Assalamualaikum w.b.t.. (^_^)v
Saya berharap anda semua berada dalam keadaan yang sihat.. insya-Allah..
Persoalan saya hari ini, kenapa PRK @ Pilihanraya Kampus Ditunda?? atau Dilambatkan??
Agak pelik juga.. kerana TNC telah pun mewarwarkan bahawa PRK akan dilaksanakan pada hujung bulan 3 secara hitam putih..
Tetapi, baru-baru ini, TNC memberitahu bahawa PRK ditunda pada bulan 9...
Bukan melalui surat atau hitam putih..
tetapi, hanya melalui laman sosial facebook!!
Dimana kebenarannya??!!
Adakah kami, mahasiswa diperbodohkan lagi??
TNC kata ingin memberikan laluan kepada PRU-13..
Adakah ia boleh diterima??
Ada kaitan ker PRU dan PRK??
Baru-baru ini juga, wakil mahasiswa cuba memberikan memorandum kepada TNC..
Kami hanya membawa 2 usul sahaja!
1) percepatkan PRK (hujung bln 3 atau awal bln 4)
2) Hancurkan sistem Caretaker..
Tetapi, TNC menolak usul kami.. tidak mengapa..
Kami akan bawa ke KPT.. mudah-mudahan diluluskan..
Jangan sangka kami boleh dikenakan tindakan AUKU..
kenapa tak boleh??
sebab, cuba anda fikirkan PRK.. ada ke kaitan dengan politik??
Ada kaitan ke dengan PRU yang akan datang??
Takde!! =.="
Fikirkan semula, kenapa PRK perlu ada dalam setiap kampus..
Mahasiswa perlukan pemimpin yang boleh menyuarakan pandangan mereka..
Kita tak boleh hanya mengikut aturan yang diberikan oleh pihak HEP..
Mahasiswa sudah besar dan matang!
Kami bukan budak sekolah rendah lagi!
kami perlukan organisasi kami sendiri!
Kenapa pihak HEP masih tidak faham??
adakah mereka sengaja atau mereka yang tidak cukup matang untuk memahami mahasiswa itu sendiri..
Diharapkan tiada unsur korupsi dalam PRK kali ini..
sudah-sudahla dengan pelbagai 'secret agenda' anda tu..
kami semua sudah serik!!
Terima kasih.. -,.,-"