10.2.09

Hebat!!



Prince Radian: The Human Caterpillarpuyeng
Nama sebenar: Tidak diketahui
Tarikh Lahir: 1871
Asal: Demarara, British Guyana

Juga digelar 'The Living Torso' yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki. Dia dibawa dari British Guyana oleh P.T Barnum Pada tahun 1889 dan menyertai banyak pertunjukan karnival dan pameran muzium di seluruh Amerika Syarikat selama 45 tahun. Di sebalik kekurangannya itu, Prince Radian mengujakan penonton dengan kebolehannya bercukur, melukis dan menggulung rokok dengan mudah. Dia juga dikatakan seorang tukang kayu yang bagus. Radian berkahwin dengan seorang wanita Hindu yang hanya dikenali sebagai Princess Sarah. Pasangan ini mempunyai 4 orang anak. Prince Radian menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1934 di usia 63 tahun.

0 Comment(s):