assalamualaikum semua.
harap semuanya sihat2 belaka hendaknya. :)
straight to the point, setiap orang pasti merasa zaman kegemilangan serta zaman kejatuhan.
mereka juga pasti merasa zaman kebangkitan setelah mengalami zaman kejatuhan.
begitu juga saya..
mungkin kita akan rasa
down, bila menghadapi zaman kejatuhan atau dikenali sebagai
'stress'
mungkin kita akan rasa bahagia yang amat bila menghadapi zaman kegemilangan.
mungkin kita sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membaiki diri kita setelah menghadapi zaman kejatuhan.
atau lebih bahaya, apabila kita terus berputus asa setelah menghadapi zaman kejatuhan..
Ya! saya pernah merasai manisnya zaman kebangkitan.
zaman kebangkitan saya yang paling manis apabila belajar di
matrikulasi.
hidup memang
heaven!
siap bagi alaun sekali.
alaun pula tak pernah guna, makan sekali sehari menggunakan duit
parents.
petang2, kalau rajin pusing satu matrik. jalan2 sambil tangkap gambar.
hidup pun tanpa beban, duduk seorang pun tak kisah.
malam2 kalau takde
homework, pasti tonton
anime.
kalau rajin, pasti melangkahkan kaki ini ke surau yang indah, walaupun surau tersebut panas kerana kurang kipas.
selepas kelas, kerap kali jumpa pensyarah. tidak henti2 bertanya soalan. (tanya pada pensyarah yang baik je la. haha)
kalau terlebih rajin, buat nota cantik2. pastu sedekah kat pensyarah.
kadang2, nak dekat
exam, selalu je balik rumah.
sampai ada pensyarah yang tak bagi saya balik sebab risaukan saya yang ada exam.
tapi, saya tetap berkeras ingin balik. dengan alasan
ambil berkat ibubapa.
pernah satu hari tu, nangis
non-stop semata-mata kerana mendapat
4 rata.
mungkin sebab tak pernah kot dapat
result macam tu.
telefon ayah, tabahkan hati untuk tidak didengari suara sengau akibat nangis.
memang telah kuduga, air mata tidak dapat ditahan lagi.
ayah menegur, kerana nangis. maafkan saya ayah, kerana menangis saat itu.
tidak dapat kulupa, betapa gembira, betapa bangganya, dan betapa bersyukurnya ayah waktu itu.
hanya Allah sahaja, yang dapat merungkai perasaan waktu itu. :'D
Ya! saya pernah merasai pahitnya zaman kejatuhan.
zaman kejatuhan ketika belajar di um. universiti yang orang nak sangat masuk. (tak tau ape special sangat)
hidup mungkin terumbang-ambing.
hidup tanpa alaun,
100% menggunakan duit
parents.
hidup sangat
busy,
involve dalam pelbagai aktiviti persatuan, pertandingan, terlibat dalam palapes dan macam-macam lagi.
sungguh, dapat saya membezakan kehidupan di
matrikulasi dan universiti.
jumpa pensyarah? jarang sekali, mungkin sebab semua pensyarah tak ngam. (kot)
buat nota? kalau ade masa. (huhu..)
pergi surau? bila disuruh sahaja.. (Allah..) T^T
balik rumah? jarang, sebab asyik2 ade je masalah yang kene selesaikan ditambah pula latihan palapes.
setiap semester, memang tidak dapat dinafikan
pointer jatuh mendadak.
kadang2 tak tau ape masalah yang saya hadapi. dan ape jalan penyelesaian.
kadang2 rasa tak heran langsung. betapa biadapnya saya pada diri sendiri..
pernah satu hari tu, nangis juga, sebab
pointer teruk.
telefon ayah, tabahkan hati supaya suara sengau tidak didengari.
dan terbukti, air mata jatuh berderai. meratapi kejatuhan diri. maafkan saya ayah.
saya dah cuba yang terbaik. mungkin kurang terbaik. mungkin main2. mungkin bukan rezeki saya pada hari itu.
tidak dapat kulupa, betapa kecewanya, betapa sedihnya, dan betapa luluh hati ayah waktu itu.
hanya kepada Allah sahaja yang ku harapkan supaya dapat melembutkan hati ayah waktu itu.. T^T
dan sekarang, aku sedang menghadapi zaman kebangkitan.
bangkit! setelah menghadapi zaman kejatuhan yang sangat2 kecundang.
mungkin banyak lagi dugaan dan cobaan yang bakal aku tempuhi.
mungkin tiada siapa yang dapat tahan apa yang aku rasa.
bagiku, ujian yang aku terima ini sungguh berat.
walaupun, hati betul2 kecewa, akan ku gagahi juga langkah perjalanan ku ini.
masih teringat aku pada ayat suci Al-quran,
"Allah tidak akan membebani seseorang hambaNya, melainkan yang sesuai dengan hambaNya"
terima kasih ya Allah. moga, dengan ujian yang engkau berikan ini,
mendekatkan diri ku kepadaMu sedekat-dekat 'isi dan kuku'
come on maisarah! change now or never! ingat parents! ingat Allah! fighting!