assalamualaikum semua.
hari ni nak bercerita sedikit tentang kompang. ehem3.. xD
kali pertama saya pegang kompang mungkin sekitar umur lingkungan 13tahun. (mungkin)
tapi, pertama kali saya memainkan alatan tersebut adalah pada umur 20tahun (ye. huhu.)
dan pada waktu itu, memang dipaksa bermain kompang, semata-mata untuk persembahan gimik pembukaan dinner palapes laut UM. orang panggil RPC.
selama 1minggu kitorang berlatih dengan sifu2 kompang.
dan Alhamdulillah, kami berjaya dengan jayanya. Alhamdulillah!!
selepas sahaja RPC tu, saya tak pernah terlintas untuk bermain semula.
mungkin tak terbuka hati kot.
selang beberapa bulan (mungkin 10bln)
saya dijemput oleh seorang sifu kompang untuk join kompang diorang.
memang time tu rasa dihargai betullah.
rasa nak masuk sebab rasa dihargai. tp, dalam masa yang sama, taknak sebab takut tak dapat bagi komitmen dalam kompang. yela, budak "busy" kan?? (hewhewhew)
pastu cakap kat sifu tu supaya beri saya masa untuk berfikir.
so, saya pun diberi masa.
sepanjang masa asyik berfikir jer.
lebih fikirkan benda ni dari study. huhu..
pastu, ade gak ajak kawan lain join setangan.
tapi, dorang taknak. huhu..
lagi punah la harapan saya.
takut plak nak pergi and main sorang2 ngan orang yang tidak dikenali. (bukan bermaksud orang asing, cuma tak kenal lagi la)
then, at last, sy cakap saya bersetuju.
punyala lama saya berfikir. dalam 2minggu kot. (tak ingat) atau lebih lama.
bila dah mula start latihan (saya punya latihan start paling lambat, sbb lambat bagi respon. huihui.)
mula la menggatal nak keluar dari team kompang tu.
yela, orang lain sedap2 bercuti lepas ACT 2minggu, saya masih meneruskan latihan, berkampung di UM tu. huhu..
memang tak dapat dinafikan rasa sebak giler. rasa menyesal.
but, dun wory, saya tak keluar pun team kompang tu. sebab dalam diri ni ade rasa bersalah dan rasa taknak buat kerja separuh jalan.
bila dah terjebak, there's no turning back. hewhew. and that's me. :D
kadang2 tu belit jugak la. tipu2 sikit nak balik rumah.
Alhamdulillah, dapat green card! xD
tiap2 malam orang study atau lepak2. saya sibuk ngan latihan kompang.
kadang2, meeting pun tak pergi sebab ade latihan kompang. that's my specialist. hewhew. (belit)
balik pun memang time burung hantu berjaga.
semuanya lepas pukul 12. kadang2 balik pukul 1pagi. hewhew. (giler)
yang tak tahannya, jalan kaki. nasib baikla time tu takde jembalang ke hape ker.
kalau tak, buat pt lebih la saya malam tu. huhu..
selepas berhempas pulas berlatih kompang (lupa, saya main menanak. ntah betul ke ejaan tu. hadoi.)
hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.
ya, hari FESENI pertandingan kompang antara kolej-kolej kediaman di UM.
waktu memang tak rasa ape2.
bila dah tiba giliran kitorang. ya Allah!! hanya Dia je tau perasaan time tu, cuak, letih, penat, berpeluh, risau. semua adela. huhu.
bila dah tamat semua, kitorang (semua pemain kompang ok!) main sama2.
buat bulatan besar. dan kitorang main kompang.
SERIOUSLY, time tu je rasa seronok sepanjang main kompang..
rasa macam taknak stop je. nak teruskan je rasa.. huihui.. BEST kot!! >.<
apakan daya, setiap permulaan ade akhirnya.
akhirnya kami disaji dengan pencapaian pemenang kompang.
kompang team saya dpt no 5. Alhamdulillah. ade placing sekurang-kurangnya. hewhew. :D
rasa bangga, walaupun bukan kolej sendiri (pun) xD
tapi, apepun, saya akan tetap meneruskan legasi bermain kompang.
kerana dengan kompang saya dapat melepaskan rindu untuk main percussion.
yup, saya suka main percussion nasyid je la. huihui.
and that's how my life being introduce to such famous percussion, given name, kompang (ke compang? haha)
sekian, terima kasih daun pegaga, kalau ade duit lebih, boleh blnja kompg sebiji. eh?