semua tahun 1 dan 2 ade 400lbih. perhh.. ramai siot. lps tu amik bju navy (wajib utk thn2) kat wisma.
petang jam 1430 da turun ade EA. boathouse run! no stop lari kot. terbaik. takde sape yang berhenti.. alhamdulillah.. korang semua mmg hebat2.. ^^b
da sampai boathouse, kami maik game. game botol. kahkahkah.. 1, 2, 3, 4, 5, 6, botol, 8, 9 blablabla.. xD
pegi lari, balik pun lari jgakla.. da sampai wisma, kene naik bukit kat blkg tu plak. perh. nafas tak cool down da kene naik? naik je la.. xD
yang bestnyer nak naik bukit ni, kitorg kene buat gaya ala2 TARZAN. hewhew.. terbaik ah! xD
mlm takde ape~
RABU (22/1/2014)
pagi xde ema, da trun 5.45 tunggu punyer tunggu, subby takde pun. perh.. ko tido ke?! mmg buang masa la trun tadi. =,= 7.30 trun blik muster dan sarapan. pastu kelas seamanship ngan pergi library.
tunggu punyer tunggu 10.45 baru grk ke WASPADA. lama kot tunggu.. semua sbb navy dari Bangla ade latihan dan melawat kat sana. sekejap je rasa duk kat waspada, 12.30 da balik. mmg heaven dpt rehat lebih! haha.. xD pkul 1530 baru trun ade rempuh halangan dan naik bukit belakang lagi.. rempuh halangan? kat UM lagi mencabar kot. pfft.. mcm sayur je rempuh hlgn dia. xD
mlm ade kelas kat bilik peperiksaan blok antares. muster tak dpt nk elak. mcm isi dengan kuku kami ni. -,-
(blaja chart)
KHAMIS (23/1/2014)
pagi ade EMA, pastu pegi boating. yeah! ^^
boating belajar pasal kapal layar (jenis laser boat) cara pasang dan buka. pastu ade competition antara 10 kumpulan. dan kump yg menang dalapat naik speed boat keliling pangkor! perh! best tu!
(basic laser boat)
(6 jenis tali dalam laser boat)
(Thana Bravo!)
kump saya (Thana Bravo) dapat tempat pertama! alhamdulillah.. haha..
bila naik speed boat, cik bawa kami laju giler! 50mph! xD (moto saya lagi laju kot.. pfftt.. ;p)
pastu cik bagi saya bawa. ape lagi! sesi merempit ngan selekoh tajam la saya buat.. kahkahkah.. xD
serius, heaven rasa dpt buat drift kat tgh2 laut. ^^
mmg tgk muka semua bahagia. termasok saya. xD
(zani, daus, helmi, bella, mira, seha, miros, misae, mai, nat)
(sebelum naik speed boat! masing2 teruja! haha. xD)
(dari kiri: miros, mira, misae, daus, helmi, zani, seha, nat, bella, mai)
(kami bersepuluh. heee.. :3)
(muka teruja masing2. haha.. xD serius seronok! sbb menang. ;p)
lepastu, naik laser boat plak. laser boat yang kami dok pasang tadi. xD
saya naik ngan lia. yang tak bestnya tak dpt nak pandu kapal tu sndri. dpt tgk je. huhu.. tp, still ade blaja ckit2.. speedboat tiba2 langgar laser kami! ceh.. basah kuyup baju. fuuhh..
ptg plak ade UC (Uji Cergas) lari 2.4km=6pusingan wisma, bangkit tubi, tahan palang, lompat, lari 4x10m.
mlm duduk je depan wisma. kadet ade rounds, takleh nk kacau. hmm.. -,-
JUMAAT (24/1/2014)
pagi xde EMA. pergi Tangkas da tukar nama jadi CB*NDFF (xbape ingt plak namanye)
blaja padam api guna APAK (alat pemadam api kecil) dan mengawal kebakaran dalam kapal. semua pakai overall. dan org dok tegor yang overall sy kainnya cantik macam jeans denim. perrgghh.. jeans tu.. xD
party2 yang penting dalam mengawal kebakaran dalam kapal. (bukan party2 politik deh. hehe..)
IC, non BA, BA, party.
(APAK)
(mengawal kebakaran dalam kapal)
(Divisyen Thana di TANGKAS)
seperti biasa, hari jumaat yang guys akan solat jumaat. so for ladies adelah rehat! xD hewhew..
petang jam 1600 ade EA.
SABTU (25/1/2014)
pagi ade Jiwa Murni. kami dipaksa berlari dari wisma sampai Teluk Batik.. giler tak?? hahaha.. xD
tapi, kami jiwa kental dan cekal.. kene lari pun lari je la.. xkn nak buat demonstrasi jalanan plak kan?? kahkahkah.. non stop lari bai.. dari navy base sampai Teluk Batik.. alhamdulillah, semua sampai dengan selamat. ^^ (proud of u all!)
(nila divisyen saya! Thana Bravo! dimana saya? tgh amik gmbr la. haha. xD)
(semua amik tempat nak berlumba kutip sampah!)
(kekucingan sedang relax.. perhh.. xD)
macam biase, saya snap gambar environment Teluk Batik, pantai, kekucingan 3 ekor. hewhew..
pastu kami pun mula membersihkan kawasan pantai dan taman kat Teluk Batik tu. lepastu ade game volleyball ngan tarik tali. sedih.. tak dpt main volley pun.. huhu.. T^T (mmg xsronok!)
(tarik tali)
(volleyball)
balik2 ingat dapat rehat. org ckp OTW. tp, ade kelas plak. huhu.. kelas gerhana (dalam erti kata lain, base defence) T^T perh.. serius penat.. Divisyen Thana (Wisma Suria) Divisyen Zain (Antares)
malam start base defence, dan saya jadi photographer. kiranya neutral. tak berpihak pada mana2 negara (Suria dan Antares) perh.. kira suka hati nak masok negara orang lain.. haha.. green card. kene tahan buat bodo. ;p
(briefing sebelum base defence)
bangun, tido, bangun, tido, makan.. tu je kerja kami. da takde org nak serang negara kan.. haha..
Kdr haries tangkap org belit tido. nasib tak dikesan. xD da la kene tangkap pastu kuarantin plak tu. perhh.. sronok sape kene tgkp. dpt rehat kot.
Divisyen Zain plak kene marah.. masalahnya semua pegawai marah diorang kot.. yela sape sruh tahan KFA masok bangunan Antares.. KFA kot!! berani btol diorang! bahahaha.. serve u right! ;p
(pemegang2 pangkat kene punishment. kesian diorang)
habis semua bagai ni dalam pkul 3lbih gakla.. Lt Kdr Syamir kata tak puas hati dengan base defence mlm ni. terus senyap tn tu.. nak jaga lidah kot.. tkot bnda lain kluar.. naik blik tido puas2.. hoho..
AHAD (26/1/2014)
pagi2 muster pkul 6lbih. ingat pakai PT, rupanya PO! perh.. mata sepet je rasa. ngantok!
pagi2 ade rounds. baru first time pegawai dtg cek blik ni.. alhamdulillah, berpuas hati.. tahun 2 guys kene pick up sbb tak gantung alfa. alfa?? alfa je pun.. haih.. -,-
yeay! dapat shoreleave!!
pkul 12 trun mkn, 1230 bas bergolek ke aeon Seri manjung. dlm pkul 1 sampai kat aeon. sampai2 je kluarkn duit pastu pg surau nak tunggu solat zohor.. lepastu baru round satu aeon ngan beli mknn.. xD
bapak bosan aeon ni. macam takde ape je.. haha.. kesian sape2 yg dtg lambat kt cni.. berseronok la korg dlm kehambaran shopping mall mcm kangkung.. xD
dalam pkul 3 sy naik bas navy. (belanja leading pemandu roti la boheme) alone. sbb yg lain pun sibuk mengkangkungkan dri kat aeon tu. pfftt.. teruskan perjalanan ke LUMUT! yeay!
sampai je Lumut, terus naik feri pegi Pulau Pangkor. perh! nikmat travel sorang dri. mmg terbaik.. tiada gangguan dan kerunsingan pkir pasal org lain.
sampai2 pangkor, sewa scooter. ingat nak naik moto gear, sbb pakai bju kurung, mcm susah je. so, trpksa sewa scooter (mahal ckitla)
(tiket feri ke Pulau Pangkorrrrr..!! xD)
(saya da sampai! ;p)
(sewa motor scooter la gamaknyer pakai baju kurung)
(jalan2 sekitar pangkor)
(sebahagian daripada jln yg ekstrem)
(perhh.. byk lg liku2 yg tajam, siap ade bentuk Z lagi kot!)
(1Pangkor?? kahkahkah.. )
pusing2 satu pangkor, snap gambar sampai nak muntah.. xD
palaing mencabar adalah melalui kawasan laluan paling ekstrem yang xpernah lalui sebelum ni.
saya rekemen kan pada mana2 yang nak try bawa moto kat kwsn bahaya tu, sila2la pergi Pulau Pangkor. mmg giler kentang jalan dia.. xD cuak seh!!
habis pusing Pulau Pangkor, terus pegi solat asar kat masjid Pangkor. tiba2 ade sorang akk ni tgor. siap usap2 kepala lagi. hewhew.. namanya kak Murni. :3
borak2 ngan akk tu, dia duk KL. dtg Pangkor ngan suami sbb bercuti. esok baru balik KL. perhh.. siap bagi kata2 semangat dan usaha. rupanya akk tu Bidan. senangla nak cari doktor sambut anak nnti.. hewhew.. no da ade.. ;p
balik naik feri jam 1745. ade sorg makcik ni plak tgor. macam biasa, kata2 semngat yg dia bg. :) alhamdulillah.. semua pakat nak bagi semngat kt sy ni.. terharu plak rasa.. makcik tu asal kedah, dtg perak nak jenguk saudara-mara.
sampai lumut je trus beli aiskrim. nikmat sejuk makan aiskrim tgh2 panas ni.. xD
tunggu bas punyer tunggu, 2000 baru sampai. perh maghrib gajah dpt. ingat lps solat ade lg mknn, rupanya da habis.. kelaparan~~ T^T (sy tanpa mknn boleh naik angin.. huhu..)
ISNIN (27/1/2014)
pagi xde EMA.
4 tempat yang kami pergi. pertama, KD Rajawali (Markas Udara TLDM). kedua, KD Duyong (divers). ketiga, PUSTAKMAR (pusat taktikal maritim). dan terakhir, PASKAL (KD Panglima Hitam) perh! nama hebat2 je.. xD
KD RAJAWALI (Markas Udara TLDM)
jangan ingat TLDM ni keje dia kat laut je ye. kami pun ade kepakaran jd pilot. terbangkan fennec ngan super lynx.. mmg terbaik lah! sebagai cth, Kdr kami, Kdr haries kepakaran dia ade 2, taktikal perang ngan juruterbang. so, dia bleh jd pilot utk fennec ngan super lynx. mantap!
(KD Rajawali)
(kami didepan fennec M501)
KD Duyong (Divers)
laut sinonimla dengan berenang. jadi ade jgak antara kami yang pakar dalam penyelaman. bukan penyelam yg biasa mcm snorkeling tu.. tp, yang luar biase.. ade antara kami divers perang. mereka akan menyelam dlm jarak jaoh semata2 utk implant bom kat kapal musuh lain.. dan of course dibantu dengan alat2 lain. selain itu divers jgak penting dalam membersihkan kapal dan laluan kapal dari bom.. perh.. mmg terasa nak jadi diver navy je. ;p
(KD Duyong for divers. insya-Allah i'm one of them in future! xD)
(superlite MK17. ade yg lbih ringan drini MK57 tak silap sy)
(fin!! for divers not snorkling ;p)
(mine yg divers pi ltk kt kapal musuh. sebesar kepala manusia gakla saiznya)
(device ni la yg tolong divers nk plant mine tu. tnpa alat ni, divers akan sesat.)
PUSTAKMAR (Pusat Taktikal Maritim)
dalam berperang kene ade taktik. kat sinila pegawai dan staf akan belajar taktik2 perang kapal. mmg terbaik alat yang diorang guna. tapi, hambar la guna windows apps.. cer try guna iOS.. mesti terbaik. takde virus, apps lancar sentiasa, senang kawal dan paling penting, iOS kot.. mahal! kahkahkah.. xD
(tengah main game. pfftt..)
(CO ade di sini!)
PASKAL (Pasukan Khas laut + KD Panglima Hitam)
yang ni paling terbaik! PASKAL kot! sape je yang tak gerun.. even US army pun salute dgn PASKAL. diorg kata plg terbaik la! bangga seh~
=sentiasa yang terbaik=
Pasukan Khas laut = PASKAL (navy) = KOMANDO (army) = PASKAU (air force)
kene lepasi 6 peringkat dan 3 hari hell week utk dptkn beret pink (ade ckp ungu. ntahla.. masing2 pun buta warna xD)
1.pra asas
2.kem 6minggu
3.hutan 2minggu
4.paya 1minggu
5.laut 2minggu
6.pelarian dan pelolosan 1minggu
addition, blajar penyelam kapal, payung terjun dan perenang tempur oksigen.
mantap! ^^ all in one la! mmg patot US gerun dgn paskal. xD
(sentiasa yang terbaik!)
(PASKAL. suatu hari nnti, akn ku pakai jgak!!)
(kepakaran yang paling susah dan terlama nak pakai. klu dpt pki ni mmg bangga seumur hidup)
selesai semua acara, balik la.. mlm stand by bed. PLB dtg cek blik, siap amik PT putih sy dan lap dinding ngan sinki dalam tandas. alhamdulillah, ok kot. sbb diam je PLB tu.. lepas hbis semua, bincang persembhn utk malam mesra. (babak 2)
SELASA (28/1/2014)
hari yang dinanti-nantikan telah tiba.. ^^ sailing!! yeay!! masa belayar dari tahun satu tunggu kot.. hewhew.. akhirnya dpt rasa pengalaman itu sendiri.
serius naik kapal dan belayar agak bosan. lagi2 kami yang takde keje nak buat ats kapal.. yelah, kadet je lagi. diorg tak brani nk bg keje, rosak kapal kang, susah nak jawab kat berita nnti. xD
kami naik KD Mahawangsa! belayar dari 0830-1600
sungguh byk pengalaman naik kapal ni, tgk org jgakla. ade yg naik sekadar naik, utk amik gmbr. ckup syaratla katakan. tp, yg spesis suka bertanya dkt krew2 kapal pun ade. mcm sy. ;p pfftt.. suka sgt nak tau pengalaman staf2 atau krew2 kapal. sy tak suka tnya kat pegawai ats kpl. diorg mcm bossy kot.. perrhh.. malas nak tegor. baik tegor staf je. lg sporting.. org bertanya, dia menjawab sampai tak ckup mulut.. serius mmg seronok. ^^ trima kasih sudi share knowledge, sampai ketemu lagi, sy tanya lagi. =)
ingat nak jupe COG syahril kat galley. tp, xde plak.. hmm.. sedihnya.. takde jodoh nak jupe.. huhu.. T^T last jupe time kadet kat KDSK..
(KD Mahawangsa. MPCSS type ship)
(ensign)
(seronok tgk leading guna build in gun ni xD)
(latihan seamanship. selalu kalau nk hantar barang/orang antara 2 kapal, guna kaedah ni. tp, sbb takde kapal lain, tgk camtu jela)
(latihan penurunan dan penaikan boat. harta kerajaan sgt limited, nak trunkn boat pun kene hati2 n ikot prosedur. =,=)
(antara krew2 kapal yang sempat share knowledge. maaf tiada perempuan =,=)
(COG2 yang buat kami kenyang sepanjang pelayaran ^^ syukran!)
(tarik kapal? takdela, tarik tangga je. berat bai!)
(krew2 kapal bertungkus lumus tarik tali. stabilkan kapal. perh. mmg payah duk ats kpl ni. asyik kene tengking je =,=)
(CO di kapal!)
(KD Mahawangsa. no pennant 1504! best memory evah!)
RABU (29/1/2014)
kami ke boathouse sekali lagi. tak dapat pisahkan navy dengan laut. haha.. xD
kali ni blajar pasal life raft. waktu thn pertama da blaja, cuma main kat dlm swimming pool je. da naik thn 2 ni kat tgh laut plak. perhh. mantap! masin mulut kot. xD
(ber life raft. xD)
lepas life raft bagai, hanya beberapa org yang berminat nak terjun je akan ke jeti dan terjun. dan sy antara org2 yg berminat nak terjun. bukan utk membunuh diri, tp, mencari pengalaman. walaupun pernah je terjun dgn ketinggian yg lbih lg, tp, pengalaman kene jgak timba walau low class. pfftt.. ;p
habis semua, kami cepat2 balik wisma dan setel pasal malam mesra, dengan persembahan, deco, mknn semuanya hasil usaha tahun 2. perh.. mantap seh.. alhamdulillah, output malam mesra amat memuaskan. PKO kami ckp malam mesra yg terbaik! ^^
(persembahan kump kami! di mess, crita kedai kopi.. kahkahkah xD)
(terima kasih KFP! smoga jupe kat KL nnti. sronok dpt borak ngan KFP! sambung blaja kt UM tau! usaha Allah tolong. Insya-Allah.. :3)
(last day daa... hewhew.. masing2 seronok nak balik! xD)
KHAMIS (30/1/2014)
akhirnya! last day training! alhamdulillah.. tiktok2, masa tamat! serius, hari ni mmg nokhorom. dgn subby yg tak bg lepas naik blik, masing2 da lmbt nak pg dewan antares. pastu nak salahkan thn2?? sory skit! sy? belitla, nak buat ape tunggu lama2 mcm siput. kangkung gler subbai2 ni. -,-
mcm biase, last day mesti ade course critic.
klu tahun lepas (time thn 1) semua kwn2 sy dok bahan senior. sbb diorg suka buli kami.. kene paksa cuci tandas diorg la, kene jerit dgn diorg la. ntah mane yg tak puas hati tu. cibs. sabar je la. -,-
thn ni plak (kami thn 2), kami plak bahan subbai2 yang kurg cerdik (sebahagian je, bukan semua) kdg2 diorg bagi punishment pun tak ikot akal. pakai hantam je. mentang2la ade satu balak kat bahu diorg tu kan.. pfftt..
(sesi course critic, sesi yg ditunggu-tunggu oleh smua pejuang kebenaran! xD)
ape la malang sangat nasib intake saya ni.. tahun 2. tp, tak rasa mcm thn 2. mungkin kami ni kadet forever? perrhh.. pantang giler keturunan aku yang lembik cam kangkung ade dpn mata. malas nak bercrita, biar jadi lagenda je. lagenda kadet sayur. kene lari pakai heels ckit da ldod sampai 17orang. chill la bro! lari je pun. kami dlu camtu, ldod bawah 5 je kot.. -,- (pantang dengan manusia kaki belit ngan manja) siapa suruh masok tentera kalau tau tak larat. kluar baris je la woi. pantang betol diorg tak ikot peringkat. jeles xdpt naik kapal? biase la tu dik. tp, klu sampai da bgtau kat course critic supaya thn 1 dpt belayar, tu mmg LEBIH! kami dlu pun xmcm tu dik.. pkir guna otak, bukan lutut. dalam blaja ni ade peringkat. tahun 1 lbih kpd kelas, blaja dlu mane yg ptot. naik thn 2, bru praktikal. aiihh.. klu dpt jawab depan adik yg tak phm ni mmg sedap.. sedap la kene perli.. =,=
dan... paling tak leh blah, nak check out punyala mental. org duk tunggu lama dpn blik, takde sape yg dtg pun. cis! jahanam. tgh tahan ngantok plak tu. huhu.. T^T malang nasib. bila terasing, mcm ni la jadinya.. mmg da tau lama da perkara mcm ni akan berlaku.. dengan mulut yg nk kene jolok dgn belacan, sesedap hati je nak mengata org, ketat? perh.. sabar ni. klu tak sabar, semua orang da kene makan kasut ngan pelempang. tangan ni da lama tak pkul org tau tak.. jgn pernah mencabar kemarahan diri ni. sekali cabar, seumur hidup merana.
astaghfirullah.. T^T jaga hati, kuatkan iman ni ya Allah.. semua ni dunia je. da lama sakit hati. dan da pernah pun crita kat leading. (mslh ******) leading phm. dan sbb tu la, sblm pi KDSI1, leading da ckp. mcm phm2 je leading. syukran.. wuwuwuuu.. T^T
sbb tu la lbih suka alone, dr ramai2, buat sakit hati. :(
-k.lah.end.bye-
#memang akan ade sesetengah pihak sakit hati baca. oh well.. nak buat camne, manusia kan. sy hanya mampu minta maaf.. kahkahkah.. xD