22.3.10

KBBC dah habis!

Salam semua..
kamiblogger biggest contest telah pun tamat pada 20 mac 2010 tepat jam 11.59 malam tadi..
Juga perlawannan bola antara Liverpool dan Manchester United..

Manchester menang 2 -1.
Sorak untuk mereka..
Juga Rooney dan Park.
Memang Power habislah..
Korang sedih ker gembira??
Saya gembira sangat2.. hohoho 'o'

Teruskan kepada agenda kita.
KBBC dah tamat..

eh.. yeker..??
Alamak!! tak masuk lagilah..
Alamak!! bagilah can lagi.. aku nak masuk contest nilah..
Ala... baru je rasa2 nak masuk pukul 12.00 tgh mlm tadi..

Ok, ayat2 mcm 'cokia' dan tak masuk akalmacam  kat atas tu takleh nak dilayan..
memang KBBC dah tamat k..
poilah masuk contest lain.. huahuahua... =P
padan muka korang tak dapat masuk..
lain kali, masuk awl2 sikitlah..
ni tak.. nak salahkan orglah, komputer hanglah, internet lupa nak bayarlah..
hai.. lain kali jerlah yok.. =P

Apa yang saya dapat sepanjang contest ni?
Makin pandai? rajin buka internet? kenalan ramai? suka update blog walaupun dah berkurun tak update?

semuanya ada .. pernah sekali tu kena marah ngan ayah, ibu dan dibenci adik-beradik sbb selalu guna komputer dan internet..
huhu T_T sedih tau..
orang nak menang, tapi tak support langsung.. korang mmg kejam..
ada juga blogger lain yg kata buang masa-lah. ckp 'bukan mng pun klu masuk!'
huhu T_T byk sgt yg mengganggu pemikiran ni.. dahlah sy ni cepat terpengaruh..
korang ckp yg macam tu plak..

takpe, sekarang ni dah rasa OK sikit (sikit jerlah)
korang tgklah nnti, klu sy mng, korang semua akn menyesal selamanya!! huahuahua..
apapun.. saya gembira sbb dpt kenal ngan tmn2 blogger..
seperti ~ asada, manager tandas (busuk ker?), mieran, kak snowwhite (putih melepak), dll..
*(lepas ni kongsi hadiah tau, dah ltk nama lagi tu,, hehe,, ;P)

dah cukup panjang ker karangan saya ni??
hehe.. tujelah kot..
tapi apapun..
KBBC mmg Best! Thanks sbb anjurkan contest ni..
kalau takde lagi, saya ttp gembira kerana berpeluang menyertai contest ni..
terima kasih!!

*nak tambah sikit: saya ada phone baru!!! (guna duit sendiri tau..)
Sony Aino!! love you!!


11.3.10

SPM ku 09'


Salam semua.. hari ni saya nak menyampaikan berita yang agak gembira kot.. apapun.. saksikanlah..
Pasal SPM 09'



OK.. ker??
7A 3B dalam SPM?
Kawan2 saya lagi mantap keputusan diorang.
ada 13A, 10A, 9A, 8A, 7A, 6A, 5A dll..
A+ ( BM, Maths, Add Maths)
A ( Physics, Agama)
A- ( Chemistry, English)
B+ ( Bio, Sej, EST)
Terima kasih kepada ibubapa, guru2 dan rakan2 yang membantu saya dalam mencapai keputusan yang menggembirakan ni..
Jasamu Dikenang! love them! 
 

9.3.10

Damai Yang Hilang =(


Sebenarnya saya sedih sangat tengok apa yang berlaku kat dunia sekarang nie.. diorang lebih pentingkan kekuasaan, kekayaan dan benda yang tak berguna.. Bom sana sini.. Bunuh sana sini.. Macam diorang ingatkan semua yang ada kat bumi nie diorang yang punya.. TAK DER OTAK BETUL DIORANG NIE *ISRAEL BANGANG*
Kata2 Akhirku: ISRAEL BANGANG



Damai Yang Hilang
Album :??
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawaban
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

7.3.10

→Tag KamiBlogger Biggest Contest!←

Salam semua! hari ni saya akan membuat tugasan yang diberikan oleh Team FCU yang diberi nama 'TAG'



 
Baiklah semua. Saya harap kamu sudah bersedia! Pastikan anda semua baca rules yang saya bagi..
RULES!
Tulis link laman blog anda diatas jawapan yang anda telah buat. (supaya saya boleh jenguk blog anda)
Pastikan anda semua menjawab 10 soalan yang saya akan berikan. (penting!)
Jawapan perlu Simple dan Jujur tau! (macam saya. hehe.. )
Cara menjawab? Jawab pada komen entry ini. (mudahkan!)
Jadi. Apa yang anda tengok2 tu.
Join ke tak join ke, pastikan anda jawab soalan yang akan saya berikan!
Kalau anda tidak jawab, Hidup anda akan merana..
ehehehe..
Soalannya:
1. Apakah nama awak?
2. Adakah awak suka blog awak?
3. Siapa yang memberi inspirasi kepada awak untuk berblogger?
4. Awak dah kerja?
5. Awak rasa awak cute tak?
6. Blog mana lagi cute? Awak atau Saya?
7. Haiwan apa yang awak suka?
8. Awak suka warna apa?
9. Awak rasa awak pandai tak?
10. Awak rasa saya boleh dapat 10A tak SPM ni (11 mac)?

Hehe.. senang jer soalan yang saya bagi kan.. Apa lagi jawab, jangan tak jawab.. Semoga anda relaks ketika jawab soalan ni tau..
Saya Orang yang Sporting!
Selamat Menjawab!