10.1.12

Kebebasan tercapai.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Alhamdulillah, akhirnya DSAI didapati tidak bersalah diatas tuduhan kes liwat dengan SB dan bebas!
Tiada kata yang mampu diungkapkan selain bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT.
Rasa nak menitis air mata ni.. :'D
Tak dapat nak bayang bagaimana perasaan DSAI dan keluarga tidak lupa kepada penyokong beliau yang sabar menunggu di luar mahkamah apabila diberitahu DSAI bebas dan didapati tidak bersalah.

Kes liwat ini bermula sejak tahun 2008 dan berakhir pada tahun 2012. Agak lama.
Sepanjang tahun 08-12, DSAI sabar atas segala tohmahan fitnah dan pelbagai lagi perkara yang mungkin beliau rahsiakan supaya orang ramai tetap menyokong beliau, bukan atas dasar 'simpati'.

Penulis berharap selepas ini, Malaysia akan berubah kearah kehidupan yang lebih bertamadun dan kita hidup lebih kearah Islam, agama yang diredhai oleh Allah SWT.. Amin..

9.1.12

901

901

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Seperti apa tajuk yang dipaparkan, 901 adalah tarikh keramat dimana perhimpunan bukan sekadar membebaskan DSAI dari dipenjarakan tetapi mengutuk cara pemerintahan dan pentadbiran yang tidak berlaku adil dengan merosakkan maruah seseorang sebelum ia dibuktikan kesalahannya. Bak kata:

Himpunan Aman 901

Jika saya turun Himpunan 901 kelak, saya bukan turun untuk Anwar dan kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan UMNO dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah. Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Ini adalah satu kezaliman dan penginayaan. Tidak baik membiarkan pemerintahan begini mengurus negara dan rakyatnya. Kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penginayaan yang dilakukan.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Penulis berharap DSAI akan terus bersabar dengan apa sahaja yang bakal berlaku.
Walau apapun terjadi, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang benar..
Insya-Allah..

11.12.11

aurat


comelkan kalau begini??
Allah sayang, Rasul sayang, family sayang, semua sayang..
(^^)//~~