12.6.13

apa guna.

(gambar tidak ada kena mengena. dipilih kerana kecomelan sahaja) ;p

Apa guna iphone kalau pakai nak mesej dan call jer.. so, kene install banyak app.. game ker.. kan?? baru mantap. 

So, samala jugak, 
Apa guna akal kurniaan Allah kalau tak belajar agama Allah..
Apa guna hati kurniaan Allah kalau sentiasa leka..
Apa guna lidah kurniaan Allah kalau tak membasahinya dengan zikir..
Apa guna telinga kurniaan Allah kalau tak mendengar ilmu2 agama..
Apa guna mata kurniaan Allah kalau asyik melihat kemaksiatan.. (nauzubillah)
Apa guna tubuh badan kurniaan Allah kalau tak buat kebajikan..
dan lain2 lagi.. 

#apa guna update status kalau sendiri pun tak mau ubah. sentap >.<

Cukuplah Allah buatku


tiba2 disuruh membaca buku motivasi, dan terselitlah cerita tentang semut dan Nabi Sulaiman a.s.

*Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup setahun. semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebiji gandum.
Lalu nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut ke dalam satu botol dan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. botol itu kemudiannya ditutup.
cukup tempoh setahun, botol itu dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula itu yang habis dimakan oleh si semut.
Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh sahaja sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum utk tempoh setahun?
si semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.
tetapi, apabila dikurung oleh manusia(Nabi Sulaiman a.s.) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. manala tau, kalau2 manusia itu terlupa lalu dibiarkan terkurung si semut lebih dari tempoh setahun. apa akan terjadi kepadanya?*

benarlah bahawa cerita ini dapat dikaitkan dengan mana2 sahaja peristiwa yang telah kita hadapi, yang sedang kita hadapi serta yang akan kita hadapi.. sebagai cth, ketika minggu peperiksaan, kita sebagai seorang pelajar amat memerlukan tips2 yang diberikan oleh pensyarah sehinggakan kita dididik utk sentiasa meminta kpd pensyarah. tetapi, ingatlah bahawa jaminan Allah itu seribu kali lebih baik dari jaminan manusia. bukan saya ingin menegaskan disini bahawa kita tidak perlu meminta tips2 berkenaan, tetapi, janganlah terlalu mendidik diri bahawa apa yang diberikan itu menjamin kejayaan kita. cukuplah sekadar ambil untuk dijadikan sebagai panduan. kerana kita khuatir diri kita terlalu 'mengharap' pada selain Allah.  "cukuplah Allah buat diriku"

sebagai cth yg lain, PRU yg lepas. kita semua bersatu-padu untuk menjatuhkan parti yang tidak memperjuangkan Islam dan rakyat. banyak sangat kita berkorban dari flashmob, ceramah sehinggalah mengajak mereka2 membanteras ketidak adilan. sehinggakan perjuangan parti yang memperjuangkan hak rakyat dan Islam yang kita nampak melalui mata kasar kita terlalu ramai pengikutnya dan dari situlah kita 'menganggarkan' bahawa 'kita' akan menang besar. tidak! dari sini kita sudah nampak bahawa kita 'mengharapkan' jumlah sokongan padu yang 'terlalu' besar dapat mengalahkan mereka yang zalim sehinggakan kita LUPA pada kuasa Allah yang jauh lebih hebat dari kuasa 'majoriti' ini. bukankah begitu? 

nak cth lain? terlampau banyak.. kalian sendiri pula yang patut fikirkan.. telah diberikan akal untuk berfikir bukan? ingatlah setiap apa yang kita lakukan, demi Allah. Dialah sebaik-baik penolong. insya-Allah.

#jgn ingat bila kita dah habis study kita dapat menjawab dengan baik, kerana jaminan Allah itu lebih hebat. 
jom study sambil mengharapkan jaminan dari Allah bahawa dengan cemerlangnya pencapaian kita, kita akan membantu menegakkan Islam..

11.6.13

gambar memainkan peranan..



suatu pagi yang nyaman.. aku membelek-belek nota.. 'malasnya nak study' fikir aku. takpelah, baca buku lainlah.. buku motivasi menjadi pilihan aku ketika itu.. kejap duduk, kejap baring, kejap berdiri.. macam2 posisi aku gunakan untuk memahami input-input buku tersebut. lama juga aku baca. tiba2 azan zohor berkumandang. 'azan dah?!' terkejut bukan main. yelah, waktu exam patutnya baca buku pelajaran kalau dah tau tak habis study lagi kan? =,= 'haih' apa nak jadi dengan diri ni.. aku terus bangun mengambil air wudhu dan terus menunaikan solat zohor. seusai solat, aku terus on9. bukan main lagi.. 'tapi takpe. kejap jer' pujuk diri ini.. boleh percaya? kita tengok ape yang berlaku nanti.

"Krik.. krik.. krik"


bunyi aper tu? itulah bunyi mesej masuk dalam telefon bimbit ku.. pelik? belum sampai masanya lagi.. aku terus ambil telefon 'iphone' ku dan membelek-belek mesej apa yang aku dapat. 'owh, friend request dari wechat. sapela ni' duga aku. aku pun menyentuh skrin iphone ku sampai la aku terasa pelik. pelik? 'ape mamat ni tulis?' aku cuba memahami. "owh. tunggu demo erk." itu kata2 friend request dia. aku dapat rasakan pelbagai persoalan dalam minda ku ini.. 'mamat ni macam nak psycho je' hati ku berbisik. takpe2.. mungkin aku tak pandai mentafsir ayat.. aku terus melihat profile picture mamat tu. 'ape nih?!' aku pelik dengan gambar yang memang pelik. sebelum aku menunggu gambar tersebut loading, aku cuba mentafsir gambar itu sendiri..


'ape nih? mcm benda tergantung. tapi ape? ade 4 kaki eh? mcm kene siat2 jer? astaghfirullah.. rasa macam kenal je haiwan ni.. tp ape? betul ke dugaan ku?' soal aku pada diriku sendiri. akhirnya gambar tu siap loading. terkejut? aku memang terkejut! rupanya gambar meow kene gantung. T^T (selamanya aku benci)
sebelum aku block mamat tu, sempat juga aku tengok nama dan status dia. nak tau nama? biarlah rahsia. bukan aku kenal pun sape. status? "jadilah orang yang baik". aku bertambah pelik lagi dengan ayat itu. sekian..

#memang benarlah gambar memainkan peranan dalam menunjukkan siapa seseorang itu. ayat? mungkin juga. tapi apa guna ayat yang baik kalau gambar pun macam tu kan? manusia tak lari dari mempersoalkan sesuatu.. jadi persoalanku, gambar ape yang menjadi dp kalian? hrp tak mcm mamat psycho tu.. huhu..


*berdasarkan cerita benar yang diolah bahasa dan bunganya supaya sedap dan seronok dibaca. :) copyrighted:maisarah