30.1.12
RAKYAT MARHAEN: Mahasiswa menggugat menggigit
RAKYAT MARHAEN: Mahasiswa menggugat menggigit: Oleh TARMIZI MOHD JAM MAHASISWA telah berani beraksi. Kemunculan mereka dalam landskap politik baru, mengejutkan banyak pihak. Mereka ...
Label(s) adam adli®, mahasiswa®, maklumat®, safwan anang®
19.1.12
perlukah ugut si penguasa??
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
seperti mana yang kita ketahui sudah ada 2 org pelajar, mahasiswa yang cuba untuk mengugut si penguasa untuk mengeBOM melalui hebahan di facebook.. satu USM, satu lagi AIMST Uni..
Adakah cara ini releven?? Perlukah kita ikut??
Bagi pendapat saya, perkara ini amat tidak bersesuaian.. lagi2 kalau kita ingin menjatuhkan si penguasa..
bukan niat ingin sokong mana2 pihak, tetapi, cuba anda bayangkan, sekecil-kecil mahasiswa ingin menentang penguasa.. dapat beza langit dan bumi..
Jadi, saya ingin menyeru kepada sesiapa sahaja yang berniat untuk mengebom atau ugut bunuh si penguasa, berfikirlah secara rasional.. jangan biar diri ini dikuasai oleh anasir2 jahat yang seterusnya memaksa diri dengan menghebohkan perkara itu di wall facebook.. anda tak dapat apa2 pun.. mungkin dapat LIKE? mungkin dapat komen BAIK? mungkin dapat komen BURUK? mungkin??
Saya tak risaukan si penguasa tu.. biarlah dia hidup macam mana pun.. Saya cuma risaukan jika perkara buruk akan berlaku kepada anda.. si penguasa terlalu banyak kuasa untuk menentang anda.. silap2 hari bulan, kene masuk lokap 3 tahun.. sape susah?? anda dan keluarga anda juga.. saya pula tumpang simpati..
"Saya tak kisah!! saya nak jatuhkan si penguasa tu gak!!! dia zalim!!! takkan taknak sokong!!?? bukan semua orang dah tau ke yang dia tu zalim! sape nak ikut pemerintah macam tu! bunuh je dia!!" XXX
Astaghfirullah.. bawa2 bersabar.. saya tahu, dan pastinya semua orang pun dah tahu.. kita ada internet, ada FB, ada surat khabar, ada berita.. semua maklumat ada di hujung jari.. jadi, apa yang boleh anda sumbangkan untuk menukar pemerintah sebegini??
Ya! cuma satu je cara kita! UNDILAH! pada PRU13.. Insya-Allah, kalau takde masalah.. bulan 3 ni akan ada PRU13..
Saya tahu ramai dikalangan anda, sudah mencapai umur sweet21.. Jadi, apa salahnya jika mendaftar sebagai pengundi yang sah.. dan membuat undi yang TIDAK ROSAK.. bukan susah pun.. jika anda bosan dengan pemerintah sekarang dan menginginkan sesuatu yang baru, tidak salah memilih orang lain.. semua itu HAK anda! Ya! HAK sebagai warganegara..
Semoga kita semua sentiasa bernaung di bawah rahmat Tuhan yang Maha Esa.. mudah-mudahan.. Amin..
Ps: penulis belum cukup umur lagi.. hahaha.. XD
Label(s) bom®, mahasiswa®, PRU13®, teladan®, undi®
10.1.12
AA digantung
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera..
Untuk makluman, AA telah digantung dari pengajiannya selama 3semester.
Syukur! Sekurang-kurangnya AA tidak dibuang sebagaimana banyak ura2 yang menyatakan bahawa AA akan dibuang dari tempat pengajiannya.
Pembicaraan AA berlaku semalam 901, lebih kurang pukul 3 petang di UPSI.
Info:
- berkaitan dengan AUKU (pemansuhan Akta 174, 555)
- berkaitan dengan penurunan bendera najib (turun je, tak pijak, bakar atau koyak)
Tertarik dengan karakter peribadinya, bijak, matang dan berani!
ps: ramai yang ugut dia.. kesian..
"Setahun setengah kena gantung sbb perjuang Academic Freedom lbih mulia dari setahun dipenjara makan rasuah :) "
-3 Minit Turunkan Bendera Berwajah PM=3 Semester digantung pengajian-
We Are All Adam Adli! & We Are All Safwan Anang!
Label(s) adam adli®, fakta®, mahasiswa®, maklumat®
Tahniah DLCW!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan Tahniah kepada Hero Malaysia kita, DLCW kerana berjaya memenangi Terbuka Korea mengalahkan LD [12-21, 21-18, 21-14] selama 1jam 15minit.
Semoga DLCW sentiasa mengharumkan nama Malaysia!
Tahniah dan Terima Kasih DLCW! :D
Semoga DLCW sentiasa mengharumkan nama Malaysia!
Tahniah dan Terima Kasih DLCW! :D
Label(s) lee chong wei®, maklumat®, malaysia®, menang®, tahniah®
Kebebasan tercapai.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Alhamdulillah, akhirnya DSAI didapati tidak bersalah diatas tuduhan kes liwat dengan SB dan bebas!
Tiada kata yang mampu diungkapkan selain bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT.
Rasa nak menitis air mata ni.. :'D
Tak dapat nak bayang bagaimana perasaan DSAI dan keluarga tidak lupa kepada penyokong beliau yang sabar menunggu di luar mahkamah apabila diberitahu DSAI bebas dan didapati tidak bersalah.
Kes liwat ini bermula sejak tahun 2008 dan berakhir pada tahun 2012. Agak lama.
Sepanjang tahun 08-12, DSAI sabar atas segala tohmahan fitnah dan pelbagai lagi perkara yang mungkin beliau rahsiakan supaya orang ramai tetap menyokong beliau, bukan atas dasar 'simpati'.
Penulis berharap selepas ini, Malaysia akan berubah kearah kehidupan yang lebih bertamadun dan kita hidup lebih kearah Islam, agama yang diredhai oleh Allah SWT.. Amin..
9.1.12
901
901
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Seperti apa tajuk yang dipaparkan, 901 adalah tarikh keramat dimana perhimpunan bukan sekadar membebaskan DSAI dari dipenjarakan tetapi mengutuk cara pemerintahan dan pentadbiran yang tidak berlaku adil dengan merosakkan maruah seseorang sebelum ia dibuktikan kesalahannya. Bak kata:
Himpunan Aman 901
Jika saya turun Himpunan 901 kelak, saya bukan turun untuk Anwar dan kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan UMNO dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah. Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Ini adalah satu kezaliman dan penginayaan. Tidak baik membiarkan pemerintahan begini mengurus negara dan rakyatnya. Kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penginayaan yang dilakukan.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Penulis berharap DSAI akan terus bersabar dengan apa sahaja yang bakal berlaku.
Walau apapun terjadi, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang benar..
Insya-Allah..
Label(s) 901®, anwar ibrahim®, maklumat®, malaysia®, PRU13®
Subscribe to:
Posts (Atom)