9.1.12

901

901

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Seperti apa tajuk yang dipaparkan, 901 adalah tarikh keramat dimana perhimpunan bukan sekadar membebaskan DSAI dari dipenjarakan tetapi mengutuk cara pemerintahan dan pentadbiran yang tidak berlaku adil dengan merosakkan maruah seseorang sebelum ia dibuktikan kesalahannya. Bak kata:

Himpunan Aman 901

Jika saya turun Himpunan 901 kelak, saya bukan turun untuk Anwar dan kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan UMNO dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah. Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Ini adalah satu kezaliman dan penginayaan. Tidak baik membiarkan pemerintahan begini mengurus negara dan rakyatnya. Kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penginayaan yang dilakukan.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Penulis berharap DSAI akan terus bersabar dengan apa sahaja yang bakal berlaku.
Walau apapun terjadi, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang benar..
Insya-Allah..

0 Comment(s):