27.1.09

Pertandingan sayembara menulis puisi.


Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menganjurkan sayembara menulis puisi sempena penganjuran Gema Merdeka 2009 Muzikal Tun Abdul Razak di Istana Budaya pada 14 Ogos sehingga 20 Ogos 2009. Rektor Aswara, Datuk Omar Awang berkata, Objektif utama sayembara itu diadakan adalah untuk mengungkapkan peranan kepimpinan Tun Abdul Razak dalam pembangunan ekonomi, politik, dan juga menyatupadukan semua kaum di negara ini melalui pendekatan kreatif, iaitu melalui puisi. Menurutnya, sayembara ini juga mempunyai visi untuk menggalakkan rakyat negara ini terutamanya generasi muda untuk memahami dan menyelami jasa para pemimpin negara khususnya Tun Abdul Razak di samping untuk menimbulkan kesedaran sejarah, patriotisme dan juga semangat patriotisme kaum melalui penciptaan puisi yang bertemakan sejarah, kepimpinan serta pencapaian bangsa. "Kami ingin memberi galakan kepada para penulis, penyair dan juga sesiapa sahaja untuk mengetengahkan sejarah mengenai era pemerintahan beliau melalui penulisan puisi seperti ini serta memanfaatkan tema Tun Abdul Razak bagi menghasilkan karya puisi berkaitan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di tanah air semasa era beliau," katanya. Omar berkata, sayembara itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang juga dibahagikan kepada tiga kategori berasingan, iaitu kategori pelajar sekolah menengah, penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan juga untuk dewasa. " Untuk sekolah menengah, ia terbuka untuk pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan enam atas sahaja. Sementara itu, untuk penuntut institusi pengajian tiggi awam dan swasta, ia hanya terbuka kepada penuntut diploma dan ijazah sarjana muda yang berusia 18 tahun sehingga 25 tahun. Untuk kategori dewasa pula, ia hanya terbuka kepada mereka yang berusia 26 tahun ke atas. " Karya yang dihantar mestilah hasil asli daripada peserta dan ditulis dalam bahasa Melayu sahaja. Peserta juga boleh menghantar maksimum tiga penyertaan namun seorang peserta hanya layak untuk memenangi satu hadiah sahaja," katanya. Orang ramai yang berminat menyertai sayembara ini boleh menghantarkan penyertaan kepada alamat Urus setia, Sayembara Menulis Puisi, Sempena Gema Merdeka, Muzikal Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ke-2, Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan kebangsaan (Aswara), 464, Jalan tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur atau emelkan kepada ridzuanharun@gmail.com atau ridzuan@aswara.edu.my. Tarikh tutup penyertaan pada 17 April 2009.

Hadiah yang ditawarkan. Kategori pelajar sekolah menengah.
1. RM 750  
2. RM 500  
3. RM 350  
Saguhati. RM 150  

Kategori IPTA/IPTS.  
1. RM 1,000  
2. RM750  
3. RM 500  
Saguhati. RM 300  

Kategori Dewasa.  
1. RM 1,500  
2. RM 1,000  
3. RM 750  
Saguhati. RM 350  
Maklumat lanjut: Sinar Harian.gyahahaha

17.1.09

*Mutiara Kata*


*Mutiara Kata: "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"*
*Mutiara Kata: "Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan"*
*Mutiara Kata: "Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi anda berpegang kepada visi dan memiliki matlamat yang jelas, anda berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya.kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "*
*Mutiara Kata: "Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"*
*Mutiara Kata: "Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian"*
*Mutiara Kata: "Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."*
*Mutiara Kata: "Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa."*
*Mutiara Kata: "Pemimpin yang paling berkuasa ialah yang disegani oleh rakyatnya, manakala seorang pemimpin yang tidak baik akan menipu rakyatnya"*
*Mutiara Kata: "Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"*
*Mutiara Kata: "Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya"*
*Mutiara Kata: "Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal"*

11.1.09

*Terima kasih*


Selamat sejahtera saya ucapkan kepada sesiapa yang melihat blog saya yang tak seberapa ini. Saya berharap agar kamu semua sukakannya. Saya juga ingin mengucapkan *TERIMA KASIH* kepada Cikgu Ghalib yang telah mengajar Bahasa Melayu (5 Cengal dan 5 Kempas) dan mengajar kami membuat Blog yang telah memperkuatkan pembelajaran IT dikalangan pelajarnya. Selain itu, saya ingin mengucapkan *TERIMA KASIH* kepada Maisurah yang telah mengajar saya membuat Blog dan sesetengah isinya. *TERIMA KASIH* juga kepada sesiapa yang telah membantu saya dalam apa jua sekalipun tidak kira secara langsung atau tidak langsung. Saya akan berusaha sehabis baik untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM dan mendokan agar Semua pelajar tingkatan 5 juga berjaya dalam SPM disamping cemerlang dalam sahsiah serta ubudiah. *TERIMA KASIH* semua...gongxi2